Update Kerja Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah lamanya aku tak update blog ni. Mohon maaf aku agak bizi kebelakangan ini. Ya, aku masih lagi shoot gambar wedding sesekali. Ni aku update dululah teaser beberapa wedding yang aku shoot dari last update lepas. Aku rasa macam sikit tapi banyak juga rupanya,hehe.

Dr Fauzi & Mira, Pantai Kelanang

Dr Fathul & Sabirah, Bangi

Hadi & Afiqah, Serdang

Raffi & Fatin, Kuala Selangor

Zakhir & Zuri, Rawang

Semoga semua pasangan ini diberikan kebahagian, ketenangan, kegembiraan dan kemudahan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kekal bahagia sampai ke syurga, Ameen! Insyaallah, kalau berkesempatan aku update lagi full entry diaorang ni semua. Aku rasa ada tertinggal lagi beberapa client. Nanti aku update lagi.

Wallahua’lam.

Yana & Saufi, Pantai Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku nak kongsi tazkirah yang aku dengar pagi semalam. Ustaz bagitau bagaimana nak tahu keadaan hati kita dengan bertanyakan beberapa soalan. Hati di sini bukanlah tentang masalah kesihatan, tapi kondisi hati kita dalam beragama.

Contohnya, bagaimana perasaan kita apabila mendengar orang lain menceritakan kebaikan seseorang yang lain?

Jika kita rasa gembira, alhamdulillah kita sebenarnya mempunyai jiwa yang tenteram dan hati yang tenang. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ada sesuatu yang buruk dalam hati kita. Jiwa yang tenteram dan tenang akan suka mendengar kebaikan. Ada orang rasa gembira melihat sahabat yang dikenalinya dalam keadaan susah, berlaku penceraian dalam rumahtangga dan berada rendah daripada mereka.

Mereka rasa dengki dan iri hati bila mendengar atau mengetahui sahabat yang dikenali berjaya, bahagia dan kaya. Ini tanda hati kita sebenarnya dah kotor. Hati yang kotor kena bersihkan dengan istighfar dan taubat. Ia mempengaruhi hidup dan cara ibadah kita tanpa disedari.







Tahniah kepada kedua pasangan romantik Yana & Saufi. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia sampai ke syurga.

Sesi outdoor di Pantai Kelanang yang dah makin terhakis sekarang. Semoga masih ada lagi Pantai ni 5-10 tahun akan datang, amiin.

Wallahua’lam.

Wawa & Fikry, Banting

wawa

Alhamdulillah, kita dah sampai penghujung tahun 2015. Semoga tahun ini menambahkan lagi pengalaman hidup kita di atas muka bumi sebagai hamba Allah.

Guru aku selalu berpesan. Jangan mudah tersinggung, jangan mudah merajuk, jangan mudah marah dan berlapang dada dengan setiap perkara yang tidak disenangi. Insyaallah hidup akan lebih indah dan tenang. Nampak macam senang tetapi ia satu nasihat yang sukar. Lebih-lebih lagi bila kita tidak sedar tahap ego dalam diri kita.

Kali ni aku update sikit wedding Wawa & Fikry. Wawa ni sepupu belah mak aku. Dari kecil dulu main sama-sama kat rumah arwah embah. Alhamdulillah dah selamat beliau jadi isteri orang :)

wawa1
wawa2
wawa3
wawa4
wawa5
wawa6
wawa7
wawa8
wawa9
wawa10
wawa11
wawa12
wawa13
wawa14
wawa15
wawa16

Sesi outdoor ni kitorang buat kat Pantai Kelanang je. Dah lama aku tak ke sini. Pantainya dah banyak hakisan dan jalan menuju kat sini dah banyak yang runtuh ketika aku shoot ni. Aku doakan semoga ikatan yang terjalan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga. Jumpa lagi dalam next entry.

Wallahua’lam.

Wedding Najwa & Azrul, Banting

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, terdapat sahabat dan saudara mara aku yang telah kembali kerahmatullah. Baru 2 hari lepas aku melawat saudara wife yang meninggal dunia di Sungai Petani, Kedah. Perjalanan sepanjang malam tanpa tidur memang agak meletihkan. Tapi itulah putaran hidup. Kematian itu memang pasti. Tapi yang peliknya ramai orang yang nak merasai syurga tapi takut nak mati. Alasannya masih tidak bersedia menghadapi kematian tersebut. Ironi bukan.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Najwa & Azrul yang diadakan di Banting. Ni kali kedua aku shoot majlis di ‘kampung halaman’ aku sendiri. Bapa Najwa ni merupakan ustaz aku masa sekolah agama dulu. Jadi memang aku panggil dia ustaz je walaupun orang lain panggil ‘wak’. Azrul ni muka memang garang tapi aku rasa comel je bila dia gelak sebab memang tak nampak mata langsung, hehe..:)

Layan sikit gambar majlis diaorang ni yang diadakan kat Kampung Kancong Darat, Banting.


Macam biasa kalau dah kat Banting memang Pantai Kelanang antara tempat kegemaran photographer nak buat outdoor. Ni kali kedua gak aku shoot pengantin kat sini, hehe. Aku tengok pantai ni dah banyak berubah. Pasir pantai dah diganti dengan cerucuk bakau. Bukan sebab pasir tu dicuri secara haram tapi sebab hakisan :)

Sebab nak cari kelainan punya pasal aku suruh pengantin pergi jauh sikit ke tengah laut. Nasib Najwa & Azrul sporting gila. Biarpun selut dah paras buku lali tapi kitorang gagah gak pergi pokok tunggul yang korang nampak kat bawah nanti, hehe. Dapat gak gambar yang aku nak. Tapi dalam hal ni aku kesian kat mak andam je sebanarnya, hehehe.


Aku ucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga Najwa atas layanan yang baik sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada sahabat ‘sak kampung’ yang follow aku Halil Hayon, Qayyum Soberon, Shahfazie Miskon (semua nama jawa), haha. Kalau nak tengok gambar diaorang semua ada kat entry sebelum ni. Gambar tu pengantin lelaki yang amikkan. Kali ni aku nak interframe dalam gambar, hahahaha.

Pengantin dengan tukang amik gambarnya


Terima kasih kepada Qayyum yang shoot gambar atas ni semasa cari angle yang terbaik untuk pengantin, hehe. Aku doakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat, amin. Sampai jumpa lagi semua.


Nota kaki : Mari kita doa sama-sama supaya kita dipanjangkan umur dan dapat sampai ke Ramadhan tahun ini.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Perancangan Allah lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Najwa & Azrul, Banting


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.

Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.

Wallahua’lam.



Nota kaki : Takziah kepada sahabat yang kematian anaknya berusia 1 tahun 6 bulan semalam. Takziah juga kepada sahabat yang kehilangan ayahnya pagi tadi. Semoga Allah tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Syukur Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lepas kat Kelanang, Banting


Masa kecik dulu aku suka bagitau kat mak atau arwah nenek hari lahir aku. Kalau nasib baik memang akan dapat bubur pulut hitam kesukaan aku. Suka bukan kepalang masa tu bila dapat bubur tu. Lelagi bila masak untuk aku :) Bangga sampai rasa nak lari pusing kampung bagitau semua aku dapat makan bubur pulut hitam tu, haha.

Tapi itu dulu, sekarang aku dah besar. Alhamdulillah perjalanan hidup aku berjalan lancar. Rasa syukur dan terima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakanNya. Aku jauh dari sempurna dan takkan dapat capai tahap tu sampai bila2. Selalu lalai dan melakukan dosa kepada Allah. Tapi Allah tetap berikan aku nikmat dan rezeki sejak dulu hingga sekarang. Rasa malu sangat dengan Allah. Aku harap dapat jadi insan yang lebih baik dari segi penghayatan terhadap agama Islam dan ibadah kepadaNya selepas ini.

Terima kasih atas ucapan dari sahabat2 semua. Aku sangat hargainya. Aku doakan kita semua berada dalam rahmat dan perlindungan Allah sentiasa. Wallahua’lam.



Nota kaki : Nota kaki hari ni takde.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Nikah dan Outdoor Lia & Farid

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan outdoor pasangan Lia & Farid. Kalau korang follow blog ni dari dulu, aku ada shoot masa diaorang bertunang beberapa bulan lepas. Tapi Lia dah kurus skit sekarang sebab dah berdiet, kekeke. Senang amik gambar diaorang ni sebab aku dah kenal diaorang termasuk semua keluarga.

Aku dapat shoot majlis pernikahan dia je sebab majlis persandingan dia aku tak available sebab ada majlis lain. Sebab tu kalau boleh book awal2 photographer pilihan korang ye, ceewahh. Aku ada satu tips berguna untuk pengantin lelaki kalau nak akad nikah. Kalau taknak terlalu nervous kena datang awal sebelum imam datang, ada masa bertenang. Kalau tak percaya tanya farid ni. Baru tau camne rasa gemuruh tu, kekeke. Apapun layan dulu gambar diaorang ni.



Sepanjang aku amik gambar kahwin, ni merupakan kali pertama dapat shoot outdoor kat tepi pantai. Kalau nak tahu sebenarnya ia juga job pertama yang aku shoot kat area aku Banting :) Akupun baru perasan tak pernah amik job kat area sendiri, hahaha.

Setiap kali aku shoot gambar, aku mesti cuba cari idea baru supaya tak terikut2 ngan orang lain. Kalau pengantin tu bagi kerjasama baik cam Lia & Farid mesti lagi banyak idea datang :) Kalaulah aku suruh diaorang menyelam dalam laut pun diaorang sanggup agaknya, hehe. Ikutkan hati nak upload 50 keping gambar tapi macam melampau plak, wakakaka. Cukuplah sikit yang sempat aku edit ni.



Sepanjang outdoor ni sebenarnya gerimis halus tu. Memang basah gaklah kamera aku walaupun aku lindung guna tuala good morning tu,hehe. Tapi sebab excited punye pasal aku tawakkal je. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahniah untuk kedua mempelai, semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tahniah juga untuk adik Lia, Yanti & Adi yang bernikah seminggu sebelum majlis ni.

Sebenarnya aku agak terkilanlah bila ada orang yang tak pernah aku kenal langsung cuba buruk2kan nama aku kat orang lain. Walaupun aku tak tahu apa motif dia tapi aku harap satu hari nanti perniagaan dia boleh terus maju dengan cara yang lebih baik dari buat camtu, amin. Entry akan datang aku cerita lanjut pasal ni.


Nota kaki : Tadi buka email, ada 850 unread mail *pengsan!! ofis aku mmg dah tak boleh buka email yahoo, huhu. Takpe, aku jawab perlahan2, chaiyok2!!::

Nota kaki 2: Kebengongan kedai printing menyebabkan beberapa album client aku pending:( Sepatutnya diaorang dah jangka akhir tahun tempahan memuncak. Sabar ye semua.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com