Entry Panjat Bukit Broga

Bismillahirramanirrahim


Seperti yang aku bagitau tempoh hari, aku dan beberapa sahabat aku telah berjaya menawan (menawanlah sangat) Bukit lalang atau Bukit Broga, Semenyih. Pukul 5 pagi dah bangun untuk ke sana, bersemangat gila. Napelah kalau gi kerja tak semangat camtu, hahahaha. Lepas solat Subuh kat surau berhampiran kitorang mulakan perjalanan ke kaki bukit Broga. Pukul 6:30 pagi kitorang dah sampai ke situ.

Alangkah terkejutnya kami bila melihat deretan kereta yang tidak terkira banyaknya telah memenuhi kebun kelapa sawit di kaki bukit tersebut (ayat skema – 1 markah). Macam ada konsert Siti Nurhaliza je kat atas tu. Siap kena bayar parking lagi. Gila ah ramai orang. 10 tahun lepas takdepun ramai camni. Tapi memanglah sebab masa tu memang takde orang naik lagi :P

Masa mendaki tu memang pancit betul. Sakit kaki sebab kasut dah buruk *alasan. Lagipun aku rasa macam bentuk muka buminya dah makin curam berbanding last aku pergi, haha. Err sebelum aku bertambah melalut dan merapu lagi layan dulu gambar kat sana.

7:15 pagi – Kanak2 keriangan dah sampai ke puncak

Menikmati keindahan alam dari puncak bukit. Tempat tinggi ni antara tempat yang mustajab untuk berdoa tau *dari kamera Cot

Tunggu matahari terbit dari atas bukit :) Kalau jatuh dari batu tu memang parah gaklah, hehe *gambar dari kamera Cot juga

Makhluk2 yang menambahkan lagi semak kat atas bukit

Inilah antara tujuan panjat bukit ni pagi2 buta. Subhanallah, sangat indah alam ciptaanNya. Ini juga tanda waktu subuh dah habis :)

Ini adalah pemandangan puncak satu, Bukit Broga

Ini adalah pemandangan menuju ke puncak dua

Ini adalah pemandangan puncak satu daripada puncak dua. Bukit Broga ada 4 puncak. Puncak 3 & 4 tak cantik sangat.

Gaya lompatan katak puru oleh sahabat aku (anak dah 3 orang ni beb,hehe)

Gaya lompatan penuh kesopanan oleh sahabat aku bahdin yang masih single dan sangat hot,kekeke..

Bila bayang-bayang lebih panjang dari objek adalah tanda dah masuk waktu asar. Tapi tu kalau matahari kat barat. Jadi ya, kami bukan nak angkat takbiratul ihram tu.

Huyooo, matahari jadi bintang. Cara2 nak buat camni – Gunakan aperture kecik, iso paling rendah. exif ni ISO100, f25, Aperture Priority

Lagi satu effect star wos. Ni sbnrnya panas gila dah. Nasib aku pakai losyen, takdelah hitam kulit ai yang licin ni, wakakakak

Superman mengucapkan babai kepada penduduk bumi sebelum berlepas ke Pandora

Hantu Galah di puncak bukit di siang hari.


Dalam kul 9 pagi camtu orang ramai dah berpusu-pusu turun sebab kepanasan kat atas tu. Anginpun takde sangat. Tapi orang yang tahan panas dan kental hatinya masih berada kat atas tu (kitorang lah tu). Sebenarnya kalau dah ramai camni memang tak best skitlah naik sini. Sebab nak panjat atau turun pun kena beratur :) kalau masa turun orang atas sekali jatuh, memang boleh strike terus 10 orang turut jatuh macam dalam bowling tu, hahaha.

Cuma yang aku kesal ada manusia bengong mengalahkan jin afrit yang suka2 hati buang sampah kat atas bukit tu. Manalah ada tukang kutip sampah atas tu. Kata nak menikmati keindahan alam tapi naik atas tu buang sampah merata2. Bodow ke apa camtu?!! Orang Malaysia memang camtu kot perangainya. Akhir kata, terima kasih kepada kengkawan aku yang turut sama beriadah sambil menikmati pemandangan best kat atas tu..:) Lenkali kita buat time tak ramai orang, hehe.



Nota kaki : Aku dalam proses jawab email yang bertanya. Mohon maaf atas kelewatan membalas ye kengkawan.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Jom naik Bukit Broga

Bismillahirramanirrahim


Gambar kat puncak broga


Cuba bayangkan korang berada di tempat ni pagi2. Pastu ada angin dingin bertiup sepoi-sepoi bahasa kena kat muka korang. Pastu melihat keindahan alam dari tempat yang tinggi seluas saujana mata memandang. Pastu boleh termenung mengenangkan kisah lalu ataupun berehat sambil baring melihat langit di atas batu2 besar. Pastu ditiup angin lagi. Sangat tenang bukan?

Jadi aku ajak sapa2 yang free jomlah join aku dan beberapa member aku nak panjat bukit ni esok pagi. Kitorang berkumpul pada pukul 6 pagi di Petronas Semenyih untuk solat subuh berjemaah :) Selepas tu pukul 6:30 pagi dah start naik atas tu. Kita tengok keindahan alam dan menikmati matahari terbit bersama-sama. Ada otai2 photography pun naik bersama, jadi sapa2 nak belajar amik gambar bolehlah tanya diaorang semua. Jomla jomla..Daripada tido membuta sampai tengahri kat rumah baik naik sini, hehe..



Nota kaki : Ini PETA LOKASI untuk ke tempat tersebut.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outing ke Bukit Lalang, Semenyih

Bismillahirramanirrahim


Sabtu lepas aku ikut Sifoo Adiman hensem gi panjat Bukit Lalang (Broga Hill), Semenyih. Sebelum ni jeles je tengok member2 lain panjat bukit ni. Mula2 aku ingat bukit ni rendahlah macam Bukit Tadum belakang kampung aku je. Tapi sekali panjat, mak aii. Rasa macam panjat Gunung Krakatoa kat Indonesia je,haha.

Kitorang berenam start naik dalam pukul 5 petang camtu. Perjalanan naik tu kalau orang yang selalu naik boleh amik masa dalam 20 minit je. Tapi kalau orang yang tak fit boleh makan masa sejam dan kalau orang yang last bersenam 8 tahun lepas mungkin amik masa setengah hari atau mungkin tak sampai langsung,haha. Aku yang selalu main bolapun hampir berputus asa baru 100 meter mendaki,wakakaka.


Kena lalu hutan nak naik ke atas puncak bukit


Tapi benda yang hangin bila kena pintas ngan warga emas yang rileks je mendaki tanpa rehat. Sangat tak cool ok, hahaha. Bila sampai ke puncak bukit memang segala penat setengah mati tu hilanglah. Walaupun keadaan berjerebu takde awan tapi aku tetap menikmati keindahan alam kat atas bukit tu. Korang bayangkanlah diri korang dalam gambar kat bawah ni dengan angin bertiup sepoi2 bahasa :)

Pandangan dari atas bukit. Rasa cam nak menari hindustan je,haha

Manusia yang berjaya landing :) blkg : ila, adiman, muiz, piiown, kenit lee


Sampai atas tu takde banyak aktiviti yang kitorang lakukan. Nak main CLS pun cam takde mood je. Sebab lebih best hayati keindahan pemandangan atas tu. Aku hanya amik gambar pemandangan dan gambar bukti aku dah sampai atas tu,haha. Lenkali kalau datang lagi bolehlah shoot cantik2,ceewahh. Ni ada sikit gambar-gambar kat atas tu.

Sifoo Adiman sedang termenung memikirkan gadis impiannya,wakaka

Berpura2 lihat ke atas sambil fikir tempat nak kencing,haha

Kanak2 riang yang melompat keriangan


Ni aku nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang nak panjat Bukit Broga ni :

  1. Bawa peralatan atau kamera yang basic. Satu body, wide lens or flash (kalau perlu) sudah cukup. Tak payahlah bawak buku cerita, laptop, 2nd body, charger bagai. Ko nak cas pakai apa kat atas tu?
  2. Bawak air nak minum. Kat atas tu takde pokok kaktus yang boleh bekalkan air kalau korang mengalami dehydration. Pokok getah ada, tupun kalau nak matilah minum getah.
  3. Pakai kasut sukan. Jangan ngengada pakai seliparlah, high hill lah, terompahlah. Boleh nak pakai, tapi akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
  4. Kalau turun lewat petang or malam kena bawak lampu suluh. Kang sesat dalam hutan, menyusahkan mak bapak dan pihak bomba nak carik korang dalam hutan tu.
  5. Makan dulu sebelum naik bukit untuk tenaga. Pastu buang air siap2 sebelum naik. Kang satu hal plak nak berak atas bukit,haha.

Cukuplah tips tu. bukan korang nak ikutpun,haha. Untuk akhirnya, tempat2 camtu kena bersopan. Maksudnya jangan takbur, cakap besar macam diva. Kang kena sambar petir, masuk plak Buletin Utama TV3. Buat malu ketua kampung korang je. Kalau perempuan at least adalah lelaki ikut. Untuk tujuan keselamatan. Takut kena serang ngan penduduk orang asli kat hutan tu,haha *ok, aku tipu.

Suparman nak terbang selamatkan bumi


Untuk akhirnya, akur lilit pinggang aku telah berkurangan 8 milimiter masa turun bukit tetapi telah bertambah 9 milimiter kembali setelah melantak tak ingat dunia selepas balik ke rumah,hahaha. Jangan tiru aku ya.


Nota kaki : Sabtu ni Sifoo Adiman ada buat outing kat situ lagi. Sapa berminat nak join? Kalau takde aral melintang insyaallah aku join gak.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com