Wedding & Outdoor Najlah+Fairoze

Bismillahirramanirrahim


Kali ni aku nak update Majlis Perkahwinan pasangan Najlah & Fairoze. Sebenarnya Najlah ni satu ofis ngan aku :) Dia kerja kat bahagian audit. Jadi dia memang nampak garang lah kat ofis. Tapi bila dah jadi client dia plak kena dengar cakap aku, hahaha. Sebenarnya aku shoot dari majlis nikah. Tapi memandangkan banyak komitmen sekarang aku upload majlis persandingan diaorang jelah :)

Majlis ni diadakan di dewan RRIM, Sungai Buloh. Akupun tak tahu apa nama penuh RRIM tu, hehe. Ada berkaitan ngan getah2 lah. Warna tema majlis Najlah ni memang sangat cantik dan lembut je. Aku pernah cakap tak aku suka pengantin kaler purple? dan warna yang paling aku suka time amik gambar pula ialah putih. Jadi sekali tengok kombinasi Putih+Purple kat majlis ni memang sangat bestlah. Semangat je nak amik gambar, hehe.


Majlis berlansung dengan meriah walaupun pengantin tiba agak lewat. Biasalah sebab majlis nikah pasangan ni diadakan pada sebelah pagi tu juga. Sesi outdoor petang tu aku buat kat dalam area RRIM tu je. Sebab banyak pokok getah yang aku idamkan ada kat situ. Takdelah banyak nyamuk sangat macam hari tu, hehe.

Layan sikit sesi Outdoor diaorang ni. Korang boleh tahu kenapa aku suka warna putih :)



Pada majlis tersebut aku dibantu sahabat baik aku iaitu Otai Nanba yang turut shoot dari sesi nikah hingga outdoor. Memang aku jeles ngan gear yang dia pakai. Membuatkan aku nak berhijrah kem Canon je,hehe. Takpe, aku harap satu hari nanti aku boleh sampai tahap tu :)

Tahniah untuk pasangan Najlah dan Fairoze. Terima kasih atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung..:) Aku doakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. Nantikan entry pasangan ni pada majlis bertandang di rumah Fairoze di Taman Melewar, Gombak pasni ye.

Nota kaki : Untuk makluman semua aku dah tidak available untuk bulan Februari, Mac, April, Mei dan Jun. Terima kasih yang bertanya ye. Aku hargai sesangat.

Nota kaki 2 : Aku tensen gila chelsea kalah malam tadi :( nak updatepun takde semangat, huhu..


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Masalah orang agama

Bismillahirramanirrahim



Kadangkala aku rasa sangat sedih bila baca perkara yang tidak elok di akhbar sekarang. Anak bunuh ayah, Ibu bawa teman lelaki tinggal bersama, anak gadis lari dengan teman lelaki dsb. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Semakin lama masyarakat kita semakin jauh dari agama. Sebenarnya memang mudah kita nak salahkan kekurangan penghayatan agama yang menjadi punca mereka jadi begitu.

Teaser majlis wedding weekend lepas di Sungai Buloh


Tetapi tanpa kita sedar kadangkala orang yang berilmu agama juga ada menyumbang kepada perkara sedemikian. Aku bukan berbicara tentang ulama’ ataupun guru-guru agama. Tetapi tentang orang yang punyai akhlak yang baik, mengamalkan dan faham tentang agama di kalangan kita tetapi mengambil sikap menjauhkan diri dari realiti masyarakat. Contohnya ustaz2 ataupun wanita bertudung labuh yang hanya berkawan di kalangan mereka sahaja dan agak skeptikal dengan orang lain.

Sampai bila-bila golongan ini takkan tahu bagaimana cara berfikir dan cara hidup orang jahil ini sebab mereka berada di dunia yang sama sekali berlainan. Sepanjang hidup mereka tak pernah ada kawan yang menghisap dadah, pencuri dan berbuat maksiat yang tiada sesiapa bagi jalan untuk mereka keluar. Mereka sentiasa merasakan diri lebih baik dan bimbang akan terpengaruh dengan keburukan sekiranya bergaul dengan orang seperti itu. Itulah sebenarnya masalah dalam menegakkan syiar Islam.

Sebab tu bila perkara yang menyalahi agama berlaku dalam masyarakat mereka lebih mudah menyalahkan pihak lain seperti umara’ (pemerintah) dan ulama’ yang dilihat tidak menjalankan tugas sedangkan mereka hanya duduk di tempat baik-baik dan dikelilingi orang baik2. Kalaupun mereka bercakap tentang agama yang mendengar kebanyakkannya adalah orang yang telah faham tentang agama dan dakwah tersebut tak pernah sampai kepada orang yang sepatutnya.

Kesimpulannya, aku suka melihat ‘orang agama‘ yang berkawan dengan orang ‘biasa’ yang lakukan dosa tetapi dengan niat mengubah mereka. Mereka menunjukkan akhlak yang baik dan keindahan Islam untuk dicontohi. Mereka lebih mudah didekati oleh orang yang kurang berilmu berbanding orang agama yang sering pandang rendah terhadap mereka. Kata-katanya lebih mudah diterima dan mudah untuk orang terus mendekati Islam. Itulah jihad yang lebih sukar iaitu untuk mengubah masyarakat jahil kembali mengenal Allah, Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full-entry majlis kat atas ni. Weekend ni aku ada 2 hari kat Ipoh shoot wedding. Jom ngeteh orang Ipoh :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com