Bismillahirrahmanirrahim
Kekadang bila lihat gambar-gambar cantik kat dalam dan di luar negara, aku sangat kagum dengan kreativiti photographer tersebut. Boleh lihat ‘passion’ dia bekerja hanya dengan melihat gambar yang dihasilkannya. Lebih-lebih lagi bila kita tahu karya tersebut terhasil dari ideanya dan bukan meniru idea orang lain. Aku tahu benda tu bukan sesuatu yang dapat diperolehi sekelip mata sebab ia perlukan kemahiran, pengalaman dan kesungguhan dalam bidang ni.
Teaser majlis pertunangan Farah & Nan, Ampang
Walaupun dengan perkembangan teknologi sekarang ni memudahkan kita memiliki peralatan yang sama tetapi kreativiti lah yang membezakan seseorang photographer itu dari yang lain. Seringkali kita lihat akibat terlalu ghairah untuk mendapatkan gambar yang cantik ramai photographer baru telah mengabaikan aspek asas dalam mengambil gambar.
Maka timbullah banyak gambar yang di edit secara keterlaluan sedangkan gambar tersebut menyalahi banyak aspek asas photography dan ‘kosong’ dari segi nilai seni. Ia dilakukan untuk menutup kelemahan mereka ketika mengambil gambar. Memang diakui kadangkala kita perlu juga buat begitu tapi ia bukanlah sampai menjadi matlamat utama kita dalam berkarya.
Fotografi yang baik biasanya boleh diterima oleh pelbagai lapisan umur, memberi kesan dalam jiwa orang yang lihat dan mempunyai nilai seni tersendiri. Kadangkala ia boleh hasilkan rasa “wow” bila melihatnya. Mari kita sama-sama tingkatkan mutu gambar yang kita hasilkan dengan ilmu photography yang betul dan bukan melalui jalan pintas tersebut :)
Nota kaki : “There is a vast difference between taking a picture and making a photograph.” – Robert Heinecken
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com