Cerita beraya di kampung

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, kebanyakkan kita dah mula kerja hari ni setelah bercuti panjang untuk beraya. Masing-masing dengan cerita raya yang tersendiri :) Akupun tak tahu jin apa yang merasuk aku sampai makan tak ingat dunia masa raya kali ni. Sampai segan nak taruk gambar kat sini sebab dah gemuk, haha.

Tahun ni aku beraya di Kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Bila beraya kat sini teringat masa zaman membesar di kampung yang masih ‘suci’ lagi. Keadaan kampung yang hening dan sejuk ketika waktu pagi diselangi bunyi burung dan cengkerik, air parit yang jernih, masa berjalan perlahan, tiada bunyi kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Jangan kata broadband, telefonpun kekadang takde line :)

Dah lama juga aku tak jalan kat rumah atas, bila berjalan boleh bunyi papan berkeriuk satu rumah. Kalau budak2 berlari-lari memang almari lama yang ada cermin tu pun bergegar sama :) Teringat dulu semasa kecil, kena jalan jinjit masa jalan kat atas rumah sebab abah tidur. Kalau berlari memang alamat kena rotanlah sebab gangu abah tidur, hehe. Ni sedikit gambar tempat aku beraya :



Kat kampung belah sini memang ada majlis kenduri tahlil arwah pada hari raya kedua. Jadi persiapan menyediakan juadah tu memang meriahlah. Lelagi dengan kehadiran saudara mara dari seluruh negara. Dengan hari lebaran ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan dikukuhkan. Saudara mara yang jauh dapat didekatkan. Semoga tradisi ini dikekalkan.

Satu hari nanti, mungkin bila dah bersara aku cadang nak duduk kat kampung camni. Hidup bermasyarakat, berbakti kepada tanah, bersolat 5 waktu di masjid berhampiran dan habiskan sisa2 hidup dalam suasana tenang dan damai dari kesibukan kota. Entahlah, walaupun mungkin ramai yang tidak suka tapi mungkin jiwa aku memang begitu :)



Nota kaki : Beraya di Banting dipenuhi dengan cerita Sosilawati je:) Terkenal Banting di seluruh negara. Jemputlah datang ke Banting semua ye, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips : Amik gambar guna kamera murah :)

Bismillahirramanirrahim



Baru-baru ni ada seorang sahabat aku tanya camne nak hasilkan gambar best dari kamera yang murah. Sebenarnya kamera dia taklah murah, entry level DSLR, D40. Tapi dek kerana rajin berforum pastu ramai suruh upgrade kamera je diapun tergugatlah. Memang kamera mahal lebih memudahkan kerja dan ada kelebihan dari segi kualiti gambar. Tapi ia bukanlah jaminan boleh hasilkan gambar yang superb sepanjang masa tanpa ilmu :)

Entry level DSLR kamera memang ada kelemahan tapi janganlah fikir kelemahan dia je. Kita fikir apa kelebihan kamera tu bleh buat untuk hasilkan gambar yang baik. Contohnya, dah tau kamera tu cuma 3 frame per second je, janganlah ngengada nak tangkap gambar Formula One :) Pastu nak tembak macam machine gun. Kalau terpaksa tu blehla amik gambar sikit2 tapi lagi best kalau tak payah dan amik gambar pemandangan je.

Teaser : Majlis Perkahwinan Cikgu Shahidan & Cikgu Hanifah, Kampar Perak


Kalau takde external flash plak, guna built in flash je. Walaupun byk limitasi cubalah kerja dengan limitasi yang ada. Tapi nak lagi senang, belajar je amik gambar outdoor. Mahirkan dulu skill kat mana2 bidang yang mampu dibuat oleh peralatan kita. Fokus kat kelebihan kamera kita. Yang penting semangat kita untuk belajar ambik gambar. Jangan sebab peralatan tak best, rasa tak best dan tak bersemangat nak ambik gambar.

Sebenarnya kalau kita start dengan kamera yang asas, kita akan belajar untuk asah skill kita dengan lebih baik. Orang dulu-dulu amik gambar takdepun LCD screen, auto focus, continuous drive dsb. Tapi dengan semua teknologi yang kita ada sekarang, kita masih tak bleh hasilkan gambar macam diaorang. Kenapa?? berhenti bagi alasan dan terus belajar!!


Nota kaki : Aku bagi tips bukan bermakna aku bagus sangat. Akupun hempeh gak. Cuma nak kongsi ngan kengkawan lain je mana yang aku tahu :)

Nota kaki 2: Nantikan full entry wedding Cikgu Shahidan & Cikgu Hanifah dalam masa terdekat. Aku sangat bizi sekarang.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com