Bismillahirrahmanirrahim
Semalam selepas solat di surau aku berpeluang bersembang dengan seorang jemaah. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah ceritanya ketika zaman bercinta pada tahun 70an dulu. Aku rasa ramai kat sini yang lahir awal 80an ke bawah mesti pernah lalui zaman tu. Aku ni kira termasuk gaklah generasi tu, hehe.
Teaser wedding Adila & Firdaus, Kelana Jaya
Apa yang aku maksudkan ialah zaman bercinta semasa komunikasi masih lagi belum semaju sekarang. Aku cuba senaraikan beberapa perkara yang membuatkan ‘kemanisan’ bercinta zaman dulu lebih seronok berbanding sekarang, ceewaahh. hehe.
- Perhubungan utama adalah melalui surat. Kalau malam ni kita cakap ‘i miss you’ kat kekasih kita, paling cepat dapat jawapan ‘i miss you too’ adalah minggu depan, haha. Tapi takde perkara yang mampu menandingi keterujaan menunggu surat sampai, membuka surat dan melihat tulisan tangan kekasih kita. Rasa nak cium je posmen yang bagi surat tu. Sampai renyuk surat tu dibaca berpuluh2 kali sampai datang surat baru.
- Selain tu dulu-dulu nak bercakap ngan kekasihpun bukannya senang. Kena cari public phone. Itupun kalau rumah dia ada telefon. Orang yang telefon kena sediakan duit syiling banyak. Kena cari public phone yg jarang orang pakai. RM0.10 untuk 3 minit. Cakap pun tak boleh terlalu lama, takut tiba2 yg bercakap kat hujung talian bapak pompuan, hehe.
- Tapi kalau dapat bercakap ngan kekasih hati memang hilang terus rasa rindu, hati berdebar-debar sepanjang bercakap dan selepas selesai bercakap boleh tersenyum sepanjang hari. Naik motor senyum, nak makan senyum, mandi senyum, nak tidur lagilah macam orang gila senyumnya.
- Nak jumpa kekasih hati pun bukan senang. Sebulan sekalipun susah. Janji siap-siap melalui surat atau public phone nak tahu datang pukul berapa dan kat mana. Setakat lewat 2-3 jam tu apa ada hal. Baspun susah nak masuk kampung dan selalu lambat. Kalau tak datang esoknya baru tahu sebabnya. Tapi bila dah jumpa, rasa macam berjalan tak jejak bumi je,hehe.
Sekarang ‘X-factor’ tu dah takde lagi. Kemajuan komunikasi hp dan internet dah hilangkan semua tu. Sekarang ni kalau kena gigit nyamuk pun boleh mengadu kat kekasih hati terus. Lepas tu tulis status kat facebook, twitter dsb bagitau kat seluruh dunia. Macamlah orang nak tahu sangat. Makin menyampah ada.
Malah kita boleh kenal orang yang kita suka termasuk keburukannya tanpa perlu tanya tuan punya diri. Tengok sahaja akhlaknya di laman sosial, tengok cara berpakaiannya, tengok kawan-kawannya dsb. Dalam 15 minit dah boleh tahu 60% tentang orang tu. Itulah hasil teknologi sekarang. Keterujaan, kemanisan, kesukaran bercinta tu dah berkurang jika dibandingkan dengan zaman dahulu :)
Nota kaki : Nantikan full entry majlis kahwin kat atas ni ye :)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/