Tentang hidup

Bismillahirrahmanirrahim


Kadangkala tanpa kita sedar masa berlalu begitu pantas sekali. Ada kenangan 5-10 tahun dahulu yang masih segar dalam ingatan kita. Malah dari satu sudut ada ketikanya kita tidak sedar perubahan ketara fizikal ayah dan ibu kita sendiri walaupun selalu berjumpa mereka. Kalau dulu ayah dan ibu kita punyai kudrat yang kuat bekerja untuk menyara keluarga, menjaga makan minum kita, persekolahan kita dan sebagainya. Tetapi sekarang dah berbeza.

Teaser wedding Ica & Akmal, Kuala Lumpur



Aku percaya masih ramai yang ingat zaman sekolah rendah ketika pakaian kita masih dibasuh dan digosok oleh mak. Dihantar ke sekolah oleh ayah. Mereka kuat dan bersemangat!! Tapi sekarang semua tu dah berlalu. Semakin dimamah usia, kudrat ayah dan ibu semakin kurang. Selalu mengadu tidak sihat dan sakit-sakit. Kalau diperhatikan dengan teliti, garis kedut dimuka mereka semakin banyak. Rambut putihnya dah memenuhi kepala. Senyumannya tidak selebar dahulu.

Sampai satu saat mereka meninggalkan kita selamanya baru kita sedar, tanda-tanda tu dah lama di depan kita dan tidak kita endahkan. Sebab kita tak sedar masa yang telah berlalu terlalu pantas. Tiada lagi ketawa mereka, senyuman mereka yang sebati dalam diri sejak kita lahir dulu yang menyerikan hidup kita.

Jadi nasihat aku, dikala kita mengejar hidup di dunia ni. Cubalah berhenti sejenak. Lihat betapa jauh kita dah tinggalkan orang yang kita sayang cuba mengejar kita dari belakang. Kadangkala mereka perlukan perhatian lebih dari yang kita jangkakan. Sesekali cubalah pandang mata ayah dan ibu kita dalam-dalam. Mungkin itu kali terakhir kita dapat berbuat begitu.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni nanti.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blo
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.

Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.

Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.

Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p


Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya

p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.

Alangkah bodohnya aku!

Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.

Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.

Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(

Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.

Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p


Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.

p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.

Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.

Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.

Wassalam

Pengorbanan Ibu

Bismillahirramanirrahim



Sebenarnya hati aku sangat tersentuh melihat gambar seorang ibu yang melawat anaknya yang dituduh membunuh baru-baru ini. Benarlah kata orang “Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tanpa harapkan balasan..” Sembilan bulan bukanlah tempoh yang singkat mengandungkan seorang anak. Kemudian berjuang melahirkannya dengan susah payah dan kesakitan. Selepas itu membesarkannya dengan bermacam dugaan hidup dan serba kekurangan.

Mana mungkin seorang ibu lupa semua itu. Bila kita kesedihan ibulah yang kita cari dulu. Semasa kecil bila kita merajuk, ibulah yang memujuk. Bila kita demam ibulah yang suapkan ubat dimulut kita dan jaga sampai kita sihat. Ibu juga lah yang masakkan makanan kegemaran kita bila kita teringin. Bila kita berjaya dalam pelajaran ibu menangis kegembiraan untuk kita. Ibu juga sentiasa doakan kejayaan kita dalam hidup setiap kali selesai solat-solatnya.

Gambar seorang ibu yang sempat aku shoot semasa majlis kahwin haritu.


Tapi sayangnya bila mereka dah dimamah usia dan cepat letih, bila rambut putih dah memenuhi kepala, bila kulit semakin berkedut, bila dah selalu mengadu tidak sihat dan bila dah takde teman untuk berbicara kadangkala kita tidak ambil peduli langsung tentang hidup mereka. Kita selalu lupa nak bertanya khabar mereka. Jauh sekali nak doakan kesihatan mereka. Kadangkala kita terlalu leka menguruskan hidup kita, keluarga kita dan harta kita.

Namun ramai ibu sebolehnya taknak menyusahkan anak2nya. Dia tetap bekorban untuk hidup dalam susah payah semata-mata taknak mengganggu hidup anaknya. Sampailah usia dah terlalu tua, bila tiada kudrat untuk bergerak dan selalu kesakitan barulah menagih simpati anak-anak untuk membantu. Mahu merasa pula kasih sayang anak-anak. Hanya untuk beberapa tahun sebelum meninggalkan dunia ni. Tetapi sayang anak-anaknya masih terlalu berkira untuk menjaga maupun mengeluarkan belanja ubat untuknya :'( Malah selalu kena tengking dan kena marah oleh anak2nya.

Hinggalah sampai akhir hayatnya, bila ibu dah tidak bernafas lagi barulah kita rindukan senyuman ibu, ketawa ibu, rindukan leteren ibu, rindukan masakan ibu, rindu wajah ibu dan rindukan segala-galanya tentang ibu. Masa tu barulah kita sedar kita langsung tak termampu pun nak balas segala jasa ibu sejak dari melahirkan hinggalah besarkan kita. Ketika itu, walau kita mampu bagi harta yang banyak kepada ibupun sudah tidak bererti apa2 lagi kerana ibu dah pergi selama-lamanya. Jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup ni. Wallahua’lam.



Nota kaki : Maaflah aku melalut pagi2 ni. Entry majlis kat serting tu nanti aku upload minggu depan ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Anak buah aku dah setahun :)

Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas aku sempat balik ke kampung untuk hadir majlis hari jadi anak buah aku sorang tu, Nur Amni Nabihah. Kejap je dah setahun budak kecik tu :) Selain tu ada majlis doa selamat sempena rumah baru adik aku dah siap sebelum raya,hehe. Kitorang sekeluarga berbuka puasa bersama-sama dan sambut besday tu di rumah baru adik aku tu.

Sebenarnya sejak aku kecik kitorang adik beradik mana pernah sambut-sambut besday semua ni. Aku rasa orang tua jawe dulu2 memang tak buat camtu kot, tak tahulah kat tempat lain. Yela, nak makan nasipun kekadang susah inikan pula nak beli kek. Dari beli kek baik aku mintak mainan ke, jajan ke,hehe

Tapi biasalah, peredaran zaman mengubah semua tu. Ia dah dijadikan satu bentuk penghargaan dan tanda kesyukuran setelah meningkat umur seseorang. Cuma kalau boleh elakkan dari pembaziranlah :) Gambar2 ni aku amik guna lens aku yang dah tak berapa pakai kalau time amik wedding sekarang, 17-50mm tamron :)

Amni Nabihah sebelum mandi :)

Dah mandi dan wangi dah.Rambut macam nak tiru rambut aku je,haha

Salah satu perkara yang aku rasa lawak si kecik Amni Nabihah ni ialah dia takut ngan kek besday dia sendiri. Akupun pelik sebab budak2 kan selalu teruja tengok benda pelik camtu. Mungkin lenkali kena buat kek yang nampak cam anak patung kot,hehe. Korang tengoklah sendiri batapa takutnya dia ngan kek :P

Muka ketakutan nampak kek *pelik2 budak zaman sekarang ni.

Lagi satu gaya takut,hehe

Amni bersama ibu dan ayahnya.


Kalau nak amik gambar2 santai camni biasanya aku gunakan satu setting je. Kita tetapkan siap2 White Balance, ISO, guna manual Shutter dan Aperture sampai dapat exposure yang betul. Jadi selagi tak kuar dari ruang tu memang guna setting tu jelah sampai abis. Jadi korang bolehlah suruh sapa2 je amikkan gambar dan guna kamera kita :)

Semoga si kecik Nur Amni Nabihah terus membesar jadi anak yang solehah,amin. Memang membesarkan anak pada zaman sekarang satu kerja yang mencabar. Didikan asas agama yang betul akan dapat jadi benteng menghadapi cabaran tersebut. Tidak sekadar memberikan makan, minum dan tempat tinggal je :)


Nota kaki : Aku ada kat Kaunter Zakat Kajang sampailah raya nanti untuk kutip zakat. Takde banyak masa berada atas talian sesawang :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pertunangan Liya & Farid

Bismillahirramanirrahim

Sebenarnya dah lama aku tak amik gambar majlis bertunang. Kali ni aku shoot pasangan Liya & Farid yang melangsungkan pertunangan mereka di Taman Sri Putra Banting Sabtu lepas. Liya ni peramah sungguh orangnya dan senang nak bekerjasama walau tak pernah jumpa :) Rasa selesa je aku buat kerja.

Liya dan farid ni geng kereta Gen2 tau. Jadi masa family farid datang tu memang ramailah member-member diaorang ngan kereta Gen2. Pastu adalah 3-4 orang photographer dari geng diaorang gak. Terasa kerdil je bila tengok gear diaorang semua,hehe. Tapi takpe, mak aku cakap gear tu hanya membantu amik gambar, yang penting ilmu, ceewaahh (sejak bila mak aku reti pasal photography ni). Semoga kekal sampai ke jinjang pelamin ye liya..:)



Selamat hari ibu aku ucapkan kepada semua ibu-ibu yang baca blog ni ye. Emm, sebenarnya aku terfikir adakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu tu dihayati dan dikenang ketika sambutan hari ibu sahaja? Sudah tentu tidak bukan. Sebab ia memang perlu dilakukan sepanjang masa :)

Tiada seorang ibu yang mahu dibalas dengan longgokan emas, berlian, intan, kebun, rumah besar dan duit yang menggunung. Seorang ibu hanya mahu perhatian, kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Ingat, redha Allah terletak daripada redha ayah dan ibu. Sekiranya mereka tak redha dengan kita, dunia akhirat kita akan susah tau. Wallahua’lam.


Nota kaki : Best gile aku layan Chelsea belasah Arsenal malam tadi,hehe. Ni dah 4 musim transition period player2 muda diaorg. Tahun depan kalau takde piala lagi aga2nya apa plak alasannya,wakakakaka..

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kasihnya Ibu dan Ayah

Bismillahirramanirrahim

Kekadang dalam kesibukan kita bekerja seharian, kita sering terlupa kedua orang tua kita lebih-lebih lagi bila tidak berada di sisi mereka. Kita sering lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka semasa mereka sihat. Tetapi bila tiba masa mereka sakit tidak bermaya, baring di hujung ruang tamu, tidak seramah dulu dan menderita kesakitan barulah kita terasa kehilangan mereka.

Gambar sabahat aku dan anaknya.


Memang akan tiba satu hari nanti kita terpaksa kesat air mata mereka, sapu air di badan mereka, tukarkan baju mereka dan menyucikan mereka seperti yang mereka lakukan ketika kita kecil dulu. Tiada lagi gelak ketawa, gurauan, pelukan dan kata-kata semangat dari mereka yang kita dengar sejak kecil dulu. Hanya badan yang semakin lemah terlantar sakit dan lesu mengharap ehsan dari anak-anaknya. Bersediakah kita hadapinya?

Satu hari nanti juga kita hanya mampu melawat pusara mereka dan berdoa bila terlalu rindukan mereka:( Oleh itu, hargailah mereka semasa mereka ada lagi di dunia ini. Dengan apalah jasa dan budi mereka dapat kita balas melainkan ingatan dan doa kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada di dunia ini.


Nota kaki : Doakan kesihatan ayah mertua aku yang terlantar sakit di hospital sekarang. Selamat hari ibu kepada semua ibu yang ada di dunia ini.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Main ngan anak buah :)

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama aku tak tunjuk gambar anak buah aku. Dia sekarang dah pandai jalan guna walker :). Tapi skill dia terbaru ialah pandai buat merajuk kalau nak sesuatu,hehe. Dah pandai nangis olok-olok kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia ada kat rumah, rasa meriah je kat rumah. Kalau takde memang sunyilah.

Korang tengoklah muka dia buat-buat merajuk dalam gambar kat bawah ni :) aku suka acah-acah dia nak angkat dia pastu sengaja tak angkat,haha. Korang layanlah gambar dia sikit ni.



Haa, ni dia ngengada nak pegang kamera aku :) Last-last aku bagi gak pegang lens aku setelah err 5 minit dia berusaha,haha. *jahatnya aku.


Hayati lagu ni : Buatmu Ibu (Ae-man)
[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/www Ae-Man – Buatmu Ibu.mp3]

Kekadang bila tengok budak-budak membesar ni, barulah kita lebih hargai pengorbanan ibu dan ayah kita membesarkan kita. Lelagi bila kita tahu kita dibesarkan dengan keadaan serba kekurangan. Betapa susahnya mereka mencari rezeki dan bekorban semata-mata nak besarkan kita adik beradik. Berikan kita makanan, perlindungan dan pendidikan hingga kita besar. Mereka tabah hadapi karenah kita dari kecil hingga besar.

Tapi malangnya, ramai yang lupa semua pengorbanan mereka tu bila dah besar. Aku sedih bila baca blog seorang remaja yang mengutuk ibunya sendiri sebab tak dapat penuhi keinginannya, subhanallah. Minta dijauhkan dari perkara-perkara camtu. Nabi kita sendiri letakkan taraf ibu sangat tinggi.

Sebab tu kalau boleh selepas solat kita doakan kesejahteraan mereka dunia akhirat. Sambil tu bayangkan raut wajah mereka yang redup dan sayu bila kita sebagai anak melupakan mereka. Percayalah dengan restu mereka hidup kita lebih bahagia dan kita senang masuk syurgaNya,amin.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com