Bismillahirrahmanirrahim,
Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya.
Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.
Update outdoor majlis pernikahan Diana dan Azizi yang dilangsungkan di Masjid Shah Alam. Sekarang memang sudah trend selepas majlis nikah terus majlis. Takde majlis sanding. Dah beberapa pasangan pengantin aku shoot camtu sejak beberapa tahun ini.
Majlis yang cukup ringkas dan insyaallah menepati syariat agama kita. Inilah sebenarnya yang patut diikuti oleh pasangan remaja yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk mengadakan satu majlis yang besar dan gemilang seperti pasangan lain.
Semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin.
Wassalam.