Masalah orang agama

Bismillahirramanirrahim



Kadangkala aku rasa sangat sedih bila baca perkara yang tidak elok di akhbar sekarang. Anak bunuh ayah, Ibu bawa teman lelaki tinggal bersama, anak gadis lari dengan teman lelaki dsb. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Semakin lama masyarakat kita semakin jauh dari agama. Sebenarnya memang mudah kita nak salahkan kekurangan penghayatan agama yang menjadi punca mereka jadi begitu.

Teaser majlis wedding weekend lepas di Sungai Buloh


Tetapi tanpa kita sedar kadangkala orang yang berilmu agama juga ada menyumbang kepada perkara sedemikian. Aku bukan berbicara tentang ulama’ ataupun guru-guru agama. Tetapi tentang orang yang punyai akhlak yang baik, mengamalkan dan faham tentang agama di kalangan kita tetapi mengambil sikap menjauhkan diri dari realiti masyarakat. Contohnya ustaz2 ataupun wanita bertudung labuh yang hanya berkawan di kalangan mereka sahaja dan agak skeptikal dengan orang lain.

Sampai bila-bila golongan ini takkan tahu bagaimana cara berfikir dan cara hidup orang jahil ini sebab mereka berada di dunia yang sama sekali berlainan. Sepanjang hidup mereka tak pernah ada kawan yang menghisap dadah, pencuri dan berbuat maksiat yang tiada sesiapa bagi jalan untuk mereka keluar. Mereka sentiasa merasakan diri lebih baik dan bimbang akan terpengaruh dengan keburukan sekiranya bergaul dengan orang seperti itu. Itulah sebenarnya masalah dalam menegakkan syiar Islam.

Sebab tu bila perkara yang menyalahi agama berlaku dalam masyarakat mereka lebih mudah menyalahkan pihak lain seperti umara’ (pemerintah) dan ulama’ yang dilihat tidak menjalankan tugas sedangkan mereka hanya duduk di tempat baik-baik dan dikelilingi orang baik2. Kalaupun mereka bercakap tentang agama yang mendengar kebanyakkannya adalah orang yang telah faham tentang agama dan dakwah tersebut tak pernah sampai kepada orang yang sepatutnya.

Kesimpulannya, aku suka melihat ‘orang agama‘ yang berkawan dengan orang ‘biasa’ yang lakukan dosa tetapi dengan niat mengubah mereka. Mereka menunjukkan akhlak yang baik dan keindahan Islam untuk dicontohi. Mereka lebih mudah didekati oleh orang yang kurang berilmu berbanding orang agama yang sering pandang rendah terhadap mereka. Kata-katanya lebih mudah diterima dan mudah untuk orang terus mendekati Islam. Itulah jihad yang lebih sukar iaitu untuk mengubah masyarakat jahil kembali mengenal Allah, Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full-entry majlis kat atas ni. Weekend ni aku ada 2 hari kat Ipoh shoot wedding. Jom ngeteh orang Ipoh :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com