Teaser Marena & Zul, Masjid Besi

Bismillahirrahmanirrahim



Masa aku kecik dulu abah ada bela kambing biri-biri dalam 300-400 ekor. Abah kongsi dengan beberapa kawannya di kampung. Pada awal pagi kambing tersebut akan dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. Jadi sebelah petang aku akan ikut abah cari kambing biri-biri yang dilepaskan tu. Dengan kawasan yang luas di bawah kebun kelapa sawit ia bukanlah tugas yang mudah.

Teaser Marena & Zul, Putrajaya


Kambing biri-biri ni sebenarnya ada geng masing2 :) biasanya diaorang akan berpecah dalam 20-30 ekor satu kumpulan. Selepas solat asar, aku akan naik belakang motor abah ngan adik aku mencari kawanan kambing tersebut. Bila jumpa satu kawanan kambing biri-biri, abah akan turunkan aku atau adik aku untuk iring kambing tersebut balik kandang diaorang.

Walaupun kawasan tu jauh ke hutan belukar, hujung sungai ataupun kawasan yang tak pernah aku lalu abah tetap turunkan suruh halau kambing tu. Pastu abah tinggalkan aku sorang-sorang untuk cari kambing yang lain. Berbekal sebatang kayu aku akan halau kambing tu walaupun aku tak tahu lokasi kandang kambing langsung. Tapi memang menakjubkan sebab biasanya mereka memang tahu arah kandang tu walau jaraknya sangat jauh. Lebih 45 minit jalan kaki. Kagum aku.

Tujuan aku cerita ni cuma nak bagitau, kadangkala sebagai manusia kita sering lalai dalam urusan dunia. Berterusan melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Tapi sampai satu saat kita akan sedar bila hidup kita tiada arah tujuan, bila telah hampir kepada kematian, kita akan kembali jua kepada fitrah kebaikan. Sebelum terlambat dan tidak bererti lagi kekesalan itu, mohonlah keampunan dari Allah. Allah tu maha pengampun dan maha penyayang terhadap hambaNya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full entry majlis ni minggu depan.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com