Cinta sederhana

Bismillahirrahmanirrahim

zazateaser

Teaser wedding Zaza & Zaidi



Cinta sederhana adalah rasa cinta kepada manusia yang seharusnya ada dalam diri kita semua. Maksud cinta sederhana ialah cinta yang mampu menerima segala kekurangan pasangan kita sepertimana kita terima kelebihan yang ada pada mereka. Cinta tersebut perlu disedari dan difahami bahawa ia hanya datang dengan izin Allah dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Cinta sejati biasanya tidak ditunjukkan secara berlebih-lebihan. Ia tidak mempunyai matlamat jangka pendek yang perlu tergesa-gesa untuk membuktikan dan menyerahkan segala-galanya. Ia masih perlu berada dalam landasan yang tidak bertentangan dengan norma masyarakat dan agama. Dinikmati dengan sepenuhnya dengan berlandaskan rasa ikhlas dan jiwa yang suci.

Cinta yang dimulai dengan baik atas landasan dan niat yang betul tiada mempunyai titik akhir. Biasanya hanya kematian yang mampu memisahkan keindahan sebuah cinta. Tetapi cinta sejati boleh sahaja berlanjutan sehingga selepas kematian. Iaitu bila Allah memberikan kesempatan untuk melanjutkan cinta itu di akhirat nanti. Itulah matlamat kita dalam bercinta dengan pasangan kita. Wallahua’lam.




Nota kaki : Rasa excited nak shoot seorang sahabat di Pahang minggu ni :) Nak makan ikan patin tempoyak, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Cerita zaman bercinta dulu-dulu

Bismillahirrahmanirrahim



Semalam selepas solat di surau aku berpeluang bersembang dengan seorang jemaah. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah ceritanya ketika zaman bercinta pada tahun 70an dulu. Aku rasa ramai kat sini yang lahir awal 80an ke bawah mesti pernah lalui zaman tu. Aku ni kira termasuk gaklah generasi tu, hehe.

Teaser wedding Adila & Firdaus, Kelana Jaya


Apa yang aku maksudkan ialah zaman bercinta semasa komunikasi masih lagi belum semaju sekarang. Aku cuba senaraikan beberapa perkara yang membuatkan ‘kemanisan’ bercinta zaman dulu lebih seronok berbanding sekarang, ceewaahh. hehe.

  1. Perhubungan utama adalah melalui surat. Kalau malam ni kita cakap ‘i miss you’ kat kekasih kita, paling cepat dapat jawapan ‘i miss you too’ adalah minggu depan, haha. Tapi takde perkara yang mampu menandingi keterujaan menunggu surat sampai, membuka surat dan melihat tulisan tangan kekasih kita. Rasa nak cium je posmen yang bagi surat tu. Sampai renyuk surat tu dibaca berpuluh2 kali sampai datang surat baru.
  2. Selain tu dulu-dulu nak bercakap ngan kekasihpun bukannya senang. Kena cari public phone. Itupun kalau rumah dia ada telefon. Orang yang telefon kena sediakan duit syiling banyak. Kena cari public phone yg jarang orang pakai. RM0.10 untuk 3 minit. Cakap pun tak boleh terlalu lama, takut tiba2 yg bercakap kat hujung talian bapak pompuan, hehe.
  3. Tapi kalau dapat bercakap ngan kekasih hati memang hilang terus rasa rindu, hati berdebar-debar sepanjang bercakap dan selepas selesai bercakap boleh tersenyum sepanjang hari. Naik motor senyum, nak makan senyum, mandi senyum, nak tidur lagilah macam orang gila senyumnya.
  4. Nak jumpa kekasih hati pun bukan senang. Sebulan sekalipun susah. Janji siap-siap melalui surat atau public phone nak tahu datang pukul berapa dan kat mana. Setakat lewat 2-3 jam tu apa ada hal. Baspun susah nak masuk kampung dan selalu lambat. Kalau tak datang esoknya baru tahu sebabnya. Tapi bila dah jumpa, rasa macam berjalan tak jejak bumi je,hehe.


Sekarang ‘X-factor’ tu dah takde lagi. Kemajuan komunikasi hp dan internet dah hilangkan semua tu. Sekarang ni kalau kena gigit nyamuk pun boleh mengadu kat kekasih hati terus. Lepas tu tulis status kat facebook, twitter dsb bagitau kat seluruh dunia. Macamlah orang nak tahu sangat. Makin menyampah ada.

Malah kita boleh kenal orang yang kita suka termasuk keburukannya tanpa perlu tanya tuan punya diri. Tengok sahaja akhlaknya di laman sosial, tengok cara berpakaiannya, tengok kawan-kawannya dsb. Dalam 15 minit dah boleh tahu 60% tentang orang tu. Itulah hasil teknologi sekarang. Keterujaan, kemanisan, kesukaran bercinta tu dah berkurang jika dibandingkan dengan zaman dahulu :)


Nota kaki : Nantikan full entry majlis kahwin kat atas ni ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Naluri cinta manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Dr Mastura & Dr Akasyah, Kuala Lumpur


Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau



Perasaan cinta itu memang merupakan satu fitrah manusia. Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri tersebut untuk meneruskan keturunan manusia. Malangnya ramai remaja sekarang hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang cinta tersebut.

Sebenarnya cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Sebab itu Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan untuk mengejar kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

Kalau konsep mudah ini difahami oleh semua, insyaallah gejala pembuangan bayi dan perkara tidak baik dalam masyarakat tidak berlaku. Walaupun nafsu kadangkala menguasai diri tatkala iman sangat nipis di dada, tetapi dengan sedikit ilmu dalam diri kita akan cepat sedar perkara yang dilakukan betul ataupun tidak. Sebab tu kita kena sentiasa mohon keampuanan dari Allah sepanjang masa. Manalah tahu hari ini merupakan hari terakhir kita hidup di dunia.

Wallahua’lam.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com