Cerita Belon Panas, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim

Malam minggu lepas aku pergi tengok belon panas selepas melawat sahabat aku kahwin kat Puchong tu. Tergesa-gesa aku pergi sebab member aku cakap start kul 8:30 malam belon panas terbang. Dalam kepala otak aku mesti cun amik gambar belon panas terbang malam2 :). Pukul 9 malam aku sampai sana jam gila. Pastu kena parking jauh. Abis lemak aku makan kat rumah pengantin sebelum tu sebab kena jalan jauh,hahaha.


Sekeping gambar yang sempat aku shoot.jadilah sbg bukti,haha


Sekali sampai rupanya diaorg main sembur2 gas je, hampeh betul. Pastu tak sampai 5 shoot aku amik dah abis!!! Aku rasa macam nak bakar je belon tu sebab tensen,hahaha. Menyesal aku datang dan jalan kaki jauh-jauh. Kalau setakat camtu kat rumah akupun boleh buat (tipu). Tapi sebenarnya memang aku yang bengong sebab tak baca tentatif program tu,keke.

Tapi yang aku perasan memang ramai gila orang pegang DSLR malam tu. Benda ni dah murah dan mampu milik. Sebelah kanan aku ada budak pegang DSLR lagi mahal dari aku. Sebelah kiri aku ada couple pakai DSLR dengan lens tele. Akupun tak tahu gambar apa dia amik guna lens tu :P Pastu aku borak ngan budak tu dan nak tengok gambar dia amik sebab aku tak dapat shoot dari mula. Sekali tengok gambar dia semua blur. Aku check setting dia guna mode Program (P),patutlah.

Tengok Exif data gambar2 dia, shutter dia ada yang 1 saat pastu guna ISO 200,huhu. Pakai tripodpun belum tentu dapat gambar yang sharp guna shutter rendah inikan hand held camtu. Kesimpulannya, ilmu tu lebih penting dari kamera mahal,hehe.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outdoor Putrajaya Dadik & Muiz

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ni aku nak tunjuk Outdoor pasangan Dadik & Muiz seperti yang aku janji dalam entry lepas. Sebenarnya aku sangat percaya peralatan seperti kamera dan lens yang bagus membantu seorang photographer untuk mendapatkan gambar yang lebih baik. Tetapi ia juga bukan satu alasan kepada orang yang kekurangan peralatan untuk mendapatkan gambar yang cantik juga..

Seorang photographer yang baik akan dapat hasilkan gambar yang menarik walau guna kamera hp sekalipun. Dia takkan jadikan alasan kekurangan peralatan sebagai penghalang untuk berkarya. Sebab tu dalam bidang apa sekalipun ilmulah yang membezakan antara manusia ni. Sentiasa menambah ilmu lebih baik dari sentiasa beri alasan sepanjang masa.

Masa ikut peveyhack aritu, aku terpaksa guna satu2nya prime lens yang aku ada (macam mahal je bunyinya,hehe). Aku banyak guna 50mm f1.8 yang harganya kurang dari RM400 untuk amik gambar diaorg. Sapa tak pernah nampak, panjang lens ni tak sampai 5cm. Bukan aku sengaja tapi memang aku takde lagi lens tele macam OP dan 2 orang tagging tu,hehe. Diaorg zoom main pusing lens je tapi aku zoom kena bergerak ke depan belakang guna kaki. Sebab tu aku makin kurus sekarang,hahahaha*takde kaitan. Korang layan jela gambar2 ni skit :

Aku memang cadang nak beli tele lens dalam masa terdekat. Tapi nak dapat tu abis gaklah gaji sebulan,huhu. Beli 2nd hand two touch 80-200 f2.8 je dah RM3K. Nak beli Nikkor 70-200 f2.8 VR lagilah tak mampu buat masa ni, hampir RM6K. Sebab tu korang tengok photographer ni kalau bujang memang lambat kahwinnya,hahaha. Kalau dah kahwin, memang jarang nampak diaorg mewah2 sebab kos untuk buat photography ni bukanlah murah..:) jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup,kekeke..

p/s : Aku sangat bizi ngan kerja2 ofis sekarang.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Perkahwinan Dadik & Muiz

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni aku rasa sungguh tak best sekali. Chelsea kalah ngan Liverpool malam tadi,huhu. Aku dah cakap kat Scolari suruh import aku tapi dia cakap harga aku mahal sangat,hahaha*aku dah bengong. Semalam aku ikut Tag Along ngan Peveyhack kat bekalang rumah aku je,hehe. Bila ikut orang hebat2 ni memang banyak boleh belajar sebenarnya. Selain tu ia akan lebih memotivasikan aku untuk menjadi lebih baik dan belajar dan terus belajar sampai jadi angkasawan,hahaha. Sebelum aku lebih mengarut korang layanlah gambar skit ni.


Sebenarnya Dadik ni kawan adik perempuan aku. Dulu selalu tengok dia main tak pakai baju ngan adik aku masa kecik2. Sekejap je masa berlaku. Tengok2 diaorg yang kahwin dulu dari aku,hahaha. Takpelah, aku doakan semoga korang kekal bahagia hingga akhir hayat,amin. Nanti aku upload plak gambar outdoor diaorg kat Putrajaya. Tengok bagaimana aku fully utilize aku punye 50mm 1.8,hehe.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com