Tag bersama Avicenna Studio’s

Bismillahirrahmanirrahim.

Weekend lepas aku tag ngan Avicenna Studio’s bersama founder dia fairuzismail shoot satu majlis nikah kat Masjid Wilayah. Selain tu ada juga 2 orang photographer otai iaitu Zayd dan Kerul yang shoot sesama. Pertama kali aku shoot kat Masjid Wilayah ni. Memang cantik gilalah masjid ni. Architecture dia memang superb. Kalau korang nak nikah lagi baik korang buat kat sana, mesti photographer suka,hehe.

Satu yang unik pasangan ini ialah suami pengantin perempuan ni berasal dari Australia. Pertama kali gak dapat shoot mat salleh ni. Selain tu pertama kali gaklah (berapa banyak pertama kali daa) aku dengar lafaz nikah dan khutbah nikah dalam bahasa inggeris. :) Aku terfikir, boleh ke aku request nak akad nikah dalam bahasa jawe nanti?haha. Dahlah layan sikit gambar diaorang sebelum aku tambah melalut :)



Skin tone diaorang ngan kita memang berbeza betullah. Senang je nak shoot berbanding kulit orang kita yang bermacam2 tone kaler,hehe. Nanti ada masa aku upload plak gambar aksi kitorang yang gila-gila selepas abis majlis berkhatam kat surau tempat tinggal pengantin. Memang tak bleh blah abislah. Nantikannya di pawagam berhampiran anda!!! (ok, aku lebih2,hahaha).

Nota kaki : Kebanyakkan masa aku guna 50mm 1.8 dalam majlis tersebut



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com