Nostalgia di asrama

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu sepanjang sekolah menengah aku duduk asrama. Masa zaman 90an dulu memang raging tu perkara biasa. Walaupun bersekolah di sekolah agama tapi Land Rover polis datang angkut budak-budak asrama ke balai polis adalah perkara biasa. Sama ada kes ganja ataupun bergaduh sampai patah sana sini. Nampak budak menengah rendah patah gigi perkara normal. Kena belasah time tidurpun dah biasa. Bila jadi camtu kitorang satu batch jadi rapat. Terutamanya masa zaman2 awal tingkatan satu sampai tingkatan tiga.

Gambar lama shoot kat ladang getah.


Masa tu tak ada perbezaan antara kitorang. Makan sama-sama, main bola sama-sama, keluar pekan sama-sama. Seawal tingkatan satu biasanya kitorang kena hafal surah2 lazim. Antaranya surah Yasin, Mulk, Sajadah, Jumaah dan lain2. Kekadang aku sengaja tak hafal sebab tengok member2 lain yang tak hafal kena berlari pusing blok sekolah 10x malam-malam buta. Sebenarnya aku jeles sebab diaorang dapat keluar dari surau dan berlari,hehe. Bila akupun kena keluar dan berlari aku senyum sendiri.

Beberapa hari lepas aku jumpa sahabat lama satu sekolah dulu. Bolehlah dikatakan kehidupan beliau agak susah jika dibandingkan sahabat yang lain. Dalam usia sekarang, aku boleh lihat rezeki masing-masing berbeza-beza. Ada yang sangat mewah hingga pendapatan belasan ribu sebulan hingga yang bawah garis kemiskinan. Ada duduk rumah banglo di tanah sendiri dan ada yang masih duduk dengan family walaupun dah ramai anak. Lingkungan kawan-kawanpun dah berbeza.

Tiba-tiba aku teringat dulu semasa kitorang gelak bersama-sama selepas menang lawan bola peringkat sekolah. Tiada perbezaan status dan tak pernah fikir tentang perbezaan antara kitorang. Sekarang kalau berjumpa, seboleh-bolehnya nak tunjukkan perbezaan kejayaan dan kekayaan. Agaknya hidup ni terlalu mendesak hingga kita terlupa semua rezeki tu Allah yang berikan. Allah boleh tarik mana-mana rezeki bila-bila masa. Alhamdulillah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.



Nota kaki : Al-fatihah ke atas seniman Ahmad Jais yang meninggal dunia arini. Salah seorang penyanyi kegemaran aku.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe