Bismillahirrahmanirrahim
Fuh lama betul rasanya tak update entry kat sini. Ni semua gara-gara World Cup lah ni. Dengan kerja ofis yang banyak dan tak cukup tidur tengok bola adalah satu alasan yang kukuh tak update blog ni, haha. Team favorite aku pun dah kalah. Ni semua gara2 Paul si sotong tu lah. Aku rasa Paul tu saja nak bagi orang makin syirik sebab percaya sotong dalam ramalan keputusan bola tu :) Apalah rasa Paul tu kalau masak sambal dan makan dengan nasi lemak.
Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Marena & Zulefry yang berlangsung di Putrajaya. Aku cover dari majlis nikah, malam berinai sampailah majlis persandingan. Terima kasih kepada sahabat aku Zakuan dan Echik kerana follow aku dalam majlis ni. Layan dulu majlis perkahwinan diaorang ni.
Apa yang menarik kat majlis perkahwinan Marena ialah mereka buat majlis ni secara bergotong royong macam kat kampung tu. Pertama kali aku tengok buat rewang kat Putrajaya ni, hehe. Marena ni anak sulung dan adik beradiknya semua perempuan. Jadi memang penat gaklah dia nak uruskan semuanya sendiri. Tapi alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Sebenarnya Zul ni memang susah nak senyum. Memang penatlah nak suruh dia senyum, hehe. Kitorang keluar outdoor awal pada hari tersebut. Sebenarnya nak elakkan hujan sebab setiap petang hujan ketika itu. Seboleh2nya aku nak elak berada di bawah terik matahari sebab nanti mata pengantin sepet. Lelagi kalau yang memang sedia sepet cam aku, terus tak nampak apa2, haha.
Tapi itulah antara cabaran photographer wedding di negara kita:) Sebab kita bukan mengambil gambar dalam suasana terkawal (dalam studio). Keadaan pencahayaan berubah2 walaupun berada di tempat yang sama. Selain itu, kita juga mengejar masa sebelum menjelang waktu maghrib. Kalau bernasib baik barulah dapat cuaca yang ideal dengan langit yang biru, cahaya matahari yang tak redup dan tak terlalu cerah.
Untuk akhirnya terima kasih kepada keluarga Marena atas layanan dan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa mendapat berkat dari Allah dan berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan tutur kata dan perbuatan sepanjang berada di sana :)
Nota kaki : Sedar tak sedar dah bulan Sya’ban sekarang. Kejap lagi Ramadhan menjelang, tak sabarnya sampai bulan tersebut.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com