Normaszarina & Airie, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan. Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama.

Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru. Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Cari kawan yang baik-baik.

Kali ni aku update sikit majlis Normaszarina dan Airie yang diadakan di Putrajaya. Outdoor majlis sanding buat disekitar dewan sahaja.
 

 
Aku doakan kedua pasangan ini dilimpahi kebahagiaan, kerahmatan dan keampunan oleh Allah dengan nikmat ikatan perkahwinan yang terjalin. Selamat bercinta hingga ke syurga. Jadikan perkahwinan ini sebagai satu kelebihan untuk ke syurga insyaallah. Jumpa lagi next entry.
 

Wassalam.

Wedding Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Tanpa sedar Ramadan dah hampir tiba. Masa aku tulis ni dah 21 Rejab 2014H. Rindu nak bersahur, bertadarus, tarawikh, berbuka puasa dan suasana kebaikan pada bulan Ramadan. Atas kekangan kerja di ofis, bos tak izinkan aku kerjakan umrah tahun ni. Walaupun sedikit kecewa tetapi aku percaya ada hikmah disebalik perkara itu. Sebenarnya antara impian aku nak habiskan sebulan Ramadan di Makkah bersama wifey. Mudah-mudahan tercapai satu hari nanti.

Kali ni aku nak update majlis persandingan Fara & Hasif pula. Walaupun shoot berseorangan tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis meriah, DJ best macam suara Andy Hakim, pengantin ceria, kawan-kawan sporting semuanya memudahkan kerja. Aku dah cuba beberapa tone yang ‘in’ sekarang. Tapi akhirnya aku lebih suka neutral colour dalam editing aku:) Lebih sesuai sepanjang masa.

Sesi outdoor kitorang buat kat Putrajaya. Sebab petang tu hujan lebat. Kitorang kena cari tempat boleh berteduh dan amik gambar. Jadi aku pilih kat tempat yang dah beberapa tahun aku tak shoot:) Selepas hujan reda kitorang sambung sikit kat Taman Botani. Untuk akhirnya, mari sama-sama kita doakan semoga pasangan ini dipermudah urusan hidup bersama di dunia sampailah ke akhirat nanti. Bahagia dan menyayangi antara satu sama lain sampai akhir hayat mereka,amin.

Aku akan super bizi dalam 2 minggu akan datang. Urusan kerja di ofis dan urusan keluarga. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan kesihatan aku sahabat2:) Semoga berjumpa lagi insyaallah.

Wassalam

Wedding Marena & Zulefry

Bismillahirrahmanirrahim



Fuh lama betul rasanya tak update entry kat sini. Ni semua gara-gara World Cup lah ni. Dengan kerja ofis yang banyak dan tak cukup tidur tengok bola adalah satu alasan yang kukuh tak update blog ni, haha. Team favorite aku pun dah kalah. Ni semua gara2 Paul si sotong tu lah. Aku rasa Paul tu saja nak bagi orang makin syirik sebab percaya sotong dalam ramalan keputusan bola tu :) Apalah rasa Paul tu kalau masak sambal dan makan dengan nasi lemak.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Marena & Zulefry yang berlangsung di Putrajaya. Aku cover dari majlis nikah, malam berinai sampailah majlis persandingan. Terima kasih kepada sahabat aku Zakuan dan Echik kerana follow aku dalam majlis ni. Layan dulu majlis perkahwinan diaorang ni.


Apa yang menarik kat majlis perkahwinan Marena ialah mereka buat majlis ni secara bergotong royong macam kat kampung tu. Pertama kali aku tengok buat rewang kat Putrajaya ni, hehe. Marena ni anak sulung dan adik beradiknya semua perempuan. Jadi memang penat gaklah dia nak uruskan semuanya sendiri. Tapi alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


Sebenarnya Zul ni memang susah nak senyum. Memang penatlah nak suruh dia senyum, hehe. Kitorang keluar outdoor awal pada hari tersebut. Sebenarnya nak elakkan hujan sebab setiap petang hujan ketika itu. Seboleh2nya aku nak elak berada di bawah terik matahari sebab nanti mata pengantin sepet. Lelagi kalau yang memang sedia sepet cam aku, terus tak nampak apa2, haha.

Tapi itulah antara cabaran photographer wedding di negara kita:) Sebab kita bukan mengambil gambar dalam suasana terkawal (dalam studio). Keadaan pencahayaan berubah2 walaupun berada di tempat yang sama. Selain itu, kita juga mengejar masa sebelum menjelang waktu maghrib. Kalau bernasib baik barulah dapat cuaca yang ideal dengan langit yang biru, cahaya matahari yang tak redup dan tak terlalu cerah.


Untuk akhirnya terima kasih kepada keluarga Marena atas layanan dan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa mendapat berkat dari Allah dan berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan tutur kata dan perbuatan sepanjang berada di sana :)


Nota kaki : Sedar tak sedar dah bulan Sya’ban sekarang. Kejap lagi Ramadhan menjelang, tak sabarnya sampai bulan tersebut.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Teaser Marena & Zul, Masjid Besi

Bismillahirrahmanirrahim



Masa aku kecik dulu abah ada bela kambing biri-biri dalam 300-400 ekor. Abah kongsi dengan beberapa kawannya di kampung. Pada awal pagi kambing tersebut akan dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. Jadi sebelah petang aku akan ikut abah cari kambing biri-biri yang dilepaskan tu. Dengan kawasan yang luas di bawah kebun kelapa sawit ia bukanlah tugas yang mudah.

Teaser Marena & Zul, Putrajaya


Kambing biri-biri ni sebenarnya ada geng masing2 :) biasanya diaorang akan berpecah dalam 20-30 ekor satu kumpulan. Selepas solat asar, aku akan naik belakang motor abah ngan adik aku mencari kawanan kambing tersebut. Bila jumpa satu kawanan kambing biri-biri, abah akan turunkan aku atau adik aku untuk iring kambing tersebut balik kandang diaorang.

Walaupun kawasan tu jauh ke hutan belukar, hujung sungai ataupun kawasan yang tak pernah aku lalu abah tetap turunkan suruh halau kambing tu. Pastu abah tinggalkan aku sorang-sorang untuk cari kambing yang lain. Berbekal sebatang kayu aku akan halau kambing tu walaupun aku tak tahu lokasi kandang kambing langsung. Tapi memang menakjubkan sebab biasanya mereka memang tahu arah kandang tu walau jaraknya sangat jauh. Lebih 45 minit jalan kaki. Kagum aku.

Tujuan aku cerita ni cuma nak bagitau, kadangkala sebagai manusia kita sering lalai dalam urusan dunia. Berterusan melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Tapi sampai satu saat kita akan sedar bila hidup kita tiada arah tujuan, bila telah hampir kepada kematian, kita akan kembali jua kepada fitrah kebaikan. Sebelum terlambat dan tidak bererti lagi kekesalan itu, mohonlah keampunan dari Allah. Allah tu maha pengampun dan maha penyayang terhadap hambaNya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full entry majlis ni minggu depan.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Hani & Zairy, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim



Waaa capek banget sih. Kesihatan aku pun tak berapa baik sekarang. Sebenarnya bagus juga kita diberikan kesakitan oleh Allah sesekali. Supaya kita lebih beringat kesalahan dan kesilapan kita yang lalu ketika jauh dari pencipta kita. Sentiasa beringat semua yang kita lakukan kat dunia ni ada timbang tara di akhirat kelak. Mungkin juga kita jadi insan yang lebih baik selepas diberikan kesakitan itu, insyaallah.

Kali ni aku nak update Majlis perkahwinan Hani dan Zairy di Putrajaya. Aku shoot diaorang dari majlis nikah, sanding sampailah outdoor. Terima kasih kepada kak siti dari pesonacoklat yang mengandam hani pada hari tersebut. Rasa segan je sebab dia kenal dan selalu follow blog aku ni. Tiba2 terasa macam artis plak, hahaha. Sebelum aku bertambah mengarut boleh layan gambar hani dulu ye.


Majlis persandingan dilakukan pada sebelah tengahari selepas selesai majlis pernikahan. Suasana kat Putrajaya pada hari tu betul2 tenang dan redup je. Kawasan tempat tinggal Hani ni memang sangat sesuai buat majlis sebab kawasannya luas dan jalannya lebar. Untung betul sapa yang tinggal kat sini, hehe. Oh ya, aku suka betul tengok baju Hani ni, cantik. Kitorang outdoor kat sekitar bangunan putrajaya je sebab hari dah lewat nak keluar jauh2 :)


Sebenarnya aku nak taruk lagi banyak gambar-gambar ni tapi macam melampau plak banyak sangat gambar:) Aku tengok ada photographer yang taruk 2-3 keping gambar je setiap pengantin, hehe. Rasa tak best pulak nak buat camtu sebab aku memang dah biasa taruk banyak gambar kat blog ni. Barulah blog gambar kahwin namanya, keke.

Untuk akhirnya, terima kasih kepada Hani sekeluarga atas layanan yang baik sepanjang berada di sana. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya sekiranya ada ye..:)



Nota kaki : Hampir seminggu aku bercuti dari kerja di ofis. Insyaallah aku akan reply semua email korang semua satu persatu ye bila kembali esok. Terima kasih semua atas pertanyaan. Korang memang terbaik lah.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Akhlak & Adab Kita

Bismillahirramanirrahim



Beberapa hari lepas masa ngah makan kat sebuah kedai aku dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan yang pecahkan cawan (hempas ke lantai) yang diberikan pelayan tu. Kemudian dengan suara kuat dia memarahi pelayan tersebut dihadapan orang ramai. Dari apa yang aku dengar dia memesan air lain tapi sampai air yang lain. Subhanallah, dimanakah akhlak dan adab kita zaman sekarang. Orang yang begitu muda memarahi orang yang jauh lebih tua :(

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda Nabi kita yang mulia. Rasulullah begitu berhati-hati dalam setiap tutur kata dan perbuatannya. Teringat kisah Saidatina Aisyah yang berasa sangat bersalah sebab tertidur semasa menunggu kepulangan Rasulullah. Semasa beliau bangun pada waktu subuh dilihat Rasulullah hanya tidur diluar pintu rumah dalam kesejukan. Menangis Saidatina Aisyah bila Rasulullah beritahu tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang tidur. Itu akhlak Rasulullah!

Sayangnya dengan kemajuan teknologi sekarang menjadikan umat yang kaya dengan luhur budi dan adab kepada umat yang semborono. Elemen peduli ditolak tepi bahkan budaya peduli apa aku dijunjung tinggi. Sering berasa megah dengan pencapaian diri sama ada dalam bentuk ilmu ataupun harta. Orang lain yang kurang dari kita dianggap tidak perlu dihormati dan wajar diingatkan bahawa kita mempunyai hak untuk buat begitu kepada sesiapa. Itulah akhlak kebanyakkan kita sekarang.

Layan dulu sedikit gambar dari majlis perkahwinan Islah & Suraya weekend lepas. Islah ni sepupu wife aku :) Majlis diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya.


Selepas selesai majlis tersebut aku pergi rumah terbuka sahabat ofis aku. Terima kasih atas jemputan Paie dan isteri :) Ni 2 keping gambar anak korang, Imran. Nak gambar lagi datang jumpa aku ye, hehe. Sapa ajak aku gi makan2 kat rumahnya aku bleh shoot anak korang free :)


Akhir kata, sebenarnya banyak kebaikan kalau kita merendah diri dan menghormati orang lain. Kita akan disenangi oleh ramai orang dan kurang musuh yang membenci kita. Sekali kita tidak hormat orang lain dari situlah bermula rantaian permusuhan yang menjadikan hidup kita tak tenteram dan menyebabkan kita kehilangan ramai kawan.

Renungi pantun lama orang dulu-dulu yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk kita bersama.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi ngan kerja-kerja ofis. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pertunangan Marena & Zul

Bismillahirramanirrahim



Hari ni update Majlis Pertunangan Cik Marena dengan pasangannya Zul yang berlangsung kat Presint 11, Putrajaya. Terima kasih kepada ex-school mate aku Falin yang kenalkan aku ngan beliau. Pada hari tu juga aku ditemani sabahat aku Cots hensem yang masih lagi mencari pasangan hidupnya,wakakaka *gurau je cots.

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Marena ni walaupun pemalu tapi dia peramah tau :P Walaupun baru pertama kali jumpa tapi selesa bekerjasama ngan dia dan ahli keluarganya. Sebenarnya sepanjang pemerhatian aku kalau ramai kengkawan datang ke majlis kita ia boleh kurangkan perasaan berdebar2 menghadapi majlis tersebut:) Sebab tu ramai kengkawan dia pada haritu,hehe. Layanlah dulu gambar majlis tersebut ye.




Aku cuba post processing yang baru dalam gambar Marena ni. Aku cuba unsur2 cool dalam gambar2 dia berbanding gambar warm yang selalu aku buat. Nampak macam ok gak kat mata aku. Aku memang suka explore benda2 baru dalam photoshop ni,hehe. Aku masih perlukan kritikan dan teguran dari sahabat lain untuk perbaiki kerja aku ni.

Aku doakan semoga ikatan pertunangan yang dibina ini kekal hingga ke jinjang pelamin,amin. Oh ya, terima kasih Marena sebab bagi makanan banyak gila aritu. Balik rumah tu terus makan lagi sekali sebab sedap lauk rewang tu :) Abislah aku bertambah gemuk pasni,kekekeke.


Nota kaki : Tahniah kat Falin yang akan bernikah Jumaat ni. Darah ngah manis ni,hehe. Err, kenapa ek orang cakap darah orang nak kahwin ni manis?

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Pernikahan & Outdoor Nurul dan Hanizan

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni aku nak update Majlis Pernikahan Nurul dan Hanizan yang diadakan di Bandar Baru Bangi baru-baru ni. Nurul ni kerja jadi cikgu kat Sarawak sana. Kesian dia kena berjauhan ngan suami kat sini. Baru 4 hari kahwin dah terpaksa balik mengajar kat sana,huhu. Majlis persandingan diaorg akan diadakan pada bulan Jun nanti,insyaallah.

Sebenarnya Nurul ni member blog lama aku. Sejak aku dah takde blog dulu tu rasa macam dah hilang kengkawan lama aku kat sana. Tapi adalah beberapa orang yang masih berhubung termasuklah nurul ni :). Dalam majlis ni aku ditemani sahabat aku Kerul Shukor yang hensem sebagai 2nd photographer,hehe. Ni sedikit gambar-gambar sekitar hari tu.



Nurul nikah belah pagi. Jadi selesai majlis pernikahan tu dalam tengahari macam tu. Selepas solat Zohor kitorang terus keluar Outdoor. Bayangkanlah kepanasan masa tu,huhu. Sian kat pengantin sebenarnya. Sebab tu aku tak boleh shoot diaorang lama-lama kat luar. Kena cari tempat outdoor yang dalam bangunan jela. Gambar kat luar tu adalah gambar kat taman permainan depan rumah Nurul sebelum bertolak kat Putrajaya :)



Aku doakan semoga Nurul dan Hanizan berbahagia hingga akhir hayat,amin. Aku suka dengar khutbah nikah diaorang. Banyak ilmu dalam tu. Sebenarnya dalam pernikahan tu ada ketenangan, kedamaian, kebersihan, kesihatan, kesucian dan kebahagiaan yang diidamkan oleh setiap insan. Ia juga sebagai cara untuk menyempurnakan iman. Wallahua’lam.

Nota kaki : Banyak lagi aku kena belajar amik gambar ni sebenarnya. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang beri sokongan dan tunjuk ajar untuk aku perbaiki kelemahan. Terima kasih kengkawan.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com