Wedding Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Tanpa sedar Ramadan dah hampir tiba. Masa aku tulis ni dah 21 Rejab 2014H. Rindu nak bersahur, bertadarus, tarawikh, berbuka puasa dan suasana kebaikan pada bulan Ramadan. Atas kekangan kerja di ofis, bos tak izinkan aku kerjakan umrah tahun ni. Walaupun sedikit kecewa tetapi aku percaya ada hikmah disebalik perkara itu. Sebenarnya antara impian aku nak habiskan sebulan Ramadan di Makkah bersama wifey. Mudah-mudahan tercapai satu hari nanti.

Kali ni aku nak update majlis persandingan Fara & Hasif pula. Walaupun shoot berseorangan tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis meriah, DJ best macam suara Andy Hakim, pengantin ceria, kawan-kawan sporting semuanya memudahkan kerja. Aku dah cuba beberapa tone yang ‘in’ sekarang. Tapi akhirnya aku lebih suka neutral colour dalam editing aku:) Lebih sesuai sepanjang masa.

Sesi outdoor kitorang buat kat Putrajaya. Sebab petang tu hujan lebat. Kitorang kena cari tempat boleh berteduh dan amik gambar. Jadi aku pilih kat tempat yang dah beberapa tahun aku tak shoot:) Selepas hujan reda kitorang sambung sikit kat Taman Botani. Untuk akhirnya, mari sama-sama kita doakan semoga pasangan ini dipermudah urusan hidup bersama di dunia sampailah ke akhirat nanti. Bahagia dan menyayangi antara satu sama lain sampai akhir hayat mereka,amin.

Aku akan super bizi dalam 2 minggu akan datang. Urusan kerja di ofis dan urusan keluarga. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan kesihatan aku sahabat2:) Semoga berjumpa lagi insyaallah.

Wassalam

Solemnized Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam tazkirah yang aku dengar selepas solat semalam, ustaz bagitau tentang mudahnya kita mencari pahala pada zaman ini. Dengan satu dakwah kebaikan, ia boleh tersebar luas di seluruh dunia melalui medium sosial media. Suatu kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh pendakwah-pendakwah zaman dahulu. Namun tanpa sedar ia juga boleh menjadi sebab dosa kita berganda-ganda.

Apabila kita sebarkan berita yang tidak betul, cerita yang mengaibkan insan lain, fitnah yang dipanjangkan tanpa soal selidik maka setiap kali orang membaca dan sebarkan, dosa kita akan berganda-ganda banyaknya. Kalau ada seorang insan berbuat dosa, kita mengumpat keburukannya kepada sahabat kita. Pada malam hari beliau sedar dan bertaubat. Allah telah ampunkan dosa beliau tersebut. Namun dosa kita sebarkan aib beliau masih berterusan dan berganda-ganda lagi. Siapa yang lebih baik akhirnya?

Kali ni aku update pula majlis pernikahan Fara & Hasif yang diadakan di Kajang. Dah lama sebenarnya aku tak shoot dengan ramai kawan-kawan yang turut sama datang memeriahkan majlis dari majlis nikah sampailah majlis persandingan:) Cabaran shoot majlis nikah di rumah berseorangan biasanya ruang yang dan kena pelbagaikan angle dari satu kedudukan. Layan dulu.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Keluarga Hasif datang dari Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Aku sangat suka tengok mereka jemaah bersama2 solat sunat selepas majlis nikah tersebut. Satu lagi ikatan suci antara umat nabi Muhammad terjalin. Antara penyebab syaitan menangis. Mari sama-sama doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati Allah sepanjang ikatan perkahwinan mereka ,amin. Insyaallah aku update lagi next week majlis persandingan beliau. Wallahua’lam.

Nota kaki : Aku baru sempat update dalam blog je buat masa ni. Facebook tak sempat lagi:)

Wassalam.

Outdoor Umair & Fathiyyah

Bismillahirrahmanirrahim



Oklah, dah tutup cerita pasal raya. Masing-masing dah mula tumpukan kepada kerja yang tertangguh dek kerana sambutan raya yang panjang :) Sebenarnya konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa aidilfitri adalah satu perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.

Walaupun budaya kunjung mengunjung saudara mara dan bermaafan ketika hari raya tu tidak dilakukan pada zaman Rasulullah, tetapi budaya tersebut diharuskan dan digalakkan atas kebaikan yang terdapat dalam perkara tersebut. Semoga kemenangan kita selepas kembali kepada ‘fitrah’ dapat diteruskan pada bulan-bulan lain, insyaallah.

Aku upload sesi outdoor pasangan Umair & Fathiyyah yang diadakan beberapa hari sebelum Ramadhan lepas. Minta-minta tak down lagi blog aku ni :)



Alhamdulillah, walaupun tidak dikenali dalam industri wedding photography ni tapi rezeki tu tetap ada. Kalau boleh memang aku nak kekalkan low-profile dengan hasil kerja yang baik untuk client-client aku. Sebab tu dari masa ke semasa aku perbaiki kelemahan yang ada untuk jadi yang lebih baik. Ia merupakan satu proses panjang dan berterusan sampai bila-bila.

Untuk makluman semua, aku dah tak menerima tempahan menggunakan khidmat aku sehingga akhir bulan April 2011. Terima kasih kepada semua bakal pengantin yang booked awal untuk majlis korang:) Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk korang semua. Doakan kesihatan dan keselamatan aku sepanjang masa. Wallahua’lam.



Nota kaki : Entry akan datang, insyaallah aku nak tulis tips bagaimana pengantin nak bekerjasama dengan photographer :) tunggu ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kenapa kena bayar zakat?!

Bismillahirramanirrahim



Pernah tak korang rasa kekadang gaji kita setiap bulan asyik tak mencukupi je? Tak tahu dibelanjakan ke mana tapi duit tu dah abis? Kekadang duit gaji tu habis untuk betulkan kereta, motor ataupun untuk bayar bil klinik diri sendiri, isteri dan anak-anak yang kerap sakit, demam dsb.

Jika dilihat dari sudut agama, selain ia merupakan ujian dari Allah ia juga berkait rapat dengan keberkatan rezeki. Memanglah kita mencari rezeki dari sumber yang halal tetapi keberkatan merupakan satu soal berbeza. Inilah yang gagal difahami oleh kebanyakkan kita.

Zakat merupakan salah satu cara kita bersihkan rezeki kita. Sebenarnya dalam rezeki yang kita perolehi tu bukan sepenuhnya milik kita. Ada hak orang lain. Allah sengaja menyampaikan rezeki orang tu melalui tangan kita untuk menguji diri kita supaya tidak tamak harta dan menguji orang yang susah tersebut supaya bersabar.


Suasana kat Kaunter Zakat LZS Kajang :)


Bila duit yang kita dapat tiap2 bulan tu bersih maka rezeki kita insyaallah akan lebih berkat. Keberkatan bukan sesuatu yang boleh dilihat dan diukur. Ia mungkin datang dari kesihatan ahli keluarga, anak-anak yang soleh dan mendengar kata, ketenangan fikiran dan emosi, dijauhkan dari fitnah dsb.

Oleh itu, marilah kita sama2 bersihkan pendapatan yang kita perolehi dengan berzakat. Ingat, zakat bukan sekadar zakat fitrah. Ni aku sertakan link kalau nak kira dan bayar zakat pendapatan korang :)

Camne nak kira Zakat Pendapatan korang? KLIK SINI
Bayar Zakat secara ONLINE? KLIK SINI

Kalau korang dah bayar Zakat di Lembaga Zakat Selangor, korang bleh sertai kuiz yang boleh bawak korang melancong ke London, Perth Australia, Guangzhou China, Bandung, Jakarta, Bangkok dan lokasi2 di Malaysia. Manalah tau ada rezeki korang ke tempat tersebut PERCUMA :)

Boleh sertai kuiz tersebut dari link ini : KUIZ ZAKAT & FLY

Taruk bukti aku ada kat kaunter plak,haha. Gambar kamera hp pinjam.


Setiap kali tiba bulan Ramadhan dan Disember aku akan bertugas di Kaunter Zakat Kajang. Semua pegawai2 di HQ tak kisah dari jabatan apapun akan turun membantu kaunter2 zakat di seluruh negeri Selangor.

Kalau rasa nak bayar zakat ngan aku bolehlah bayar kat kajang,hehe. Zakat fitrahpun boleh gak. Sebab kitorang semua adalah amil LZS. Tapi bagi aku better bayar fitrah kat tempat tinggal masing2. Bolehlah membantu penolong2 amil kat masjid atau surau tu untuk mereka sambut raya. Mereka akan dapat 1/16 dari kutipan zakat fitrah tersebut.



Nota kaki : Internet connection kat Kaunter Kajang terbatas. Aku tak dapat update selalu.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com