Nikah Lini & Man, Bukit Kapar

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan Lini & Man kat Bukit Kapar, Klang. Diaorang ni nikah selepas solat jumaat. Jadi aku sengaja datang awal untuk solat jumaat di masjid tu. Masa aku sampai dalam pukul 12:30 tengahari aku tengok masjid dah hampir penuh. Aku check balik jam aku takut2 jam aku rosak. Rupanya memang orang kampung Bukit Kapar ni ramai yang datang awal ke masjid, alhamdulillah.

Dalam 15 minit sebelum azan aku tengok masjid dah penuh. Kalau kat tempat lain kekadang khutbah dah nak abis baru datang masjid. Tiba2 rasa seronok je berada dalam suasana camtu. Sebenarnya persekitaran juga secara tak langsung mempengaruhi tingkah laku dan akhlak kita. Semoga benda tu berterusan sampai bila2, amin. Layan sikit majlis pernikahan diaorang ni.


Oh ya, untuk pengetahuan semua kat Selangor ni dah tak guna mas kahwin RM80 tu. Maksudnya, kalau hantaran tu RM8,000 maka akan di sebut “Aku terima nikah …. dengan maskahwin nya RM8,000 tunai..” Jadi hati2 kalau nak taruk cek selepas ni sebab cek tu dikira hutang. Mesti segan kalau imam cakap “dengan mas kahwinnya RM15,000 hutang...” hehe. Penyelesaiannya guna bank draft ataupun tunai :)

Kalau bayar separuh2 contoh RM4,000 tunai dan lagi RM4,000 guna cek maka yang guna cek tu dikira sebagai hutang..:) Aku dah confirm benda ni dengan 2-3 orang pendaftar nikah termasuk lah imam yang aku dah shoot beberapa kali ni,hehe. Pandai-pandailah nanti pasangan yang nak kahwin ye.


Nota kaki : Aku sengaja guna tone kaler camni sekadar mencuba. Nantikan majlis sanding dan outdoor diaorang nanti ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com