Sopek

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu. Masa aku kecil, kampung aku baru je dibuka. Pokok kelapa sawit yang abah tanam pun masih muda. Peneroka yang sama-sama tebang hutan baru je berumahtangga. Jiran terdekat sayup-sayup je kelihatan. Jalan depan rumah aku masa tu hanya boleh lalu motorsikal dan basikal je. Jangankan jalan tar, tanah merah pun tak pernah jumpa.

Seberang jalan besar depan rumah aku hutan belantara. Tak sampai 500 meter. Tiap-tiap malam dengar macam-macam binatang berbunyi sebelum tido. Paling meriah bunyi monyet. Selalu kalau abah tak pergi kebun kelapa sawit, abah selalu ajak aku masuk hutan. Kadang-kadang tembak rusa dan cari ayam hutan. Kadang-kadang cari madu lebah. Kalau cari madu lebah aku jadi tukang pegang baldi. Bila abah dah asapkan sarang lebah sampai lebah tu pening, abah panjat pokok. Pastu potong sarang tu campak kat aku kat bawah.

ezan2

Teaser wedding di sawah padi.



Mesti ramai tak pernah makan daging ayam hutan kena tembak. Dulu abah ada senapang patah. Senapang patah ni peluru dia berterabur. Jadi selepas sembelih ayam dan dimasak kadangkala kat daging ayam tu ada lubang2 dan bintik2 hitam. Kadangkala memang tergigit serpihan puluru tu. Rasa belerang. Hebat tak? Dari kecik aku makan ayam kampung atau ayam hutan. Teringat kali pertama makan ayam ternak masa sekolah rendah. Aku tanya mak, kenapa daging ayam tu lembut sangat. Aku tak suka. Sebab daging ayam hutan dan ayam kampung biasanya memang liat.

Projek KLIA yang bermula awal tahun 90an benar-benar mengubah cara hidup orang kampung aku. Dalam masa singkat semuanya dah maju. Lebih 20 orang kampung aku jadi jutawan segera sebab tanah mereka dilanggar projek-projek besar. Rezeki. Banyak kawan aku terpaksa berpindah sebab tapak KLIA tu adalah kawasan petempatan mereka. Sapa pernah tahu dulu nama kawasan KLIA tu adalah ‘Sopek’. Nama tempat tu dah hilang dalam peta dengan adanya KLIA.

Kadangkala bila lalu kawasan luar bandar yang tenang, aku selalu teringat kenangan aku membesar. Aku rindu nak perah madu sendiri dengan tangan melekit. Aku rindu main ngan kura-kura liar yang selalu ada di kawasan rumah. Aku rindu mandi kat telaga depan rumah. Aku rindu bawak balik ayam hutan yang ada serpihan peluru dalam dagingnya. Tapi aku tahu semua tu takkan berulang lagi. Negara kita dah maju dan lebih baik dari semua segi. Semoga dalam kemajuan tu kita masih tidak lupakan asal usul kita. Wallahua’lam.




Nota kaki : Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W. Banyakkan selawat hari ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.

Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.

Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.

Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p


Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya

p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.

Alangkah bodohnya aku!

Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.

Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.

Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(

Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.

Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p


Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.

p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.

Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.

Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.

Wassalam

Ucapan Syawal dari aku :)

Bismillahirramanirrahim



Bismillahirrahmanirrahim



Bila dah hampir syawal ni teringat kenangan menyambut raya masa kecik-kecik dulu. Seronok mengenang perkara yang membuatkan kita terasa kemeriahan beraya walaupun masa tu kita meraikan aidilfitri dengan serba kekurangan dan bukanlah hidup selesa seperti sekarang.

Ingat lagi tak dulu kita berdebar-debar tunggu pengumuman raya dan perasaan seronok sangat bila esoknya hari raya? Bermain meriam, mercun dan memasang pelita merupakan perkara biasa yang kita lakukan pada malam raya. Yang perempuan pula sibuk menolong mak pasang langsir, masukkan kuih dalam bekas dan masak-masak untuk beraya esoknya :)

Esoknya, selepas solat raya kita pusing kampung naik basikal beramai-ramai ngan kawan-kawan nak kumpul duit raya. Masing-masing pakat tunjuk baju baru dan kasut raya kat kawan-kawan lain. Kekadang sampai kampung sebelah kita beraya sampailah lewat petang baru balik rumah. Aku percaya ramai antara kita pernah rasa pengalaman beraya camtu kan? Tapi masih adakah budaya camtu sekarang di tempat korang semua?


Sambutan raya tak meriah kalau takde pelita :)


Memang kemeriahan hari raya dulu jauh berbeza dengan sekarang. Budak-budak sekarang termasuklah yang besar suka habiskan masa depan TV tengok rancangan raya ataupun duduk depan PC melayari internet mengucapkan raya kat sahabat maya sedangkan jiran sebelah langsung tak diziarahi hingga akhir syawal.

Aku nak bagi nasihat sikit kat semua sempena menyambut raya :

  1. Cukuplah dengan rancangan TV yang kita boleh tengok sepanjang tahun. Cukuplah duduk depan Laptop/PC melayari internet sepanjang hari. Benda tu takkan habis sampai bila2. Marilah kita bawa ahli keluarga menziarahi saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan seramai mungkin. Mungkin juga warga tua yang duduk kat ceruk2 kampung.
  2. Usahlah fikir nak pamerkan baju cantik2 di depan atuk, nenek, nyai, tokwan maupun moyang. Baju tu takkan diperhatikan sangat oleh mereka. Dakapan mesra, sentuhan dengan tangan mereka yang kecut dan pipi yang telah kedut terlalu besar ertinya buat mereka.
  3. Berhati-hati dan bertimbang rasa di jalan raya. Apalah ertinya dapat sampai awal sejam dua tapi mengambil risiko besar yang sebabkan kematian kita, keluarga kita maupun orang lain.
  4. Jaga tata susila pergaulan dan adab sopan berpakaian. Jangan sesekali tinggal solat, berusaha menggenggam syariat walau di mana kita berada.


Saling bermaaf-maafan dan bersilaturrahim kerana Allah


Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa yang telah tua, ziarahilah mereka. Cubalah belajar mengawal emosi bila berbicara dengan mereka. Belajar memberikan tumpuan dengan mata, telinga dan perasaan. Banyak belajar mengangguk, senyum, ketawa dan berpandangan positif dengan apa juga yang diceritakan oleh mereka. Janganlah asyik nak melawan kata je. Kita takkan tahu betapa kita rindukan semua itu bila mereka telah tiada nanti.

Akhir kata, ampun maaf dari aku kepada semua sekiranya terdapat kata2 atau tingkah laku aku yang menyinggung perasaan sepanjang mengenali aku. Selamat menghayati ibadah malam-malam terakhir Ramadhan dengan penuh keberkatan.


Nota kaki : Aku akan bercuti raya sampai hari raya keempat. Sehingga tu tiada update baru di sini. Aku nak nikmati Syawal sepenuhnya :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kenangan Berpuasa di Universiti

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, dah 4 hari kita berpuasa. Mudah mudahan kita masih lagi bersemangat melakukan amal ibadah sampailah akhir Ramadhan nanti. Bulan puasa ni takde orang kahwin, jadi takdelah cerita pasal kahwin buat masa ni :) Mesti jimat kan kalau buat kenduri kahwin time bulan puasa,hehe.

Masa berbuka puasa semalam tiba2 aku teringat kenangan berpuasa masa belajar kat Universiti dulu-dulu. Masa aku tahun satu dulu, mesti buka puasa kat masjid untuk jimat duit :) Pukul 6:30 petang dah tercongok kat masjid UTM tu. Masa tu sanggup jalan kaki hampir setengah jam semata-mata nak berbuka puasa free. Masa tempat makan tu dibuka 10 minit sebelum berbuka semua budak2 cam aku serbu macam orang kebulur je,haha.

Makan pulak guna talam/dulang ramai-ramai,seronok. Sebelum tu kena pilih member nak makan gak. Kalau ada orang badan besar kena cari dulang lain sebab takut dia makan banyak,hahaha. Aku rasa sebab tu jugalah dulu aku kurus kering je tak cukup zat,hihi. Ni gambar bukti aku pernah kurus dulu,kekeke.

Zaman aku kurus dan muka macam samseng,hehe


Masa dah duduk rumah sewa plak kitorang ada satu taktik berkesan untuk mendapatkan makanan murah dan banyak,hehe. Biasanya budak2 rumah aku akan pergi bazaar ramadhan dekat2 waktu nak berbuka camtu. Masa tulah peniaga nak berkemas balik. Kitorang akan beli kuih2 lebihan yang tak abis tu. Pandailah pujuk diaorg cakap suruh bersedekah lah, amal ibadatlah, kitorang student takde duitlah sambil buat muka kesian,haha.

Kalau kuih RM4-5 kitorang biasa beli dengan harga RM1 je. Sampai orang2 kat bazaar tu dah kenal muka tak malu kitorang :P Kekadang kalau tersampai awal, siap tanya lagi ngan peniaga tu “Dah boleh ke bang harga diskaun?“, kalau dia jawab “Belum lagi“. Kitorang pusing2 lagilah kat situ. Bila lalu gerai dia tanya lagi dan lagi sampailah dia cakap dah boleh,hahaha.

Kekadang kenangan camtu lah yang seronok untuk dikenang. Terutamanya bila sekarang kita dah mampu untuk beli apa je makanan yang kita mahu. Ia boleh ingatkan kita supaya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Alhamdulillah.


Nota kaki : Teringin nak makan kat dulang ramai-ramai lagi,huhu.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kenangan masa kecik : permainan dulu2 :)

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam masa duduk kat cc aku nampak budak2 main video game tah pape tu. Tiba-tiba teringat kenangan dulu-dulu masa aku kecik tak penah jumpe benda-benda tu semua. Aku pasti ramai kat sini masih ingat permainan kita semua semasa kecik2 dulu masa tahun 80an dan awal 90an kan? lelagi yang duduk kat kampung dulu..:)

Aku tak boleh nak ingat semua tapi bagi aku permainan camtu lagi seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan walaupun kekadang main sampai gaduh sesama sendiri,hehehe.. Emm,ni aku imbas kembali mana yang aku ingatlah:


Aku buat kat ofis ni,hehe..

1. Baling Selipar
Korang ingat tak masa main ni semua bukak selipar masing-masing, pastu semua main pakai kaki ayam je,keke. Macam-macam gaya nak baling selipar yang ditegakkan macam piramid tu:) Selepas dah pecah piramid selipar tu team lagi satu bertempiaran lari sambil atur strategi nak bangunkan balik selipar tu. Rasa best dapat baling orang pakai selipar,haha..*ah memori itu..

2. Main Cari Cucu
Sblm main ni kena lai lai li tam plong nak carik sape nak jadi nenek. Pastu kena tutup mata yang jadi nenek tu ngan sapu tangan or kain..yang lain pegang tangan buat pusingan sambil nyanyi…akupun lupe nyanyi dia tapi lebih kurang camnilah:

“Nenek nenek, si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga (ewah) Mencari cucu dimana berada, Nenek nak kahwin dengan anak raja”..

Pastu semua duduk diam, nenek yang buat2 bongkok siap ngan kayu tu carikla cucu2 katne sambil nyanyi juga. Aku lupela plak dia nyanyi camne. Tapi ada macam ni lah lebih kurang

“cucu-cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang nenek nak cari ganti” ..

Selepas dia dapat sorang dia kena teke sape orang tu dengan raba muke dia,hehe. Kalau salah jadila nenek semula :P Aku paling suke kalau dapat budak pompuan,ahahaha.

3. Polis Sentri
Biasa yg main ni budak2 laki je. Ada geng jahat dan ada yang jadi polis. Siap ada penjara lagi tu..:) Nak selamatkan orang penjahat kat penjara kena senyap2 pass org yang dlm penjara tu,hehe. Sampaila kena tangkap sume penjahat baru tukar geng plak,hihii. Selalu main kat sekolah petang time rehat atau masa cuti sekolah..

4. Galah Panjang
Haa, kat kampung aku panggil Jelon. Yang ni memang best main kat court badminton atau kat padang yang lapang. Korang mesti penah gaduh sebab lebih line time cuit pemain lawan,hahaha. Macam2 strategi disusun nak sampai tembus pertahanan pasukan lawan. Masa tu sapa paling laju dan badan kecik senanglah nak menang.


Sarah satu jenis teng-teng yang main dulu-dulu..

5. Teng Teng
Aku paling suka main ni sebab aku terer baling batu tu,hihi. Sebenarnya ada macam2 jenis teng teng. Tapi yg aku paling ingat teng-teng kapal terbang. Biasa aku main sampai baling batu siap pusing2 belakang lagi,hehe. Main ni kat tanah je, lukis pakai kayu dia punye garisan. Kalau yang lagi advance siap bleh bom lagi petak tu,hehe..

6. Main Getah
Yang pompuan mesti ingat dulu pernah main getah kat sekolah kan? hehe. Macam terbang2 je main ni. Aku dulupun main ngan pompuan gak sebab aku suka buat akrobatik dulu( dulu jee),hahaha. Getah tu pegang dua org, start dari tumit, lutut, pinggang, dagu, kepala, sampaila satu inci (panggilan je) sampaila lurus tangan ke atas,hehehe. Time ngah musim dia, kat dalam kelas agamapun boleh main benda nih masa waktu rehat. Yang budak lelaki kekadang tunggu tengok terselak kain budak perempuan time loncat,wakakakaka..

7. Cuit Tiang
Permainan cuit tiang ni pelik skit,hehe. Biasa main kat tiang koridor or tiang masjid yg ada 4 penjuru:) main 5 org, pastu sorang jadi pengacah dan pemain lain akan tukar2 tiang sambil kira sampai 10. Sambil tu kena pastikan pengacah tu tak dapat rampas tiang tu. Kalau tak yang kena rampas tu akan jadi pengacah plak,hehe..Kalau dah kira sampai 10, kena tutup mata pastu yang lain ketuk kepala. Kena teka sapa yang ketuk dulu, kalau salah kena jadi lagi,hehe. Aku penah main dalam masjid sampai kena marah ngan imam masjid tu,hehe


Permainan congkak yang semakin pupus ..

Banyak lagila yg aku rase mcm tak larat nak cerita,hihi. Antaranya batu seremban, main nyurok2, konda kondi, rounders, tudung botol, main guli, layang-layang, pukul berapa datuk harimau dan lain-lain lagi. Aku pasti orang sezaman membesar macam aku kecik dulu pasti ingat mainan2 ni sume,betul tak. ?..:)

Tapi budak-budak  sekarang semua duduk rumah masing-masing depan PC main game. Kalau main kat CC pun mencarut2 je kerjanya. Tak penah kenal permainan camtu. Diaorg malu agaknya kalau main permainan tu. Badan diaorgpun makin montel2 sbb takde permainan yang berlari2 dan keluarkan peluh camtu. Aku harap semua permainan tu takkan pupus sebab memori camtu sebenarnya lagi seronok dikenang bila dah besar daripada PC game yg bukan2,huhu..

wassalam

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com