Bismillahirrahmanirrahim
Masa kecik-kecik dulu, aku memang takut gila nak pergi klinik kesihatan kat kampung aku. Selain takut nak makan ubat aku sebenarnya takut ngan misi (nurse) yang garang macam singa. Tapi satu yang aku ingat doktor-doktor yang silih berganti kat klinik kesihatan tu semuanya baik-baik je. Tapi jarang sangat jumpa doktor muda-muda, hehe. Sekarang ni hampir semua klinik kerajaan doktornya muda-muda.
Dr Juliana ni merupakan client doktor aku yang ke enam. Beliau doktor di Hospital Tanjong Malim. Setiap hari berulang dari Keramat :) Nanti kalau aku ada sakit-sakit ramailah juga sahabat2 yang boleh minta pandangan termasuklah Dr Juliana ni, hehe. Macam doktor2 muda yang aku kenal diaorang semua memang ceria dan senang bergaul dengan diaorang. Yela, aku ni orang kebanyakkan je. Ramai je orang-orang hebat ni biasanya pandang rendah kat orang-orang biasa. Tapi bukan mereka ni :)
Majlis pernikahan Dr Juliana Idora & Fazly Zainal ni dilangsungkan di rumah keluarga Dr Juliana di Keramat.
Majlis persandingan diadakan di Bukit Damansara pada keesokkan harinya. Sepanjang majlis ni aku dibantu sahabat yang hensem tetapi dah tak available, Halim Wahid, keke. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Kehadiran tetamu juga ramai dan terasa kemeriahannya bila berada dalam majlis ni.
Baju pengantin zaman sekarang ni memang banyak design yang cantik-cantik. Banyak design-design yang aku tak pernah jumpa sepanjang tahun lepas amik gambar. Aku suka betul baju Dr Juliana ni. Memang nampak lain dan padan dengan Dr Juliana. Entah camnelah design baju pengantin pada masa akan datang :)
Sesi outdoor tu kitorang pergi ke taman apa tah tu. Aku lupa sebenarnya sebab yang bawak tu pengapit pengantin, hehe. Selain ramai orang, banyak juga anjing-anjing kat situ bersama tuan dia. Aku rasa lebih 20 jenis anjing berlainan yang aku jumpa. Ada yang kenit, besar, kecil, ngeri, comel dsb. Nasiblah kita tak boleh pegang anjing. Kalau tak mesti ada gambar pengantin ngan anjing yang aku amik, hehe. Err maksud aku tak boleh tu, malas nak samak nanti :)
Gambar last tu namanya aku takde kerja. Selalunya aku edit gambar masuk kat blog ni selepas siap buat album. Mybe start dari kul 12 malam ke atas. Jadi bila dah bengong mengantuk jadilah macam2, hehe. Tapi untuk album biasanya memang aku edit lagi sekali. Aku akan kekalkan gambar-gambar neutral dan kurang edit dalam gambar-gambar aku. Insyaallah akan tetap begitu :)
Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan mempelai yang diraikan ini. Semoga Allah merahmati dan melindungi hidup kalian sampai akhir hayat nanti, amin. Terima kasih juga atas layanan yang baik kepada kitorang berdua sepanjang majlis ni berlangsung. Tunggu update majlis di rumah Fazly pula selepas ni :)
Nota kaki : Weekend lepas ni best sebab aku dapat rewang majlis sepupu aku kat Banting. Ada masa aku update.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography