Tips : Group Foto Keluarga

Bismillahirramanirrahim



Aku minta maaf sebab belum dapat upload gambar majlis sebelum ni sebab kesibukan kerja sekarang. Kali ni aku nak cerita sikit tentang group photo keluarga dalam majlis perkahwinan. Walaupun nampak seperti remeh tapi kadangkala benda ni memang terlepas pandang oleh pasangan pengantin sebab melayan kawan2 yang datang ke majlis. Bila dah habis majlis baru sedar gambar ‘core family’ masih belum lengkap.

Teaser wedding kat Taman Andalas, Klang :)

Aku guna style note nak terangkan point aku :

  1. Pengalaman shoot majlis perkahwinan aku dah jumpa family dari pelbagai latar belakang dan karekter. Memang diakui kekadang ada keluarga yang susah nak berkumpul mengambil gambar keluarga sebab melayan tetamu majlis terutama Ibu dan Bapa. Benda tu memang biasa dan sebenarnya boleh diatasi dengan mengambil gambar pada akhir majlis apabila tetamu dah berkurangan.
  2. Cara yang boleh dilakukan untuk pastikan semua ahli keluarga ada ; pastikan ada seorang yang mengumpulkan adik beradik terlebih dahulu. Bila semua dah ada, barulah panggil ibu dan bapa di luar. Beritahu mereka ia hanya amik masa 1 minit sahaja. Jadi mereka boleh datang sebentar, amik gambar dan terus jumpa tetamu kembali.
  3. Kenapa aku cakap benda ni penting? Sebab pernah berlaku kepada seorang sahabat photographer yang dipersalahkan sebab gambar ahli family nya tak cukup dalam album. Mana mungkin photographer kenal semua ahli keluarga yang ramai. Beban untuk mengumpulkan ahli keluarga juga bukan terletak di bahu photographer. Mereka hanya sedikan ruang masa untuk sesi bergambar bersama pengantin dan mengambil gambar mereka di atas pelamin tersebut.
  4. Benda ni lagi crucial sekarang sebab pengantin ada sesi Outdoor di luar. Masa di rumah/dewan semakin singkat. Kekadang ada pengantin cakap tidak mengapalah sebab family sibuk tetapi sebenarnya bila dikenang kembali pada masa akan datang barulah menyesal takde gambar kahwin bersama keluarga sendiri. Benda tu takkan dapat diulang kembali.
  5. Kesimpulannya, tak kisahlah style apa photographer korang amik gambar ketika group foto. Asalkan semua pihak gembira, go for it!! tetapi kena pastikan ada family portrait untuk kenangan. Bagi aku, gambar seluruh ahli keluarga biarpun dalam pose tradisional jauh lebih berharga dari gambar ceria atau gila2 bersama kawan-kawan. Wallahua’lam



Nota kaki : Full entry majlis teaser kat atas ni akan datang tak lama lagi, stay tune!! :) Insyallah album2 client aku siap dalam bulan ni, chaiyok2!! aku sangat hargai kesabaran semua :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Lina & Fazli

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update pasangan Lina & Fazli yang diadakan di Pangkalan Gate Tambahan, Ipoh. Ni merupakan kali pertama aku amik gambar kat area Ipoh. Lina ni seorang cikgu di Port Dickson :) Dia merupakan sahabat lama aku sejak dari belajar dulu lagi. Family Lina ni memang meriah dan ceria semuanya. Asyik gelak je sampai kekadang takde papepun boleh gelak, hehe. Aku rasa kalau nak buat satu album telatah diaorangpun boleh :P

Tapi walaupun family Lina ni rajin gelak tapi Lina ni kalau depan kamera memang pemalu. Kalau takde kamera bukan main lagi, sekali angkat kamera terus bertukar karekter pendiam dan pemalu. Macam Ultraman plak bleh bertukar. Jarang aku jumpa spesis camtu :) Kalau nampak pose gelak2 tu bayangkan juga berapa banyak kali aku kena buat lawak ngan diaorang, hahahaa. Layan dulu gambar diaorang ni sikit.


Sesi Outdoor kitorang buat kat Stesen Keretapi Ipoh lama. Mula2 aku ingat stesen ni terbiar lah dan ada landasan lama semua tu. Sekali sampai rupanya stesen tu masih ramai orang cuma bangunan dia memang klasik dan berciri british dulu2 kala :) Jadi memang selamba gaban lah aku shoot kat situ sambil orang ramai melihat. Terasa macam artis pun ada masa tu, wakakakaka. Ingat senang ke nak asingkan orang awam kat tempat ramai orang ni, hehe.

Jadi tak dapatlah aku nak shoot diaorang ni kat landasan keretapi sebab landasan tu masih digunakan. Aku kalau boleh tak mahu masuk akhbar jadi terkenal sebab menyebabkan pengantin dilanggar keretapi KTM tu, hahaha. Layan sikit gambar outdoor diaorang di stesen keretapi.


Sekarang aku dah belajar sikit2 camne nak pose pengantin yang susah nak senyum ni. Sebenarnya memang ada dikalangan kita ni yang susah nak senyum, jadi style2 ceria kekadang tak sesuai sebab nampak dipaksa dan gambar tak neutral. Benda tu bukan senang sebab nak pastikan mood dan emosi tu ada dalam setiap gambar yang diambil.

Insyaallah aku akan perbaiki lagi benda-benda camni supaya dapat jalankan tugas lebih baik pada masa hadapan. Kalau korang perasan aku tak pernah buat ayat-ayat marketing kat blog ni suruh pilih aku dsb, hehe. Sebab aku memang tak reti. Biarlah orang menilai hasil kerja aku sendiri. Cuma yang aku boleh jamin, aku akan buat yang terbaik dan berikan 100% tenaga dan kemahiran aku kepada setiap client2 aku :)



Nota kaki : Tarikh 1.1.2011 aku dah tak available. Orang yang bertanya dah letak booking untuk tarikh tersebut. Thanks.

Nota kaki 2: Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Mari kita sama bykkan selawat ke atas kekasih Allah ini, Muhammad Rasulullah S.A.W.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Bertandang Fairoze & Najlah

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah dah masuk kerja kembali hari ni. Bila dah cuti lama ni memang lemau betul nak kerja, hehe. Walaupun cuma raya cina tapi yang melayupun gembira tak terkata sebab dapat cuti lama kat rumah :P Dulu masa belajar aku ramai kawan2 berbangsa cina. Rindu kat diaorang semua. Rindu nak tengok Chu Men Seng melompat2 selepas habis kelas time nak raya cina, hehe.

Aku ada seorang kawan baik geng buat assignment. Lee Khoon Long namanya. Hampir setiap assignment kitorang buat bersama. Bukan aku taknak geng dengan budak2 melayu lain tapi aku suka cara dia belajar. Kalau buat assignment bersama, tarikh final hantar assignment tu adalah copy yang ketiga atau keempat diberi kepada lecturer. Maksudnya mmg confirm dapat A sebab lecturer dah betulkan banyak kali, hehe. Kalau ngan member2 melayu, err faham2 sendirilah..esok nak hantar malam ni baru menaip sampai pagi :) Selamat tahun baru cina sahabat, semoga bertambah kaya pasni :)

Layan sikit Majlis Perkahwinan Najlah dan Fairoze yang di adakan di Taman Melewar Gombak ni :


Sesi Outdoor ni kitorang buat dekat Masjid Wilayah. Memang sangat kagum ngan rekabentuk masjid ni. Ini kali kedua aku shoot kat sini..:) Banyak section tak boleh masuk masa ni, jadi aku amik mana yang sempat je sebelum maghrib. Kalau korang perasan aku ngah belajar main kaler2 dalam editing aku, hehe. Aku masih belajar lagi, kalau salah tolong tunjukkan ye kawan2.



Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua pengunjung blog ni. Sama ada pernah tinggalkan jejak ataupun tidak. Walaupun aku bukan professional photographer dan selalu tulis mengarut2 dalam ni tapi korang tetap gak datang ke sini. Aku hargai sesangat. Tanpa korang semua aku takkan berada kat sini. Terima kasih semua :)

Kalau ada bicara aku yang tidak menyenangkan hati, tegurlah aku. Kalau bahasa yang aku guna nampak melampaui batas, tegurlah aku. Kalau gambar aku perlu diperbaiki, tegurlah aku ye. Aku memang perlukan benda camtu supaya aku terus beringat dan bergerak kehadapan tanpa memijak atau menyakiti mana2 pihak. Wallahua’lam.



Nota kaki : Ada sedikit delay dalam penghantaran album sebab company printing album bercuti 2 minggu sempena Raya Cina ni. Setiap client yang delay album aku akan bagi FREE gambar besar+frame sebagai gift :)

Nota kaki 2 : Sabtu ni aku nak naik Bukit Broga, Semenyih. Sapa nak follow kul 6:30 pagi ada kat kaki bukit. Jom shoot sunrise kawan2..:) ni ENTRY BUKIT BROGA aku panjat dulu.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Sanding & Outdoor Lini dan Man

Bismillahirramanirrahim



Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi aku jumpa seorang bapa bersama 2 orang anaknya menaiki motor untuk ke sekolah. Dengan usianya yang sudah tua dan motornya yang sudah usang, si bapa tadi berusaha mengawal motornya melalui celah2 kereta. Tiba-tiba teringat dulu abah hantar aku adik beradik ke sekolah menaiki motor juga. Dengan kesejukan pagi, abah hantar kitorang 5km untuk ke sekolah terdekat.

Kalau hujan kekadang abah singgah bawah jambatan sungai untuk pasang plastik besar yang tutup aku dan adik aku. Hujung plastik tu abah ikat kat leher supaya tak terbang. Pastu abah sambung perjalanan takut kitorang sampai lewat ke sekolah. Abis abah basah kuyup dan mukanya kena hujan. Bila tengok orang tua naik motor teringat abah dulu2 :( Pagi tadi aku baca akhbar ada anak yang tinggalkan bapanya di tepi jalan sebab tak sanggup menjaganya, Subhanallah. Apa nak jadilah ngan manusia sekarang.

Layan sikit sambungan gambar2 sekitar majlis persandingan Lini dan Man di Bukit Kapar aritu.


Masa akhir Disember dan awal Januari aritu kekadang petang mesti hujan. Ramai juga pasangan pengantin yang tak dapat keluar outdoor sebab hujan lebat. Petang selepas selesai majlis tu, memang hujan turun dengan lebat kat Bukit Kapar, Klang. Oleh kerana dah lewat kitorang buat outdoor kat depan rumah Lini je kat kebun sayur, hehe. Oleh kerana buat depan rumah je, kalau ada tetamu datang diaorang boleh jerit je panggil kitorang, hehe.


Untuk akhirnya terima kasih kepada keluarga Lini yang memberikan layanan yang baik sepanjang aku jalankan tugas. Aku layan cakap jawe je ngan diaorang semua, hehe. Buat kedua mempelai aku doakan semoga hubungan perkahwinan ni berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Maaf tak dapat shoot bertandang sebab aku dah ada job lain masa tu :)

Aku juga doakan semoga anak yang tinggalkan bapanya di tepi jalan tu insaf dan dapat jaga bapanya yang dah tua tu. Bila dia buat camtu, satu hari nanti mungkin anak2 dia akan buat begitu juga kat dia. Perancangan Allah memang kita takkan pernah tahu. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tiap-tiap minggu aku shoot dah jarang balik kampung, huhu.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Perkahwinan Amy & Shafiq

Bismillahirramanirrahim



Sebelum aku amik gambar kahwin dulu aku ingat tugas photographer ni senang je. Tak lah susah sangat macam pergi kebun petik kelapa sawit,hehe. Tapi sebenarnya, bila ada job Sabtu dan Ahad kekadang penat dan sengal2 badan tu tak hilang sampailah hari Rabu. Tu belum lagi bersengkang mata menyiapkan album customer. Memerah idea dan skill editing untuk hasilkan yang terbaik untuk pelanggan. Nanti aku cerita pasal ni lagi :)

Kali ni aku nak update pula tentang majlis perkahwinan pasangan Amy & Shafiq. Amy ni orang jawa Bukit Kapar, jadi memang ada rewang start dari hari Jumaat sampai Ahad. Bila kat sana aku terasa macam duduk kampung sendiri je. Nasib baik aku tak tolong basuh pinggan sekali je, keke. Shafiq ni orang Penang jadi memang benda camtu baharulah bagi dia dan keluarganya. Pasni rasalah rewang rumah sedolor-sedolor Amy plak ye Shafiq, hihi.

Majlis nipun aku shoot sengsorang gak. Paling mencabar bila shoot berarak sebab aku nak shoot gambar wide dan tele dalam masa yang sama. Sebab bagi aku angle tu wajib dalam majlis berarak kahwin ni :) Layanlah dulu gambar diaorang ni.




Selepas selesai majlis, kitorang keluar outdoor. Sebenarnya kalau outdoor ni aku suka tempat yang tak ramai orang. Sebab aku nak background bebas dari manusia lalu lalang. Kalau tempat tu cantik gila tapi ramai orangpun sebenarnya tak berapa sesuai nak amik gambar. Kekadang tempat yang orang rasa biasa je pun boleh dapat gambar yang cantik kalau photographer tu pandai cari angle yang sesuai. Layan sikit gambar outdoor diaorang ni :)


Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua mempelai. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga dan semoga kekal hingga ke syurga, amin. Pasni kalau jumpa kat bangunan tempat kerja kita tegur2lah ye, hehe. Mohon maaf atas keterlanjuran kata atau gurauan sepanjang 2 hari kat sana. Tunggu album korang siap ye :)


Nota kaki : Ramai yang telah membuat pertanyaan dan tempahan untuk majlis pada tahun hadapan. Terima kasih semua:) Sila buat tempahan awal untuk mendapatkan harga aku pada tahun ni kerana bermula Januari 2010 nanti aku akan naikkan sedikit semua harga pakej aku:)

Nota kaki 2 : Aku masih belum beli Hp untuk korang hubungi aku melalui telefon buat masa ni :P Boleh hubungi aku melalui email kat bawah ye. Mohon maaf atas kesulitan tersebut. Gaji bulan ni aku belilah hp baru, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Perkahwinan Hana & Zuraily

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update Majlis Perkahwinan Hana & Zuraily plak. Pada hari tersebut aku dibantu oleh sahabat aku Kerul hensem sebagai 2nd photographer :) Sebenarnya pada hari tersebut ada dua pasangan, abang kepada hana. Tapi oleh kerana hana yang hire aku maka aku taruklah gambar2 dia kat sini :)

Dukacita dimaklumkan, pengantin tak bagi aku publish gambar-gambar kat tempat larangan tersebut. Ia bagi mengelakkan perkara berbangkit kelak,ceewahh. Kalau nak tengok gak kena pinjam album diaorang kalau dah siap sok ye,hehe. Aku kena publish cepat gambar diaorang ni sebab budak-budak ofis asyik tanya je bila nak upload,hihi :P korang layanlah dulu ye.


Salah satu masalah kalau outdoor ni ialah kehadiran kengkawan dan sahabat di rumah ketika pengantin sedang outdoor. Ia bleh buat pengantin tak selesa dan nak pulang awal supaya tak rasa bersalah kat mereka. Salah satu kaedah nak atasi ialah suruh jela kawan2 tu datang ke tempat outdoor korang:) Selain dapat jumpa mereka, dapat gaklah tangkap gambar ngan pengantin – ‘win win situation‘ :)

Apapun, aku doakan semoga pasangan Hana & Zuraily berbahagia hingga akhir hayat. Selamat melayari bahtera rumah tangga dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah,amin. Terima kasih lagi sekali kepada kerul yang membantu aku sepanjang majlis tersebut berlangsung. Tapi takziah juga kepada dia dan semua MU fan yang kalah kepada Barca pagi tadi,kekekeke..


Nota kaki : Walau 60% kawan2 aku adalah penyokong MU. Tapi apada hal!! Mmg Barça patut menang game malam tadi..:) Barça, Barça, Barça!!.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outdoor Putrajaya Dadik & Muiz

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni aku nak tunjuk Outdoor pasangan Dadik & Muiz seperti yang aku janji dalam entry lepas. Sebenarnya aku sangat percaya peralatan seperti kamera dan lens yang bagus membantu seorang photographer untuk mendapatkan gambar yang lebih baik. Tetapi ia juga bukan satu alasan kepada orang yang kekurangan peralatan untuk mendapatkan gambar yang cantik juga..

Seorang photographer yang baik akan dapat hasilkan gambar yang menarik walau guna kamera hp sekalipun. Dia takkan jadikan alasan kekurangan peralatan sebagai penghalang untuk berkarya. Sebab tu dalam bidang apa sekalipun ilmulah yang membezakan antara manusia ni. Sentiasa menambah ilmu lebih baik dari sentiasa beri alasan sepanjang masa.

Masa ikut peveyhack aritu, aku terpaksa guna satu2nya prime lens yang aku ada (macam mahal je bunyinya,hehe). Aku banyak guna 50mm f1.8 yang harganya kurang dari RM400 untuk amik gambar diaorg. Sapa tak pernah nampak, panjang lens ni tak sampai 5cm. Bukan aku sengaja tapi memang aku takde lagi lens tele macam OP dan 2 orang tagging tu,hehe. Diaorg zoom main pusing lens je tapi aku zoom kena bergerak ke depan belakang guna kaki. Sebab tu aku makin kurus sekarang,hahahaha*takde kaitan. Korang layan jela gambar2 ni skit :

Aku memang cadang nak beli tele lens dalam masa terdekat. Tapi nak dapat tu abis gaklah gaji sebulan,huhu. Beli 2nd hand two touch 80-200 f2.8 je dah RM3K. Nak beli Nikkor 70-200 f2.8 VR lagilah tak mampu buat masa ni, hampir RM6K. Sebab tu korang tengok photographer ni kalau bujang memang lambat kahwinnya,hahaha. Kalau dah kahwin, memang jarang nampak diaorg mewah2 sebab kos untuk buat photography ni bukanlah murah..:) jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup,kekeke..

p/s : Aku sangat bizi ngan kerja2 ofis sekarang.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com