Majlis Perkahwinan Hana & Zuraily

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update Majlis Perkahwinan Hana & Zuraily plak. Pada hari tersebut aku dibantu oleh sahabat aku Kerul hensem sebagai 2nd photographer :) Sebenarnya pada hari tersebut ada dua pasangan, abang kepada hana. Tapi oleh kerana hana yang hire aku maka aku taruklah gambar2 dia kat sini :)

Dukacita dimaklumkan, pengantin tak bagi aku publish gambar-gambar kat tempat larangan tersebut. Ia bagi mengelakkan perkara berbangkit kelak,ceewahh. Kalau nak tengok gak kena pinjam album diaorang kalau dah siap sok ye,hehe. Aku kena publish cepat gambar diaorang ni sebab budak-budak ofis asyik tanya je bila nak upload,hihi :P korang layanlah dulu ye.


Salah satu masalah kalau outdoor ni ialah kehadiran kengkawan dan sahabat di rumah ketika pengantin sedang outdoor. Ia bleh buat pengantin tak selesa dan nak pulang awal supaya tak rasa bersalah kat mereka. Salah satu kaedah nak atasi ialah suruh jela kawan2 tu datang ke tempat outdoor korang:) Selain dapat jumpa mereka, dapat gaklah tangkap gambar ngan pengantin – ‘win win situation‘ :)

Apapun, aku doakan semoga pasangan Hana & Zuraily berbahagia hingga akhir hayat. Selamat melayari bahtera rumah tangga dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah,amin. Terima kasih lagi sekali kepada kerul yang membantu aku sepanjang majlis tersebut berlangsung. Tapi takziah juga kepada dia dan semua MU fan yang kalah kepada Barca pagi tadi,kekekeke..


Nota kaki : Walau 60% kawan2 aku adalah penyokong MU. Tapi apada hal!! Mmg Barça patut menang game malam tadi..:) Barça, Barça, Barça!!.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan Hana & Zuraily

Bismillahirramanirrahim

Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah yang diberikan. Aku sangat menghargainya. Kali ni aku nak update majlis pernikahan Hana & Zuraily yang berlangsung Sabtu lepas. Sebenarnya Hana ni ofismate aku :) Jadi memang takde masalah nak bekerjasama sebab masing-masing dah kenal. Aku shoot majlis nikah ni sorang2 je sebab kengkawan lain semua bizi aku ajak,huhu..

Masa aku kenal suami Hana ni, dia kenalkan dirinya sebagai Leleq. Jadi sepanjang majlis sampailah majlis persandingan aku panggil dia Leleq je. Pagi ni buka kad kahwin dia baru aku tahu nama dia Zuraily,kekeke (sorry Leleq :P). Aku suka bekerjasama ngan diaorg sebab masing-masing ceria je. Macam tak sabar je nak kahwin,hahaha. Layanlah gambar diaorang ni ye.



Sebenarnya walaupun dah agak banyak job wedding aku amik, aku masih jumpa dan belajar benda-benda baru setiap kali aku jalankan tugas. Itu yang seronoknya amik gambar ni. Ia buat aku sentiasa improve diri aku sedikit demi sedikit.

Eh lupa aku nak bagitau. Leleq ni kerja kat Istana Klang tu tau. Jadi kalau nak tengok Outdoor kitorang kat Istana tu, nantikan entry perkahwinan diaorg pasni,ceewahh. Kat Istana tu beb!! Nanti kalau orang kata pernah amik gambar kat Istana ke tak, aku jawablah dah pernah,hahaha.*yela2 aku mmg batak :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com