Bismillahirramanirrahim
Musim cuti sekolah ni memang ramai orang mengadakan majlis perkahwinan. Masa buat Outdoor kat Putrajaya Sabtu lepas lebih 20 pasangan pengantin aku jumpa kat sana,hehe. Memang trend pasangan zaman sekarang buat outdoor dalam majlis perkahwinan mereka. Macam-macam gaya photographer aku jumpa :)
Kali ni aku nak update Majlis Bertandang pasangan Cikgu Shahidan dan Cikgu Hanifah kat Kampar, Perak. Aku ditemani sahabat aku Kerul Shukor sebagai 2nd photographer. Kalau takde dia mati kutu aku drive jejauh sorang-sorang. Bapa Cikgu Shahidan ni kira orang penting jugalah. Sebab tu dalam majlis tu dihadiri Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Mat Sabu dll. Terkejut aku diaorang datang :)
Selepas habis majlis kitorang buat outdoor kat sekeliling Pekan Kampar. Kesian aku tengok pengantin keletihan masa outdoor,hehe. Tapi memang best sebab diaorang bagi kerjasama penuh. Photographer ni memang akan bersemangat dan lebih kreatif kalau pengantin beri kerjasama tau :) Walaupun kekadang macam nak patah tulang belakang sebab keletihan,haha.
Oh ya, ni aku nak kongsi ‘the making’ gambar last tu. Kekadang balik dari shoot gambar mesti badan aku gatal2 sebab baring dan guling2 kat atas rumput dan tanah :P tu belum sengal dan sakit badan lagi. Tapi aku tak kisah asalkan dapat hasikan gambar terbaik untuk client aku,ceewaah.
Untuk akhirnya, terima kasih kepada Cikgu Shahidan yang hire aku untuk merakamkan detik berbahagia dalam hidup beliau. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan sampai ke syurga,amin. Terima kasih kat Kerul yang banyak membantu aku. Tunggu album siap ye cikgu :)
Nota kaki : Bulan Jun ni genap 6 bulan aku amik gambar perkahwinan. Baru lagi. Masih banyak benda yang aku kena belajar. Sila beri teguran dan kritikan supaya aku boleh maju ke depan ye kengkawan. Terima kasih atas sokongan semua :)
Info tambahan: Cikgu cakap Dato’ Seri Nizar Jamaluddin tu datang sebagai tetamu dalam majlis ni. Dia sepupu belah emak Cikgu Shahidan..:)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com