Selamat Datang Ya Ramadhan!!

Bismillahirramanirrahim



Terasa begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar Ramadhan bakal menjelang kurang 10 hari dari sekarang. Sayu mengenangkan ramai insan-insan yang dikenali tidak dapat berjumpa Ramadhan kali ini sedangkan mereka semua masih sihat ketika menjalani Ramadhan tahun lepas. Mereka sendiri tidak tahu itu merupakan Ramadhan mereka yang terakhir :'(

Dalam 12 bulan, hanya sebulan Allah berikan untuk kita berpesta ibadah. Kalau pesta jualan murah, bukan main kita berduyun2 meramaikannya. Tapi berapa ramai yang berebut ‘tawaran’ yang Allah berikan ini? atau kita hanya bersemangat pada minggu pertama dan kedua je? tanya dan jawablah pada diri sendiri dengan penuh tanggungjawab demi iman kita kepada Allah.


Dalam perjalanan pulang ke rumah. Tak sabar tunggu fajar Ramadhan tiba.


Rugilah kalau tidak dipenuhi tawaran Allah tersebut, sebab semua pintu rahmat dibuka seluas-luasnya. Selepas bulan Ramadhan, pahala amalan tidak lagi mendapat gandaan. Dosa-dosa tidak lagi mudah diampun. Dosa serta maksiat juga tidak lagi mudah ditinggalkan seperti dalam bulan Ramadhan ini. Teman2, inilah masa untuk kita berubah kepada yang lebih baik.

Aku bukanlah orang yang layak nak nasihatkan tentang semua ini. Sebab akupun banyak melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada aku sedar ataupun tidak. Aku bukanlah sempurna untuk memuaskan hati semua insan yang aku kenali. Tapi sempena kedatangan Ramadhan ni aku mohon maaf atas semua kelemahan yang ada pada diri aku.

Untuk akhirnya, beruntunglah sesiapa yang bertemu Ramadhan kali ini. Mudah mudahan selepas jalani latihan Ramadhan nanti, kebaikan dan kebajikan akan lebih mudah kita lakukan. Semoga bertambah baik dan comel akhlak kita bila keluar dari bulan tersebut, insyaallah.


Nota kaki : Aku ada kursus Cascading Style Sheets (CSS) di Bangi bermula esok. Hanya akan kembali ke ofis pada hari Selasa. Sampai jumpa lagi


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com