Cerita korban (18SG)

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku dapat menumbangkan seekor lagi lembu peliharaan sebagai korban. Kat kampung aku ada 9 ekor termasuk 2 ekor yang dibuat secara perseorangan di rumah. Pengalaman tengok lembu disembelih dari kecik membuatkan aku dah terbiasa lihat secara dekat proses sembelihan tersebut. Rasanya ramai yang makan daging selama ini tidak pernah nampak bagaimana proses tersebut dilaksanakan :)

Sebenarnya dah lama aku tak join penduduk kampung bergotong-royong sebab dah duduk tempat lain sekarang. Tapi bila sesekali dapat dengar gurauan orang-orang tua, gelak ketawa diaorang dan telatah diaorang memang rasa rindu sangat. Dengan usia mereka semakin tua, mungkin satu hari nanti benda tu akan jadi kenangan aku pada masa hadapan.

Layan sedikit gambar ibadah korban kat kampung aku :


Bila kita merayakan hari yang bersejarah ini, secara tidak langsung ia mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail satu masa dahulu. Berapa ramai ibu bapa berani meletakkan pisau tajam kat leher anak mereka? Apatah lagi menghiris leher mereka. Bagaimana kalau ia arahan dari pencipta kita Allah? Dari situ boleh tahu tinggi rendah iman kita sekarang.

Pada masa kini, pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit amatlah dituntut dan ia memerlukan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri. Besar atau kecil sumbangan kita bukan persoalan kerana Allah tidak melihat dari sudut itu. Marilah kita mensyukuri segala nikmat atas rezeki dan kesihatan yang baik yang diberikan oleh Allah kepada kita semua. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!



Nota kaki : Takbir raya haji adalah ‘Takbir Muqaiyad’ (mengikat) iaitu dilakukan selepas setiap kali solat fardhu/sunat dari Solat Subuh 10 Zulhijjah sampai Solat Asar 13 Zulhijjah. Jom bertakbir banyak2.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Mood selepas raya haji

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, aku dapat kembali bekerja arini walaupun badan rasa tak berapa sihat. Sebenarnya aku rasa sedikit rugi sebab raya haji ni tak dapat nak melapah lembu korban seperti tahun2 lepas. Oleh kerana kebanyakkan tempat buat korban pada hari Sabtu maka aku tak dapat join sebab dah berada di Johor Bahru untuk majlis perkahwinan client aku. Rindu plak dengan bau hanyir darah lembu, bau daging segar dan suasana gotong royong tersebut :)

Teaser Majlis Perkahwinan Ahad lepas di Johor Bahru


Sekarang ni tiap-malam aku terpaksa tidur lewat menyiapkan album-album customer. Memang itulah lumrah hidup photographer picisan cam aku ni. Ketika orang lain berehat2 bersama keluarga menonton TV, melayari internet, dinner diluar dsb aku terpaksa bersengkang mata hingga 2-3 pagi siapkan kerja dan terpaksa bangun awal untuk kerja pada keesokkan harinya.

Orang diluar nampak kerja photographer selesai selepas habis majlis perkahwinan. Tetapi sebenarnya ia baru separuh dari tugas photographer tersebut. Proses memilih gambar, design layout album dan editing gambar kekadang memakan masa jauh lagi lama dari proses shoot gambar tu. Aku ada ramai member photographer berkeluarga yang terpaksa korbankan masa bersama anak-anak dan keluarga untuk laksanakan tanggungjawab terhadap tugas yang diterimanya.

Ada masa nanti aku akan cerita lebih lanjut tugas belakang tabir seorang wedding photographer yang kebanyakkan orang tak tahu termasuklah aku masa mula2 masuk bidang ni dulu. Camna rasanya kerja setiap malam dari 9 malam sampai 2 pagi selama berminggu-minggu tapi benda tu jarang diketahui orang lain. Camne pula rasanya berhadapan dengan customer yang demand macam2 tapi sangat liat nak bayar dan sebagainya..:) tunggu deh..


Nota kaki : Aku kena tunggu OP majlis Sobrina & Fairuz upload entry majlis mereka terlebih dahulu sebelum aku boleh publish kat sini.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com