Amni & Afifi, Paroi Negeri Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim,

wrapped-front

Dalam satu tazkirah yang aku dengar tadi, ustaz bagitau untuk kita jadi seorang yang baik, perlukan perjuangan, bukan secara kebetulan! Kita kena usaha. Setakat rindukan dan sukakan kebaikan sahaja tak jadikan kita orang lebih baik.

Kita kena usaha lawan perasaan malas untuk solat berjemaah, malas bangun awal pagi untuk solat sunat sebelum subuh, lawan perasaan dengki kepada kelebihan orang lain, lawan pemikiran negatif dalam diri. Kena usaha perbaiki kelemahan kita.

Kebanyakkan orang mati tidak sedar masa kematian mereka hingga beberapa saat sebelum kematian. Tak sempat nak bertaubat dan tambah amalan. Jangan jadi seperti itu.

Layan sikit outdoor majlis Amni & Afifi dari Paroi, Negeri Sembilan. Cantik sangat baju songket diaorang. Sesuai dengan lokasi outdoor yang dipilih. Sesi outdoor aku lupa nama tempat ni sebab pengantin yang bawa ke sini. Tapi lokasinya dekat ngan Seremban.

AJP_9225AJP_9168AJP_9194AJP_9138AJP_9160AJP_9228AJP_9202AJP_9210AJP_9246AJP_9125AJP_9270AJP_9285

 

Semoga ikatan pernikahan yang terjalin antara kedua pasangan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga, ameen.

Takziah atas kematian beberapa orang jemaah haji yang meninggal dunia ketika mengerjakan haji di Haramain. Semoga Allah memberikan pahala haji dan tempatkan mereka semua dalam syurga, ameen.

Wassalam.