Majlis Perkahwinan Suziana & Musa

Bismillahirramanirrahim


Sehari selepas majlis pertunangan Liya & Farid aku amik gambar majlis perkahwinan pasangan Suziana & Musa plak. Sebenarnya ni job sahabat aku Qayyum. Aku sekadar tempel2an sahaja membantu mana yang patut, hehe. Aku suka sebenarnya ikut photographer2 berpengalaman supaya dapat belajar tentang perkara yang aku tak tahu. Jadi aku bleh improve diri aku setiap masa..:)

Suziana ni sebenarnya adik kepada kawan aku masa sekolah rendah dulu. Dari sekolah rendah tak pernah jumpa dia lagi sampailah aritu,hehe. Pastu dia juga sepupu kepada member-member photographer aku belah Tanjung Karang sana iaitu Ajey, Ijal dan Atong. Korang layanlah gambar ni sikit ye.


Aku memang orang kampung. Jadi kalau aku amik kat area kampung ni memang semangat tu lain macam sikit walaupun sebenarnya amik gambar kat rumah kampung ni lebih susah dan mencabar. Sebab keadaan rumah yang kekadang tak ada syiling, dinding kayu berwarna terang dsb. Kalau photographer yang kurang berpengalaman mesti muka pengantin tu nanti ikut warna cat kat rumah tu atau warna syiling :)

Kalau pink, maka pinklah jua muka mereka berdua,kekeke. Sebab tu aku perlukan cabaran berbeza-beza supaya aku boleh belajar benda baru. Belajar dari kesilapan. Ia lebih mudah dari belajar di atas kertas tanpa praktikal. Chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com