Selamat Datang Ya Ramadhan!!

Bismillahirramanirrahim



Terasa begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar Ramadhan bakal menjelang kurang 10 hari dari sekarang. Sayu mengenangkan ramai insan-insan yang dikenali tidak dapat berjumpa Ramadhan kali ini sedangkan mereka semua masih sihat ketika menjalani Ramadhan tahun lepas. Mereka sendiri tidak tahu itu merupakan Ramadhan mereka yang terakhir :'(

Dalam 12 bulan, hanya sebulan Allah berikan untuk kita berpesta ibadah. Kalau pesta jualan murah, bukan main kita berduyun2 meramaikannya. Tapi berapa ramai yang berebut ‘tawaran’ yang Allah berikan ini? atau kita hanya bersemangat pada minggu pertama dan kedua je? tanya dan jawablah pada diri sendiri dengan penuh tanggungjawab demi iman kita kepada Allah.


Dalam perjalanan pulang ke rumah. Tak sabar tunggu fajar Ramadhan tiba.


Rugilah kalau tidak dipenuhi tawaran Allah tersebut, sebab semua pintu rahmat dibuka seluas-luasnya. Selepas bulan Ramadhan, pahala amalan tidak lagi mendapat gandaan. Dosa-dosa tidak lagi mudah diampun. Dosa serta maksiat juga tidak lagi mudah ditinggalkan seperti dalam bulan Ramadhan ini. Teman2, inilah masa untuk kita berubah kepada yang lebih baik.

Aku bukanlah orang yang layak nak nasihatkan tentang semua ini. Sebab akupun banyak melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada aku sedar ataupun tidak. Aku bukanlah sempurna untuk memuaskan hati semua insan yang aku kenali. Tapi sempena kedatangan Ramadhan ni aku mohon maaf atas semua kelemahan yang ada pada diri aku.

Untuk akhirnya, beruntunglah sesiapa yang bertemu Ramadhan kali ini. Mudah mudahan selepas jalani latihan Ramadhan nanti, kebaikan dan kebajikan akan lebih mudah kita lakukan. Semoga bertambah baik dan comel akhlak kita bila keluar dari bulan tersebut, insyaallah.


Nota kaki : Aku ada kursus Cascading Style Sheets (CSS) di Bangi bermula esok. Hanya akan kembali ke ofis pada hari Selasa. Sampai jumpa lagi


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Pengalaman pertama miliki DSLR :)

Bismillahirramanirrahim



Bulan Ogos ni genap setahun aku memiliki kamera DSLR :) Ya, kamera DSLR pertama aku. Teringat masa mula-mula nak beli kamera tu tahun lepas. Malam tu memang tak boleh tido sebab berdebar nak dapatkan kamera yang diidamkan sangat2. Berdebarnya mengalahkan orang nak bernikah esoknya je,hehe.

Masa kat kedai hulur duit nak bayar tu menggigil gaklah tangan aku. Masa tu beli body D80, beg dan lens 50mm 1.8 je dah RM3000 lebih. Nak abis gaji aku masa tu. Walaupun sengkek bulan tu tapi semangat nak belajar amik gambar tu memang berkobar-kobar. Lelagi bila tengok kawan2 semua dah ada DSLR dan dah terer amik gambar lawa-lawa.

Sampai rumah buka kotak tu perlahan-lahan dan cermat gila. Adik aku dekat, aku suruh dia main jauh2,haha. Pastu keluarkan manual DSLR tu dan baca dari petang sampai tengah malam walaupun tak faham,hahaha. Masa nak tido masukkan balik kamera dalam pastik dan kotak elok2 dan taruk tepi bantal. Pastu senyum sorang2, hahaha.

Aku yang bertambah gemuk tetapi makin comel,wakakaka


Tapi tak lena sangat sebab tak sabar nak ambil gambar esoknya. Kejap2 terjaga takut ada orang curik kamera baru aku tu*sengal. Bangun tido terus raba cari kotak kamera kat mana,hehe. Bayangkan selepas solat subuh kul 6:30 pagi aku dah keluar nak test kamera aku kat luar rumah. Mak aku hanya mampu geleng kepala tengok perangai anak bujangnya yang macam kera dapat bunga,haha.

Pastu mulalah aku amik gambar daun, rumput, kerengga dll. Lepas tu cuba amik gambar gambar kereta bergerak kat jalan raya. Kalau dapat yang sharp mulalah bangga sengeh sorang2,keke. Jujur aku cakap masa tu aku tak reti sangat bab teknikal kamera spt shutter, aperture, ISO dsb.

Selepas join geng photographer dan belajar dari otai2 barulah aku faham sikit bab-bab teknikal. Dalam 2-3 bulan tu masuk internet mesti masuk website2 pasal photography je. Tak layan langsung benda2 lain,hehe. Bila kenang semua tu buat aku tersenyum sengsorang je :) Aku tahu mesti korangpun ada pengalaman camtu kan kalau beli benda yang kita idamkan,hehe.


Nota kaki : Season EPL dah mula. Pasni penyakit gila bola aku dah kembali,hehe. Go Go Chelsea!!!!


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com