Tentang anak luar nikah

Bismillahirramanirrahim



Mengucap panjang aku bila dengar kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, sepanjang tahun 2009 lepas, terdapat lebih 17,000 anak luar nikah dilahirkan di negara kita ni. Jumlah tu mungkin lebih besar sebab tak semua mendaftarkan bayi mereka. Maka tidak hairanlah ada beberapa orang yang di luar batasan akal membuang dan membunuh bayi yang tak berdosa tu. Terfikir sejenak bagaimana generasi tersebut membesar dan menghadapi masa depan mereka tanpa institusi keluarga sebenar.

Ustaz aku dulu pernah bagitau, orang yang sering lakukan dosa ‘nur’ kat wajahnya akan hilang. Sebab tu kita sendiri boleh tiba2 rasa benci atau tidak suka melihat wajah seseorang walaupun tidak pernah mengenali mereka. Dan kadangkala berasa tenang bila lihat wajah2 orang yang baik, alim dan berilmu. Aura positif sentiasa ada bila berada di samping mereka dan hati lebih tenang dan gembira bersahabat dengannya. Sungguhpun wajahnya gelap tapi redup dan tenang mata kita memandang mereka.

Teaser majlis Aqiqah, Kapar Klang


Sebab tu juga kita rasa lebih tenang melihat wajah bayi yang baru lahir. Mereka masih suci dari melakukan sebarang dosa seperti kita semua. Ibu bapa merekalah yang bentuk cara berfikir, akhlak dan cara hidup mereka melalui didikan agama yang betul. Jika baik didikan dan persekitarannya, maka dengan izin Allah baik jugalah kesudahan hidup mereka nanti. Kat sinilah anak luar nikah tu hadapi masalah bila tiada siapa didik mereka dengan cara yang sepatutnya.

Kita hidup tak lama di dunia ni. Mungkin minggu depan giliran kita pula di jemput Allah dan meninggalkan dunia yang kita kejar sekarang. Kawan-kawan, tak kisahlah berapa besar dosa yang telah kita lakukan sebelum ni, cubalah tarik kembali diri kita ke arah fitrah kebaikan. Usaha sungguh2 jauhi apa yang dilarang dan laksanakan apa yang dituntut agama kita. Mudah-mudahan amalan kita yang sikit tu diterima Allah dan mengurangkan pertimbangan dosa-doa kita yang lepas. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Salam Aidiladha semua :)

Bismillahirramanirrahim




Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim terlalu inginkan seorang anak setelah beberapa tahun berkahwin. Setelah sekian lama menunggu akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata melalui Siti Hajar. Namun kegembiraan tu tidak lama kerana beliau diperintahkan untuk mengorbankan satu-satunya anak yang paling disayanginya itu. Cubalah kita bayangkanlah betapa besar dan kuatnya iman Nabi Ibrahim ketika syariat Allah tu tiba.

Sebenarnya bukan lembu atau kambing itu yang dipandang Allah dalam ibadah korban. Itu hanya simbolik mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut. Malah zaman sekarang sudah ramai yang mampu korbankan beberapa ekor lembu dengan harta yang dimiliki. Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati kesan ibadah tersebut. Betul-betul berasa telah mengorbankan sesuatu untuk agama kita.

Dalam kita mencari rezeki dalam dunia ni, seringkali kita lupa saat kematian kita. Bermacam-macam dosa telah kita lakukan. Tapi Allah tetap beri kita umur yang panjang, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sebagainya. Justeru, cubalah kita berusaha berkorban walau sedikit untuk dekatkan diri kepada Allah. Jauhi perkara yang dilarang dan patuhi apa yang disyariatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada semua umat manusia. Wallahua’lam.


Nota kaki : Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut “Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com