Fitri & Julea, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru 2018. Selamat tahun baru kepada semua.

Tiada nikmat yang lebih besar kita perolehi dalam dunia melainkan nikmat keimanan. Tanpa sedar kebahagiaan, ketenangan fikiran, ketenteraman jiwa juga merupakan rezeki terbesar yang Allah beri yang jarang kita syukuri.

Aku harap dapat improve diri dalam tahun 2018 ini. Dapat tambah lingkungan kawan yang baik-baik, yang selalu ingatkan kebaikan, yang tegur aku bila aku malas ke surau/masjid, yang selalu ajak ke majlis ilmu, yang bila aku tengoknya aku teringat perkara baik-baik.

Update sikit majlis wedding Fitri dan Julea yang aku shoot di Shah Alam lepas.

Semoga hubungan yang terjalin bahagian sampai ke syurga, Amiin.

Anis & Faez, Klang

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ni, ustaz bagitau antara perkara yang Allah larang tetapi kita suka buat ialah saling berbangga antara satu dengan lain dengan harta kita, anak kita, ilmu kita, rupa paras kita dan rezeki-rezeki lain yang kita ada. Tanpa sedar ketika kita berkongsi semua rezeki tersebut dengan sahabat lain, ada timbul rasa riak dan bangga dalam diri.

Tanpa sedar juga, kadangkala kita bekerja lebih keras untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik hanya untuk ditunjukkan kepada orang lain. Kena tanya diri sendiri. Adakah semua nikmat yang Allah bagi tersebut lebih mendekatkan diri kepada Allah? Iman kita bertambah? ibadah kita lebih baik? atau dengan bertambah nikmat tersebut kita sebenarnya semakin jauh dari agama.









Tahniah kepada kedua pasangan Anis dan Faez ini. Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin berkekalan bahagia sampai ke syurga, amiin.

Wallahua’lam.

Nazwa & Ijad, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

Kata orang, kita tidak akan nampak keaiban pada orang yang kita kasihi. Bahkan sedikit keaibannyapun kita tak nampak bila kita menyintainya. Mata yang redha itu rabun untuk melihat kelemahan dan keaiban insan yang kita sayang.

Sedangkan mata yang benci itu sentiasa nampak kesalahan dan kesilapan orang yang sudah tidak kita sayang lagi.

Tidak mengapa. Apa yang berlalu itu tak usahlah dikenang. Selagi kita suka kebaikan selagi itulah kita punya harapan untuk jadi baik walaupun kita pernah dan masih melakukan banyak dosa dan kesilapan.

Kali ni aku update sedikit wedding Ijad & Nazwa yang diadakan di Shah Alam. Mereka buat outdoor di tepi jalan Seksyen 24, Shah Alam je.

nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1

Semoga ikatan yang terjalin ini berkekalan bahagia sampai ke syurga. Kita takkan tahu mana di antara kita yang dimakbulkan doanya. Boleh jadi kita tidak sedar dengan doa kita terhadap orang lain menjadi sebab kebahagian mereka.

Maternity Yanaz & Shahrul, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim,

AJP_7550

Semalam aku join geng photographer shoot maternity di Putrajaya. Kawan-kawan ni aku dah kenal sejak aku mula-mula pegang DSLR 10 tahun lepas. Diaorang yang banyak mengajar aku ambil gambar dari basic sampailah aku boleh ambil gambar sendiri.

Biasa kitorang kumpul-kumpul begini setahun sekali je semasa buka puasa Ramadan. Tapi haritu ada cadangan dari seorang sahabat, Shahfazrie Miskon untuk jumpa sambil shoot subjek bersama-sama.

Jadi ni sebahagian gambar yang sempat aku rakam guna DSLR aku. Akupun jarang amik gambar portraiture. Nanti kalau dah bersara amik gambar wedding, mungkin boleh consider. kot. Banyak aku belajar dari sifu-sifu yang hebat ni. Terima kasih semua.

AJP_7619
AJP_7617
AJP_7346
AJP_7364
AJP_7427
AJP_7396
AJP_7380
AJP_7386
AJP_7458
AJP_7460
AJP_7473
AJP_7528
AJP_7561
AJP_7567
AJP_7589
AJP_7599
AJP_7628
AJP_7483
AJP_7538

Tahniah kepada pasangan Yanaz dan Shahrul yang bakal menimang cahaya mata pada bulan Mei 2015 ini tak silap. Mudah-mudahan mendapat anak yang soleh dan solehah yang memberi bekalan pahala yang berpanjangan sampai ke syurga nanti, amiin.

Ni gambar kitorang semua. Ada lagi yang tak masuk dalam ni :( Mudah-mudahan ukhuwah kita semua berpanjangan, amiin.

geng

Behind the scene sekeping. Tengok hasil gambar memang nampak macam tenang. Padahal masing-masing selalu kena ‘jerit’ sebab halang kawan lain daripada shoot angle masing-masing, hehe.

AJP_7349

Wassalam.

Outdoor Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Alhamdulillah bersyukur dapat mencoretkan sesuatu di sini. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ini, ustaz bagitau antara cara nak tahu kita ini seorang yang sombong dan ego ialah kita sangat terasa hati bila orang ada orang menegur dan betulkan kesilapan kita. Lebih-lebih lagi apabila yang menegur itu tarafnya lebih rendah dari kita.

Kata ustaz lagi setiap teguran yang kita terima itu kena anggap datang dari Allah. Seteruk mana kata-kata, teguran, cacian manusia ia tak beri kesan kepada kita jika sudut pandang kita diubah. Mesti ada sesuatu yang Allah nak sampaikan.

Aku rasa kebanyakkan kita mempunyai sifat seperti itu. Jika nak perbaiki hati, elakkan dari berpakaian, membeli dan melakukan sesuatu yang menyebabkan kita berasa ego dan riak. Contohnya elakkan diri dari membeli pakaian/barang/kereta dll sebab nak tunjuk status kita. Selagi kita pakai benda itu, kita berjalan dengan riak dihadapan orang lain. Nauzubillah.

Aku update outdoor majlis Aizatul dan Firdaus yang diadakan di Shah Alam. Aku buat outdoor ni tepi jalan je. Shah Alam banyak tempat menarik juga dari tempat-tempat biasa orang pergi.
 

 
Walaupun banyak cara editing yang ada kat luar sana, tapi hati aku tetap suka warna neutral yang tidak mengubah warna baju, muka dan lain-lain. Aku suka kaler. Insyaallah aku sambung update lagi nanti. Tahun ni banyak projek besar di ofis yang aku terlibat. Aku sibuk sikit.

Tahniah sekali lagi untuk kedua pengantin yang dirahmati Allah. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga Allah ramhati hubungan kalian berdua:)
 

Wassalam.

Syu & Ebby, Taman Tasik Perdana

Bismillahirrahmanirrahim

Aku ada terbaca kisah Mahatma Gandhi masa belajar dulu. Suatu hari seorang wanita membawa anaknya berjumpa beliau. Wanita ini mengadu anaknya itu suka makan manis-manisan dan minta Gandhi menasihati anaknya supaya mengurangkan mengambil manisan kerana risau kesihatannya. Gandhi diam tidak menasihati anaknya dan menyuruh kedua-duanya datang berjumpa beliau sebulan lagi.

Sebulan selepas itu wanita dan anaknya kembali menemui Gandhi. Lalu beliau menasihati anaknya itu supaya mengurangkan manisan kerana ia memudaratkan. Wanita tu tersebut hairan dan bertanya “Kenapa anda tidak menasihati benda yang sama pada bulan lepas?”.

Gandhi menjawab “Ketika engkau datang dan minta menasihati anakmu tentang manisan, sebenarnya ketika itu aku juga makan banyak manisan. Aku takkan nasihati perkara yang aku sendiri tidak lakukan”.

Walaupun beliau bukan muslim, tetapi apa yang beliau katakan merupakan satu kebenaran. Sekarang kita boleh lihat lambakan jelmaan ustaz/ustazah yang berkata perkara yang mereka sendiri tidak lakukan semata-mata untuk mendapatkan pengikut yang ramai. Lebih teruk lagi mereka kadangkala mengambil hadis palsu sebagai hujah. Ramai follower mereka percaya ianya satu kebenaran. Nauzubillah.

Aku update sikit sesi outdoor majlis perkahwinan Syu dan Ebby yang diadakan di Taman Tasik Perdana. Sebenarnya aku pernah amik gambar kat area sini tapi tak pernah jumpa plak beberapa tempat menarik kat ini:)

 

Alhamdulillah, majlis mereka berdua berlangsung dengan meriah. Mari kita sama-sama doakan semua kedua pasangan pengantin ini dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan sepanjang hayat mereka berdua sampailah ke akhir hayat,amin. Mohon maaf dah lama tak update blog ini sebab kesibukan kerja. Terima kasih kepada semua yang masih singgah ke sini. Aku sangat hargainya. Insyaallah nanti aku update lagi:) Wallahua’lam.

Wassalam.

Mustakhim + Farhana, Sungai Petani.

Bismillahirrahmanirrahim

Pagi ni hujan lebat dalam perjalanan ke tempat kerja. Teringat dulu masa pergi kerja menaiki motor melalui highway dan hujan turun dengan lebat. Tiada jambatan nak berteduh. Sampai ofis basah lencun. Rasanya sampai tengahari baru kering baju tu. Ramai orang menaiki motor bukan kerana tiada kereta tapi lebih mudah & elak kesesakan ketika pergi dan pulang kerja.

Tetapi ramai juga yang menaiki motor kerana ia satu-satunya pengangkutan yang ada untuk mereka. Dengan kenaikan harga minyak ini sudah pasti ia memberi satu beban baru bagi yang kurang berkemampuan. Bukan sebab tambahan belanja petrol tersebut, tetapi kesan domino yang bakal menaikan harga barang lain secara langsung.

Aku ada ulas sedikit tentang kenaikan minyak ni dalam personal blog aku ni. HARGA MINYAK : Rakyat vs Kerajaan.

Aku update sesi outdoor pasangan Mustakhim dan Farhana yang berlangsung di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
 

 

Tahniah aku ucapkan kedua pasangan yang diraikan ini. Semoga ikatan ini kekal bahagia sampai ke syurga,amin. Dah lama aku tak shoot di luar Lembah Klang sebenarnya. Aku cuba kurangkan job di luar Selangor kerana kesibukan kerja-kerja ofis. Mungkin aku dah tidak ambil tugasan jauh seperti ini lagi selepas ini.

Terima kasih kepada sahabat baik aku Halil & Saipi yang sudi teman aku dari KL sampai ke sini. Terima kasih juga kepada housemate aku masa kat UTM, Skudai dulu Yoes yang follow shoot kat sini. Kalau tak ke Sungai Petani ni, takdelah dapat jumpa dia yang kerja jauh sampai sini,hehe. Terima kasih semua. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan pahala,amin. Sampai jumpa lagi dalam entry akan datang. Wallahua’lam.

Wassalam.

Wedding Hani & Zairy, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim



Waaa capek banget sih. Kesihatan aku pun tak berapa baik sekarang. Sebenarnya bagus juga kita diberikan kesakitan oleh Allah sesekali. Supaya kita lebih beringat kesalahan dan kesilapan kita yang lalu ketika jauh dari pencipta kita. Sentiasa beringat semua yang kita lakukan kat dunia ni ada timbang tara di akhirat kelak. Mungkin juga kita jadi insan yang lebih baik selepas diberikan kesakitan itu, insyaallah.

Kali ni aku nak update Majlis perkahwinan Hani dan Zairy di Putrajaya. Aku shoot diaorang dari majlis nikah, sanding sampailah outdoor. Terima kasih kepada kak siti dari pesonacoklat yang mengandam hani pada hari tersebut. Rasa segan je sebab dia kenal dan selalu follow blog aku ni. Tiba2 terasa macam artis plak, hahaha. Sebelum aku bertambah mengarut boleh layan gambar hani dulu ye.


Majlis persandingan dilakukan pada sebelah tengahari selepas selesai majlis pernikahan. Suasana kat Putrajaya pada hari tu betul2 tenang dan redup je. Kawasan tempat tinggal Hani ni memang sangat sesuai buat majlis sebab kawasannya luas dan jalannya lebar. Untung betul sapa yang tinggal kat sini, hehe. Oh ya, aku suka betul tengok baju Hani ni, cantik. Kitorang outdoor kat sekitar bangunan putrajaya je sebab hari dah lewat nak keluar jauh2 :)


Sebenarnya aku nak taruk lagi banyak gambar-gambar ni tapi macam melampau plak banyak sangat gambar:) Aku tengok ada photographer yang taruk 2-3 keping gambar je setiap pengantin, hehe. Rasa tak best pulak nak buat camtu sebab aku memang dah biasa taruk banyak gambar kat blog ni. Barulah blog gambar kahwin namanya, keke.

Untuk akhirnya, terima kasih kepada Hani sekeluarga atas layanan yang baik sepanjang berada di sana. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya sekiranya ada ye..:)



Nota kaki : Hampir seminggu aku bercuti dari kerja di ofis. Insyaallah aku akan reply semua email korang semua satu persatu ye bila kembali esok. Terima kasih semua atas pertanyaan. Korang memang terbaik lah.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com