Bismillahirramanirrahim
Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim terlalu inginkan seorang anak setelah beberapa tahun berkahwin. Setelah sekian lama menunggu akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata melalui Siti Hajar. Namun kegembiraan tu tidak lama kerana beliau diperintahkan untuk mengorbankan satu-satunya anak yang paling disayanginya itu. Cubalah kita bayangkanlah betapa besar dan kuatnya iman Nabi Ibrahim ketika syariat Allah tu tiba.
Sebenarnya bukan lembu atau kambing itu yang dipandang Allah dalam ibadah korban. Itu hanya simbolik mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut. Malah zaman sekarang sudah ramai yang mampu korbankan beberapa ekor lembu dengan harta yang dimiliki. Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati kesan ibadah tersebut. Betul-betul berasa telah mengorbankan sesuatu untuk agama kita.
Dalam kita mencari rezeki dalam dunia ni, seringkali kita lupa saat kematian kita. Bermacam-macam dosa telah kita lakukan. Tapi Allah tetap beri kita umur yang panjang, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sebagainya. Justeru, cubalah kita berusaha berkorban walau sedikit untuk dekatkan diri kepada Allah. Jauhi perkara yang dilarang dan patuhi apa yang disyariatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada semua umat manusia. Wallahua’lam.
Nota kaki : Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut “Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com