Kemalangan motorsikal

Bismillahirrahmanirrahim


Masa mula2 aku belajar naik motor dulu umur aku dalam 11 tahun camtu. Abah ada satu motor Honda kepala bulat. Atas keinginan tinggi nak belajar bawa motor aku curi-curi naik motor abah. Dipendekkan cerita, aku ngan motor tu tersangkut kat pokok rambutan belakang rumah aku. Dalam sakit2 jatuh motor dan kena belasah ngan abah, aku tetap suka sebab dapat naik motor tu :)

fadhilahteaser

Teaser wedding Fizi & Fadhilah



Sejak tu sampailah zaman kat universiti dah banyak kali aku jatuh motor. Siku dan lutut aku semua dah berparut2. Setiap kali lepas kemalangan insaf sekejap. Selepas tu bawak laju lagi. Biasalah darah muda. Teringat masa kemalangan masa belajar kat universiti. Bila dah jatuh, orang ramai tolong angkat aku. Dalam berdarah-darah tu aku tanya motor aku tu ok tak. Risau oo, motor RXZ dah make-up cantik tu :P

Dah besar ni lebih berhati-hatilah. Adrenalin tu dah kurang. Motorpun cc rendah je. Tapi kadangkala malang memang tak berbau. Kelmarin aku terlibat dalam kemalangan motorsikal. Taklah teruk mana tapi banyak luka, bengkak dan lebam2. Nak gerak pun sakit. Tapi 4-5 penunggang motorsikal yang terlibat sama lagi teruk. Dapat gaklah MC beberapa hari. Nasib baik takde yang patah2. Doakan aku cepat sembuh semua.



Nota kaki : Tunggu full entry majlis kat atas ni next week :) Sapa faham lagu dalam entry ni memang aku respek lah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Tentang Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Jakarta-Bandung dalam lawatan kerja bersama sahabat-sahabat ofis. Satu perkara yang buat aku tersentuh bila berada di sana ialah melihat bagaimana sesetengah mereka melakukan apa jua perkara bagi mendapatkan sesuap nasi untuk makan. Jurang antara yang kaya dan miskin terlalu jauh dan perbezaan tersebut sangat ketara.

Ketabahan, kecekalan dan semangat mereka mendapatkan rezeki sangat dikagumi. Seorang lelaki tua lingkungan 50an (baya bapa2 kita) yang aku jumpa hanya memperolehi sekitar RP25,000 (RM9) sehari untuk kerja berat seharian selama 12 jam membuat jambatan. Beliau datang dari jauh dan bermalam di bawah jambatan yang dibinanya semata-mata untuk menyara keluarga yang jauh di kampung. Itu belum kanak berumur 5-6 tahun yang turut bekerja untuk mendapatkan duit.

Aku ada beberapa gambar snap-shoot yang aku tak edit untuk dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama dan membuat perbandingan dengan kita.



Cubalah bayangkan kalau Allah takdirkan dulu kita dilahirkan dalam keluarga yang dhaif dan tinggal di negara seperti itu. Bapa kita miskin, ibu kita miskin. Tak mampu nak sekolahkan kita. Tak mampu belikan kita pakaian yang cantik. Tak mampu sediakan tempat tinggal yang sempurna. Setiap kali bangun tidur tidak pasti sama ada hari ini dapat makanan ataupun tidak. Apatah lagi memikirkan tentang hidup bermewah dan membazir. Jauh sekali.

Cubalah lihat keliling kita sekarang. Nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pakaian kita, makanan kita, kenderaan kita. Berapa kali kita berterima kasih kepada Allah untuk itu? Bila kita membazir dan membuang makanan pernah tak kita terfikir ada orang lain yang tidak diberikan nikmat dan rezeki sama seperti kita. Itupun selalu rasa kekurangan berbanding orang lain. Malulah dengan Allah.

Kesimpulannya, sentiasalah beringat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam agama Islam, pendapatan/gaji kita setiap bulan bukanlah sepenuhnya milik kita. Ada HAK dan rezeki orang lain yang Allah kurniakan melalui jalan rezeki kita. Allah nak uji keimanan kita melalui rezeki harta tersebut. Zakat 2.5% satu-satunya cara yang dapat bersihkan pendapatan kita. Cubalah bayangkan orang yang miskin dan cacat itu sempurna segalanya, mungkin mereka duduk di tempat kita sekarang. Wallahua’lam.



Nota kaki : Kira hak orang lain dalam rezeki kita? KLIK SINI.

Nota kaki 2: Bulan Allah Rejab dah kembali. Kurang 2 bulan Ramadhan akan menjelang. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outing ke Bukit Lalang, Semenyih

Bismillahirramanirrahim


Sabtu lepas aku ikut Sifoo Adiman hensem gi panjat Bukit Lalang (Broga Hill), Semenyih. Sebelum ni jeles je tengok member2 lain panjat bukit ni. Mula2 aku ingat bukit ni rendahlah macam Bukit Tadum belakang kampung aku je. Tapi sekali panjat, mak aii. Rasa macam panjat Gunung Krakatoa kat Indonesia je,haha.

Kitorang berenam start naik dalam pukul 5 petang camtu. Perjalanan naik tu kalau orang yang selalu naik boleh amik masa dalam 20 minit je. Tapi kalau orang yang tak fit boleh makan masa sejam dan kalau orang yang last bersenam 8 tahun lepas mungkin amik masa setengah hari atau mungkin tak sampai langsung,haha. Aku yang selalu main bolapun hampir berputus asa baru 100 meter mendaki,wakakaka.


Kena lalu hutan nak naik ke atas puncak bukit


Tapi benda yang hangin bila kena pintas ngan warga emas yang rileks je mendaki tanpa rehat. Sangat tak cool ok, hahaha. Bila sampai ke puncak bukit memang segala penat setengah mati tu hilanglah. Walaupun keadaan berjerebu takde awan tapi aku tetap menikmati keindahan alam kat atas bukit tu. Korang bayangkanlah diri korang dalam gambar kat bawah ni dengan angin bertiup sepoi2 bahasa :)

Pandangan dari atas bukit. Rasa cam nak menari hindustan je,haha

Manusia yang berjaya landing :) blkg : ila, adiman, muiz, piiown, kenit lee


Sampai atas tu takde banyak aktiviti yang kitorang lakukan. Nak main CLS pun cam takde mood je. Sebab lebih best hayati keindahan pemandangan atas tu. Aku hanya amik gambar pemandangan dan gambar bukti aku dah sampai atas tu,haha. Lenkali kalau datang lagi bolehlah shoot cantik2,ceewahh. Ni ada sikit gambar-gambar kat atas tu.

Sifoo Adiman sedang termenung memikirkan gadis impiannya,wakaka

Berpura2 lihat ke atas sambil fikir tempat nak kencing,haha

Kanak2 riang yang melompat keriangan


Ni aku nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang nak panjat Bukit Broga ni :

  1. Bawa peralatan atau kamera yang basic. Satu body, wide lens or flash (kalau perlu) sudah cukup. Tak payahlah bawak buku cerita, laptop, 2nd body, charger bagai. Ko nak cas pakai apa kat atas tu?
  2. Bawak air nak minum. Kat atas tu takde pokok kaktus yang boleh bekalkan air kalau korang mengalami dehydration. Pokok getah ada, tupun kalau nak matilah minum getah.
  3. Pakai kasut sukan. Jangan ngengada pakai seliparlah, high hill lah, terompahlah. Boleh nak pakai, tapi akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
  4. Kalau turun lewat petang or malam kena bawak lampu suluh. Kang sesat dalam hutan, menyusahkan mak bapak dan pihak bomba nak carik korang dalam hutan tu.
  5. Makan dulu sebelum naik bukit untuk tenaga. Pastu buang air siap2 sebelum naik. Kang satu hal plak nak berak atas bukit,haha.

Cukuplah tips tu. bukan korang nak ikutpun,haha. Untuk akhirnya, tempat2 camtu kena bersopan. Maksudnya jangan takbur, cakap besar macam diva. Kang kena sambar petir, masuk plak Buletin Utama TV3. Buat malu ketua kampung korang je. Kalau perempuan at least adalah lelaki ikut. Untuk tujuan keselamatan. Takut kena serang ngan penduduk orang asli kat hutan tu,haha *ok, aku tipu.

Suparman nak terbang selamatkan bumi


Untuk akhirnya, akur lilit pinggang aku telah berkurangan 8 milimiter masa turun bukit tetapi telah bertambah 9 milimiter kembali setelah melantak tak ingat dunia selepas balik ke rumah,hahaha. Jangan tiru aku ya.


Nota kaki : Sabtu ni Sifoo Adiman ada buat outing kat situ lagi. Sapa berminat nak join? Kalau takde aral melintang insyaallah aku join gak.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com