Permulaan Baru 2009

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah aku dah berpindah ke blog aku sendiri. Memang dah lama aku nak berblog kat domain sendiri, tapi kesibukan kerja memang selalu menghalang. Satu sebab yang menguatkan azam aku nak pindah ialah setelah aku tahu fotopages yang aku guna untuk share gambar-gambar sebelum ni adalah “Made in Israel“. Sehingga aku tulis entry ni dah lebih 1000 orang Palestin mati dalam serangan Israel kat Gaza. Aku tak sanggup nak terus menyokong produk yang terang2 dari mereka.

Sebenarnya aku pernah berblog dulu. Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tutup blog tersebut. Insyaallah tahun 2009 akan membawa beberapa perubahan dalam diri dan kerjaya aku. emm, Ogos tahun 2008 lepas aku beli DSLR sendiri :). Sejak tu aku terus belajar dari kengkawan terutamanya budak-budak forum dan otai2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni.

Dalam tempoh aku belajar tu aku juga diberi kepercayaan oleh member-member aku untuk mengambil gambar mereka bertunang dan kahwin. Perkara tu secara tak langsung menambah keyakinan aku untuk berkarya dalam bidang yang aku minat ni. Selepas ni aku akan gunakan platform ni nak update gambar-gambar terbaru yang aku amik :) terima kasih sudi singgah sini.

P/s : Aku masih dalam proses perbaiki layout blog ni. Kalau time browse tu tiba2 tunggang langgang tu faham2lah ye :) aku juga akan upload gambar-gambar kat fotopages tu kat sini kalau berkesempatan.

Wassalam.