Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.

Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.

Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.

Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p


Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya

p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.

Alangkah bodohnya aku!

Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.

Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.

Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(

Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.

Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p


Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.

p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.

Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.

Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.

Wassalam

Masakan Emak

Bismillahirrahmanirrahim

Antara buffet kat hotel, kambing oh kambing..:)


Kekadang bila aku ada kursus atau program luar dan duduk kat hotel beberapa hari, aku dapat rasa masakan yg berlainan jenis setiap hari. Memang sedap. Tapi kan bila balik ke rumah, bukak tudung saji nampak mak masak ikan kembung sambal ngan pucuk ubi rebus,fuuuhh memang kalah segala jenis masakan yang aku makan sepanjang kat sana. Memang orang kampung betullah aku ni,hehe.

Kekadang memang aku bawa bekal gi ofis. Tak kisahlah jemput-jemput ke, goreng keledek ke, sukun goreng ke atau makanan yg berat2. Mak rajin masak yang berat pepagi untuk adik aku yang masih sekolah. Bila makan bekal tu kat ofis, aku selalu terbayang mak bangun awal setiap pagi sediakan masakan tu masa kitorang semua ngah tido. Syahdu je masa suap makanan,huhu..


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com , faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com