Farah & Adnan, Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita dapat hidup lagi sampai tahun 2011 ini. Mohon maaf kepada semua sebab dekat seminggu blog ni tak boleh buka. Memang rasa bengong je sebab dalam setahun 2-3 kali blog down, haha. Bandwidth 60GB pun tak cukup lagi. Jadi mulai tahun ni aku tak stream mp3 dari blog ni :)

Seperti yang aku beritahu sebelum ni, aku nak update majlis perkahwinan Farah & Adnan yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Satu yang aku paling kagum dalam majlis ni ialah pelamin diaorang yang lawa sangat!! Siap ada air pancut atas pelamin :) Pelamin ni hasil idea Farah & Ibunya dan direalisasikan oleh Que Ariffin, seorang wedding decorator muda yang berbakat besar :) Konsep pelamin ni adalah ‘Crystal Garden’.

Terima kasih kepada Farah & Adnan yang beri kepercayaan kepada aku untuk shoot majlis diaorang ni. Farah ni anak terakhir Dato’ Ramli yang melangsungkan perkahwinan. Jadi majlis ni berlangsung meriah dengan kehadiran ramai tetamu dah VVIP yang bersama-sama menyaksikan majlis ini.

Layan sikit sekitar majlis diaorang ni.


Sebenarnya aku nak letak banyak lagi gambar tapi aku rasa jarang blog photographer taruk lebih 50 keping gambar dalam satu entry, hehe. Tapi korang boleh ‘Like’ page Acaii Jawe Photography kalau nak tengok lebih banyak gambar ye. Terima kasih kepada sahabat baik aku Kerul Shukor hensem yang jadi 2nd photographer dalam majlis ni :)

Orang hensem yang shoot malam tu,hahahaha. Thanks nan shoot gambar ni:)



Untuk akhirnya, terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Dato’ Ramli yang memberikan kerjasama baik sepanjang majlis berlangsung. Tahniah kepada Pakcik Shukor sekeluarga dapat menantu baru :) Tahniah juga kepada kedua mempelai yang diraikan. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Insyaallah jalan ke syurga lebih mudah melalui ikatan perkahwinan ini. Wallahua’lam.


Nota kaki : Selamat tahun baru 2011 kepada semua. Aku dengar ceramah semalam, kena ucap takziah sebab umur kita makin pendek dengan datangnya tahun baru :) Takziah semua!!


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Teaser : Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku mula-mula cover wedding dulu aku ada beberapa senarai tempat yang menjadi impian aku untuk shoot gambar pengantin. Aku harap sebelum aku berhenti amik gambar aku dah cover semua tempat tersebut. Antaranya sawah padi, tepi pantai, paya bakau, pokok besar kat Taiping, landasan keretapi, kontena kat Port Klang, padang ragut UPM, Masjid Wilayah dan Dewan Perdana Felda.

Teaser wedding Farah & Adnan, Dewan Perdana Felda


Alhamdulillah, baru nak masuk 2 tahun semua impian aku dah tercapai :) Terima kasih kepada pasangan Farah & Adnan yang beri kepercayaan kepada aku untuk jadi OP majlis mereka di sini. Memandangkan target customer aku adalah golongan pertengahan, peluang camni adalah sesuatu yang jarang diperolehi. Memang excited lah bila dapat tugasan ni :)

Kenapa dewan ni jadi impian photographer?
Sebenarnya dewan ni memang benar-benar mencabar keupayaan dan kemahiran seorang photographer. Dewan ni gelap dengan lampu suram (tapi cantik) dan tiada syiling serta dinding untuk bounce flash. Kalau tak mahir guna direct flash gambar jadi flat atau harsh.

Lagi satu pernah tak korang amik gambar dalam dewan subjeknya cerah tetapi belakangnya gelap gelita tak nampak apa-apa? Jadi kat situlah perlunya kemahiran photographer kendalikan kamera dan flashnya. Untuk dapatkan subjek yang terang dan ambient yang baik. Gear yang mahal dan berkualiti memang membantu tapi ia sentiasa menjadi faktor kedua selepas kemahiran photographer tersebut.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni next week :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com