Cerita raya aku :)

Bismillahirramanirrahim


Alhamdulillah, aku dah selamat bekerja hari ni. Bila dah seminggu raya ni, badan semua dah rasa berat dan montel2 kembali termasuklah aku, hehe. Konon je nak diet sepanjang bulan puasa, makin berat adalah :P Sambutan raya tahun ni agak berbeza bagi aku kerana pertama kali beraya setelah bergelar suami. Jadi ada 2 tempat dan lebih banyak rumah saudara mara kena singgah :)

Tahun ni beraya kat kampung aku memang agak meriah. Selain aktiviti tahunan mengacau dodol beramai2 kitorang juga bersama-sama kumpul duit memasang pelita satu kampung!! lebih 400 pelita menerangi seluruh kampung aku tau. Kitorang ada group pasang pelita, masukkan minyak tanah dan pasang pelita pada malam tu.

Kacau dodol bersama budak2 kampung aku :)

gotong royong pacak pelita kat setiap jalan kampung

Pemandangan di salah satu jalan kampung aku di waktu malam :)


Seperti tahun-tahun sebelum ni, selepas bersalaman sesama ahli keluarga kitorang akan ke kubur untuk menziarahi arwah atuk dan nenek aku. Memang setiap kali ke sana kenangan membesar bersama mereka dulu-dulu akan datang tiba2. Teringat masa dapat duit raya dari mereka masa kecik2 dulu serta tahun-tahun terakhir bersama mereka. Terpaksa cakap kuat2 nak minta maaf sebab atuk tak berapa dengar:) Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,amin.


Selepas tu macam biasa aktiviti ziarah menziarahi, kunjung mengunjungi dan makan memakani berlangsung sepanjang hari :) Satu perkara yang aku nak kongsi tentang adat orang jawe yang agak unik ialah cara bersalaman untuk meminta maaf. Jarang sangat aku nampak orang2 tua bersalam sambil berdiri. Biasanya mereka akan duduk bersimpuh di depan yang lebih tua dan minta maaf dalam bahasa jawe halus :) Akupun tak hafal sebab panjang sangat,hehe.

Aku masih ada ‘boyot’ atau moyang dalam bahasa melayu :) gambar kat bawah tu adalah gambar dia yang masih sihat. Dia juga boleh mengacau dodol seorang diri sampai satu kawah. Sampai sekarang aku masih mencari panggilan yang sesuai untuk anak buah aku yang dah berpangkat piut nak panggil dia,hehe. Sapa tahu ek?

Orang jawe biasanya akan bersalaman camni :) *boyot aku tu.


Sehari selepas tu aku balik kampung ke kampung wife aku kat Bagan Dato’, Perak. Kampungnya masuk jauh ke dalam sampai takde jalan tar, cuma jalan tanah merah dan berbatu je. Walaupun aku duduk kampung gak tetapi beraya kat kampung camni memang seronok gak. Lelagi bila dapat kenal saudara mara yang jauh dari seluruh Malaysia yang turut pulang ke kampung.

Peluang beraya di kawasan seperti ini memberikan aku kesempatan merasa kembali suasana kampung dulu masa kecik2. Kampung yang gelap gelita dan sunyi sepi pada waktu malam, jiran terdekat 100 meter dari rumah, bilik mandi dan tandas kat luar rumah, parit yang masih bersih dan banyak ikan, pili air yang perlahan, bunyi cengkerik sepanjang malam dan kedinginan malam yang menusuk tulang setiap malam.


Ini kali pertama aku beraya kat sini. Jadi tahun ni aku macam orang barulah dalam keluarga diaorang semua. Tapi diaorang semua pelik sebab aku terlebih peramah dan ramai budak2 tu suka datang dekat2 ngan aku,hahaha. Yela, sebelum ni kalau menantu baru semuanya pendiam dan malu2 nak tegur saudara mara. Tapi aku macam dah beberapa tahun je kat situ :) Spesis terlebih hormon agaknya.

Sebenarnya banyak pengalaman baru aku beraya kali ni. Banyak sangat nak cerita sampai aku malas nak tulis,haha. Rumah saudara mara terlalu ramai dari kedua belah pihak nak dilawati. Sampai harini pun masih belum selesai. Insyaallah aku akan cuba habiskan pada setiap malam selepas balik kerja. Bukan apa, kekadang kita tak tahu bila kita akan kembali kepadaNya. Lebih banyak kita jalinkan ukhuwah, insyaallah lebih mudah urusan dan doa apabila kita telah tiada nanti. Wallahua’lam.


Nota kaki : Sapa nak buat rumah terbuka tu bagitaulah aku ye. Aku akan cuba datang sebab aku memang suka makan-makan ni,kekeke *gelojoh betul.

Nota kaki 2 : Hp maxis aku telah arwah sebab kecederaan yang dialami olehnya baru2 ini. Jadi sesiapa yang nak berhubung ngan aku boleh email ye sehinggalah aku dapat beli hp baru,hehe. Makasih ya bung.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kematian itu pasti

Bismillahirramanirrahim


“Insaflah wahai {nama anda} bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar, berkumpul di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab segala amalan kamu juga adalah benar..”

Itulah serba sedikit talqin yang bakal korang dengar sejurus selepas korang masuk ke dalam kubur bila mati nanti. Dalam kesibukan harian kekadang kita lupa yang satu hari nanti usia kita akan habis, badan kita akan ditimbuni tanah dan apa yang kita kumpulkan kat dunia ni hanya akan jadi milik orang lain.

Hayati video klip yang aku convert format untuk tatapan korang semua (english subtitle) :

[flashvideo file=http://blog.faisalrahim.com/video/At-Turab.flv width=500 height=380 /]

Farsyi Al-Turab ( Dust is My Bed ) – Sami Yusuf


Aku takut sebenarnya dalam kita tertawa riang dan melakukan dosa-dosa, kita dijemput dalam keadaan kita tidak bersedia. Kita pasti menangis dan berduka menyesalinya kelak. Sebab bahagian yang kita dapat dalam kubur nanti adalah ibadah yang kita kena buat sekarang. Bukan esok, bukan lusa, bukan bila tua nanti..

Bersediakah kita untuk kembali kepadaNya sekarang?

Aku memang jauh dari sempurna. Aku tahu tu. Tapi aku suka nak ajak kita sama2 muhasabah diri bila kita dalam keadaan terlalu gembira ataupun terlalu bersedih. Masih belum terlewat. Jgnlah kita terlalu berbahagia dengan kenikmatan dunia dan mengejar kesenangan hingga lupa agama. Tidak salah menjadi orang berharta, tak salah nak bekerja bermati-matian, tak salah nak bergembira dan tertawa tapi satu masa kita akan diminta pertanggungjawaban akhirnya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Ayah mertua aku telah kembali kerahmatullah beberapa hari lepas. Semoga roh arwah dikumpulkan bersama orang-orang yang beriman, amin. Al-fatihah.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com