Mendoakan photographer?

Bismillahirrahmanirrahim



Aku rasa satu perkara yang perlu dipertimbangkan bakal pengantin ketika berdoa selepas solat ialah kesihatan photographer mereka :) Kenapa benda tu penting? Sebab kalaulah ditakdirkan photographer korang demam atau sakit semasa bertugas mesti ia mengganggu kreativiti dan kerja beliau sepanjang bekerja tersebut. Jadi yang menerima kesan adalah gambar-gambar mereka juga. Betul bukan? :)

Teaser wedding Reem & Reen


Sebab photographer ni hanyalah manusia biasa. Mereka bukan Superman atau Firaun. Demam, sakit, pening tu lumrah. Sekurang-kurangnya dengan doa dari client-client, mereka dapat kekal sihat sepanjang masa. Dengan izin Allah tentunya. Sebab tu aku selalu doa supaya diberikan kesihatan baik sepanjang masa supaya dapat bekerja kepada mereka yang dah hire aku.

Aku juga takkan buat benda-benda mengarut yang boleh membahayakan diri aku seperti bungee jumping, terjun 10,000 kaki dari kapal terbang dan perkara mengarut lain yang boleh bahayakan jantung aku. Aku bercakap dari konteks kerja aku sebagai photographer. Tapi sudah tentu korang juga kena doakan semua yang terlibat dalam majlis korang juga. Kesimpulannya, jangan tinggal solat dan jangan lupa doa selepas solat :)


Nota kaki : Reen juga adalah antara pengantin aku yang ada blog B2B :) Nantikan full entry ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Kualiti vs Harga

Bismillahirramanirrahim



Masa job wedding haritu, ada sorang saudara pengantin tanya aku tentang photography ni. Aku nak kongsi skit kat sini. Lebih kurang camnilah perbualan kitorang ;

Adik manis : “Abang punye style photography camne ye? Boleh tak buat seperti (menyebut beberapa nama besar dalam industri ni) hasilnya? ”
Aku : “Err susahlah sebab sayapun baru je amik gambar ni. Nape tak amik je photographer2 tu?”
Adik manis : “Dah tanya, tapi mahal sangatlah. Tak sangka wedding photographer mahal sampai camtu sekali. Macam tak berbaloi je tapi suka hasil mereka..”
Aku : *bagi syarahan percuma, hahaha..

Teaser wedding kat Bukit Kapar, Klang :)


Sebenarnya apa juga benda dalam dunia ni ada nilainya sendiri. Walaupun tak semua tapi biasanya benda yang baik tu nilainya lebih tinggi sesuai dengan kualitinya. Tidak wajar kita harapkan keselesaan dan ciri2 kereta seperti BMW kalau kita hanya membayar harga sebuah kereta kancil. Sama je dalam bidang photography ni.

Kita tak boleh harapkan hasil hebat seperti photographer full timer tetapi cuma hire photographer yang harga murah-murah. Ini tak adil buat mereka sebab pengalaman, skill dan equipment mereka jauh berbeza. Setiap photographer juga biasanya mempunyai style mereka sendiri. Janganlah pula menyuruh mereka mengubah style untuk ikut style photographer lain. Memang boleh tapi mungkin mereka tak dapat buat sebaik orang itu :) Ia macam suruh Cristiano Ronaldo main badminton lah, bolehlah main tapi macam bengonglah nampaknya kalau lawan Lee Chong Wei, haha.

Kesimpulannya kalau kita bijak memilih mungkin kita dapat hire photographer yang baik dengan harga yang berpatutan. Tapi kena sentiasa ingat kemampuan dan kemahiran setiap orang berbeza. Kita akan dapat hasil dari apa yang kita bayar :) Mungkin ia satu bonus kalau kita dapat hasil lebih baik dari jangkaan kita. Itulah azam aku tahun ni, Wallahua’lam.


Nota kaki : Weekend ni aku kat Serting 2 hari, tumpang lalu ye orang-orang Seremban :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Nikah+Berinai Ria & Mazid, JB

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update job wedding kat Johor Bahru yang lepas. Aku tak tahu nak gambarkan camne rasanya rindu kat Johor Bahru, ceewahh. Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lepas selepas habis belajar. Lepas tu tak pernah pegi sana lagi. Alhamdulillah dapat juga job kat sana, kalau tak jangan harap aku nak ke JB. Inilah untungnya jadi photographer, hehe.

Banyak jalan dan bangunan baru muncul sampai aku boleh sesat kat sana, haha. Sempat gaklah aku jalan2 ngan wife dalam UTM dan kawasan sekitar. Tapi tak dapat pusing2 sangat sebab jadual aku pack. Sampai je aku dah kena siap sedia shoot majlis nikah sebelah petang. Pastu sambung ngan malam berinai sampai tengah malam. Esoknya shoot majlis bersanding sampailah lewat petang, huhu.

Selepas je grad dulu, aku dapat kerja kat satu syarikat swasta kat Shah Alam. Kak Ria ni lah yang banyak bagi aku kata2 semangat sebab dapat bos yang garang gila yang suka mencarut dan baling barang, haha. Aku cepat2 resign bila dapat tawaran kerja yang lebih baik :) Tapi alhamdulillah, kitorang masih berhubung sampai sekarang. Aku sangat berbesar hati dapat shoot hari berbahagia kak ria dan abang mazid ni:) Layan dulu majlis nikah dan malam berinai diaorang.



Kalau sebelum ni aku pernah duduk kat majlis akad nikah yang lebih sejam. Kat sini pulak terbalik. Aku rasa dari imam tu masuk rumah sampailah dia balik tak sampai 15 minit. Laju gila. Aku baru setting2 kamera dan test shoot tiba-tiba imam dah salam nak nikahkan. Dengan pengantin lelakipun terkejut gak, hehe.

Malam tu diadakan pula majlis berinai. Sebenarnya akupun tak tahu ada berapa versi majlis berinai orang melayu ni, hehe. Sebab pengalaman aku shoot kat majlis kahwin memang berlainan lah ikut tempat. Kalau aku tak amik gambar kahwin mesti akupun tak tahu apa2 pasal tu. Sebab kat tempat aku tak pernah ada lagi majlis berinai ni, kekeke.


Sebenarnya, kalau kita shoot majlis bersendirian kita tak boleh fokus nak hasilkan gambar2 kreatif je. Kita kena selesaikan shoot gambar2 wajib dahulu. Sebab kita takde back-up yang shoot benda2 lain. Bila dah selesai tu baru kita boleh cari gambar kreatif dengan angle yang berlainan dari biasa. Sebab tu photographer selalu ada team mereka untuk cover sesuatu majlis. Boleh buat pengkhususan kerja..:)

Cuma bila dah selalu kerja dengan team dan tiba-tiba terpaksa cover sendiri memang boleh buat orang tu gelabah lah,hehe. Emm percaya tak ada photographer yang tak boleh kerja bersendirian? hehe. Sebab tu aku cuba variasikan kemahiran aku untuk shoot bersendirian. Sampai satu tahap boleh hasilkan angle2 seperti shoot berkumpulan:) Pasni aku upload majlis sanding dan outdoor plak ye.


Nota kaki : Selangor cuti jumaat ni besday DYMM Sultan. Napelah besday tu disambut sekali je. Kalau sambut berkali2 aku rasa rakyatpun tak kisahkan, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Berdiam itu lebih baik

Bismillahirramanirrahim


Teaser Majlis Perkahwinan semalam, Dewan Merak Kayangan


Rasanya ramai yang telah maklum perselisihan antara photographer2 yang terkenal itu. Bagi aku kalau pun kita tak mampu nak membantu meredakan keadaan, seeloknya kita membantu dengan mengawal diri dari keluarkan kenyataan atau komen yang tidak manis dan tidak molek didengar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

Kekadang kita kerap membuat penilaian dan menghukum individu terhadap sesuatu perkara walaupun kita tak mendapat maklumat yang cukup. Bagi aku kekadang kita kena bertanya pada diri sendiri “Patutkah aku berkata2 dalam hal ini?”, “Haruskah aku terikut2 beri penilaian padahal kita tak tahu permasalahan yg sebenar?” Kalau hanya sekadar berkata2, padahal kita sendiri tidak tahu sama ada ia membawa manfaat atau tidak maka sebaiknya kita diam sahaja..

Kalaupun kita memandang perlu untuk berkata2, maka sebaiknya berikan yang terbaik kepada orang yg mendengarnya dengan kata2 paling tulus, paling bersih dari segala niat yang tidak elok. Usahakanlah kata2 yang keluar dari mulut kita kemas sedemikian rupa hingga membawa manfaat dan faedah bagi diri sendiri dan orang lain. Berusahalah sentiasa agar kata-kata yg kita ucapkan benar2 bersih dari penambahan-penambahan dan rekaan-rekaan yang tiada ertinya.

Nantikan full entry majlis perkahwinan Sobrina & Fairuz yang aku shoot semalam. Aku follow sahabat baik aku, Kerul Shukor selaku OP kedua majlis tersebut.


Nota kaki : Cuba beri gambaran camne aku hasilkan gambar kat atas ni? Takde olahan PS dilakukan, hanya enhance kaler je :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Persandingan : Syuhana & Hisham

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update Majlis persandingan pasangan Syuhana & Hisham yang diadakan di Dewan MBSA, Shah Alam. Sebenarnya ni kali pertama aku amik gambar dalam dewan sebesar ni. Kira satu cabaran gaklah bagi aku yang masih mentah ni. Sebab tu aku ajak member2 aku kerul sebagai second photographer, cot, shairulfaiz dan zakuan. Selain membantu diaorang juga dapat tingkatkan aku punye confident level,ceewahh.

Majlis ana ni berlangsung dengan meriah. Tetamu yang datangpun sangat ramai dan diaorang juga mempunyai adik beradik dan saudara mara yang meriah dan sporting :) Senang je aku nak buat kerja dengan kerjasama mereka. Halakan je kamera terus pose bergaya. Sampai kalau aku halakan lens tele (lens panjang) tanpa body kamerapun diaorang boleh posing gak,hahahaa. Oh ya, lagi satu pelamin diaorang sangat cantik, aku suka!! simple dan menarik. Layanlah sikit gambar diaorang ye.


Sebenarnya ambil gambar dalam dewan ni nampak macam senang. Tapi bagi photographer ia memerlukan kemahiran dan gear yang sesuai untuk hasilkan gambar dengan baik. Dalam keadaan syiling dewan yang terlalu tinggi, syiling yang bewarna gelap atau lampu dewan yang kurang memang faktor yang mencabar sebab sukar untuk gunakan flash dalam keadaan tu.

Kalau tak caya cuba korang guna compact camera amik gambar guna flash dalam dewan. Subjek tu mungkin nampak terang tetapi mesti latar belakang orang tu gelap kan? Pastu kalau tak guna flash mesti gambar tu gegar dan tak sharp plak kan? hehe. haaa, situasinya samalah. Cabarannya nak gunakan flash tapi cahaya nampak seimbang antara subjek dan background. Ada masa aku buat tutorial pasal ni :)

Aku cakap camni sebab aku pernah nampak gambar wedding kawan aku kat dewan yang camtu. Photographer tu guna direct flash dan gambar member aku semua gelap padahal dewan tu terang benderang sebenarnya. Baju pengantin semua overexpose dan detail hilang sebab terlebih cahaya. Jadi berhati-hatilah pilih photographer korang kahwin ye,hehe. Layan sikit gambar outdoor plak.


Untuk akhirnya, tahniah kepada pasangan pengantin. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga buat korang berdua. Cepat-cepat dapat baby tau. Ana, jangan garang sangat ngan Sham ye,hahaha. Mohon maaf buat seluruh ahli keluarga pengantin sekiranya terdapat kata2 atau gurauan saya dan teman-teman yang yang tidak menyenangkan hati. Terima kasih di atas layanan yang sempurna dan baik. Tunggu album siap ye na, hehe.



Nota kaki : Tempahan untuk bulan Jun 2010 tinggal satu kekosongan je lagi. Sapa beri deposit dulu aku akan utamakan. Bulan-bulan lain masih lagi available. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye. Aku takde internet kat rumah :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan Amy & Shafiq

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan pasangan Amy dan Shafiq yang berlangsung kat Masjid Kampung Bukit Kapar, Klang. Sebenarnya Amy ni kerja satu bangunan ngan aku. Tapi aku rasa macam tak pernah jumpapun dia sebelum ni, hehe. Maklumlah ai kan pemalu, jalan tunduk bawah je sebab tu tak kenal orang, kekeke. Yela, takkanlah aku nak kenal semua orang dalam bangunan 10 tingkat ni.

Diaorg berdua ni ex KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Jadi perkenalan diaorg bermula kat sanalah, sweet je kan :) Walaupun sekarang berjauhan sebab si Shafiq ni kerja kat JB sana tapi alhamdulillah kedua-duanya berjaya membina ikatan yang sah dan selamat bergelar suami isteri.

Ingatlah, syaitan selalu menghiasi indah sesuatu maksiat padahal ia amat keji di sisi Allah. Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH seperti melalui jalan perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada semua manusia, insyaallah. Peringatan ni untuk semua termasuklah aku juga. Layanlah dulu sedikit gambar pernikahan diaorg ni :)



Sebenarnya aku cover majlis diaorg ni berseorangan je. Hanya ditemani wife aku :) Bila amik gambar sorang2 ni sebenarnya kena kerja keras sikit nak dapatkan angle yang berbeza berbanding kalau cover majlis berdua atau bertiga. Kalau ada ramai photographer sebenarnya boleh buat pengkhususan nak ambil gambar2 wide, tight ataupun kreatif. Setiap orang guna lens yang berbeza mengikut keperluan.

Tapi bila bertugas bersendirian kita kena buat semua sendiri. Kena rancang dulu dalam kepala gambar2 yang kita nak dan budget timing dia. Dengan tu kita boleh budget masa kalau perlu tukar2 lens dan tak menggelabah sangat bila majlis tersebut berjalan dengan cepat, hehe.

Sebenarnya aku nak bagitau satu rahsia kat korang semua. Kalau korang nak tahu photographer sebenarnya lagi suka kalau majlis akad nikah tu diulang berkali2,hehe. Sebab mereka ada masa untuk rakamkan gambar dari pelbagai sudut berbanding kalau lafaz akad tu sekali je,hehe


Nota kaki : Pasni update gambar majlis kahwin diaorang dan outdoor plak :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Teaser : Majlis Perkahwinan Amy & Shafiq

Bismillahirramanirrahim



Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Majlis Perkahwinan semalam, Meru Klang


Sepanjang pengalaman aku yang baru dalam bidang wedding ni, aku dapat lihat macam2 gaya photographer ketika mengambil gambar client mereka :) kalau sebelum ni aku tak pernah nampak orang amik gambar sambil berbaring, sekarang benda tu sudah menjadi kebiasaan. Kekadang akupun buat gak sebab nak compose gambar yang aku nak.

Cuma risikonya ialah bila kita baring kat tempat yang ada rumput gatal atau ada ulat bulu yang memang kita takkan perasan sebelum baring tu :) camtulah yang terjadi kat aku semalam masa shoot pasangan kat atas ni,hehe. Masa balik tu abis badan dan tangan aku merah-merah dan gatal gila. Entah apalah yang gigit aku tu sampai ke saat aku tulis ni badan ngan tangan aku masih merah2 lagi, huhu. Tapi apa ada hal aku kan lasak orang kampung, dah biasapun kena camtu dari kecik, kekeke.

Jumaat lepas salah seorang member kampung aku meninggal dunia sebab sakit. Dah lama sangat rasanya tak jumpa dia. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman,amin. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Kekadang kita selalu leka dan terlalu gembira dengan urusan dunia tanpa menyediakan diri untuk bekalan ke sana. Terus berbuat dosa seperti pasti akan hidup lama di dunia ni. Jadi sama-samalah kita beringat sebelum ajal menjemput kita. Wallahua’lam.


Nota kaki : Camne nak abis puasa 6 ni tiap-tiap hari ada je jamuan raya kat ofis ni. Asyik puasa setengah hari je :P

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Musim kahwin dah tiba :)

Bismillahirramanirrahim



Bismillahirrahmanirrahim

Salah satu perkara yang unik kat negara kita ni ialah terdapat macam-macam musim walaupun kita tak duduk kat iklim 4 musim,hehe. Kita ada musim durian, musim cuti sekolah, musim tengkujuh dll termasuklah musim kahwin ni. Sekarang nampaknya dah masuk musim kahwin. Mulai bulan Oktober ni sampailah akhir tahun nanti memang ramai yang akan melangsungkan perkahwinan termasuklah sahabat2 aku:)



Kalau kat kampung tu bila tiba musim kahwin ni satu hari kekadang sampai 4-5 buah rumah nak pergi. Memang tak payah masak kat rumah. Kekadang sampai membawa ke malam sebab biasanya area tempat aku kenduri kahwin makan masa 2 hari (Sabtu hingga Ahad). Tu belum majlis rewang lagi. Keluarga pengantin sekarang ni mesti dah mulai sibuk mengedar kad kahwin, renovate rumah (hehe) dan membuat persiapan majlis.

Pengantinpun apa kurangnya, cuti kerja dah tentu makin habis dek menyiapkan keperluan kahwin, beli barang2 hantaran, mencari pelamin, katering dll. Sambil tu tidur tak lena memikirkan majlis yang bakal berlangsung serta menanti penuh debaran saat bakal menjadi raja sehari. Tapi kekadang yang paling selamba bakal pengantin lelaki yang kekadang boleh rileks je sampai buat bakal pengantin perempuan geram, hahaha. Saat ni lah perlunya bertolak ansur serta mengelakkan berlaku pertengkaran ataupun bermasam muka :)

Apapun aku doakan semoga semuanya berjalan lancar. Belanja mengikut kemampuan dan jangan terlalu berlebihan hingga membazir dan membebankan dikemudian hari. Sebenarnya kehidupan selepas berumahtangga tu lebih penting dan patut menjadi keutamaan kepada semua pasangan. Insyaallah selepas ni akan banyak entry kahwin sehinggalah habis musim kahwin ni,hehe. Tahniah untuk semua!!


Nota kaki : Selamat bekerja juga kepada sahabat2 photographer, caterer dan butik2 andaman yang pastinya sibuk nanti. Buat yang terbaik untuk pelanggan kalian semua, chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com