Bismillahirramanirrahim
Sebenarnya hati aku sangat tersentuh melihat gambar seorang ibu yang melawat anaknya yang dituduh membunuh baru-baru ini. Benarlah kata orang “Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tanpa harapkan balasan..” Sembilan bulan bukanlah tempoh yang singkat mengandungkan seorang anak. Kemudian berjuang melahirkannya dengan susah payah dan kesakitan. Selepas itu membesarkannya dengan bermacam dugaan hidup dan serba kekurangan.
Mana mungkin seorang ibu lupa semua itu. Bila kita kesedihan ibulah yang kita cari dulu. Semasa kecil bila kita merajuk, ibulah yang memujuk. Bila kita demam ibulah yang suapkan ubat dimulut kita dan jaga sampai kita sihat. Ibu juga lah yang masakkan makanan kegemaran kita bila kita teringin. Bila kita berjaya dalam pelajaran ibu menangis kegembiraan untuk kita. Ibu juga sentiasa doakan kejayaan kita dalam hidup setiap kali selesai solat-solatnya.
Gambar seorang ibu yang sempat aku shoot semasa majlis kahwin haritu.
Tapi sayangnya bila mereka dah dimamah usia dan cepat letih, bila rambut putih dah memenuhi kepala, bila kulit semakin berkedut, bila dah selalu mengadu tidak sihat dan bila dah takde teman untuk berbicara kadangkala kita tidak ambil peduli langsung tentang hidup mereka. Kita selalu lupa nak bertanya khabar mereka. Jauh sekali nak doakan kesihatan mereka. Kadangkala kita terlalu leka menguruskan hidup kita, keluarga kita dan harta kita.
Namun ramai ibu sebolehnya taknak menyusahkan anak2nya. Dia tetap bekorban untuk hidup dalam susah payah semata-mata taknak mengganggu hidup anaknya. Sampailah usia dah terlalu tua, bila tiada kudrat untuk bergerak dan selalu kesakitan barulah menagih simpati anak-anak untuk membantu. Mahu merasa pula kasih sayang anak-anak. Hanya untuk beberapa tahun sebelum meninggalkan dunia ni. Tetapi sayang anak-anaknya masih terlalu berkira untuk menjaga maupun mengeluarkan belanja ubat untuknya :'( Malah selalu kena tengking dan kena marah oleh anak2nya.
Hinggalah sampai akhir hayatnya, bila ibu dah tidak bernafas lagi barulah kita rindukan senyuman ibu, ketawa ibu, rindukan leteren ibu, rindukan masakan ibu, rindu wajah ibu dan rindukan segala-galanya tentang ibu. Masa tu barulah kita sedar kita langsung tak termampu pun nak balas segala jasa ibu sejak dari melahirkan hinggalah besarkan kita. Ketika itu, walau kita mampu bagi harta yang banyak kepada ibupun sudah tidak bererti apa2 lagi kerana ibu dah pergi selama-lamanya. Jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup ni. Wallahua’lam.
Nota kaki : Maaflah aku melalut pagi2 ni. Entry majlis kat serting tu nanti aku upload minggu depan ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com