Kenapa photographer tak reply quotation?

Bismillahirrahmanirrahim


Ada beberapa sahabat mengadu mereka dah hantar quotation kepada ramai photographer tetapi kebanyakkannya tidak menghantar jawapan. Kali ni aku nak update tentang cara yang betul meminta quotation daripada photographer. Kenapa kadangkala photographer tak reply pertanyaan korang tentang pakej mereka? Ini mungkin menjadi sebabnya.

Teaser wedding Ain & Zaide, Kajang



Ini juga merupakan pendapat peribadi aku hasil perbincangan dengan sahabat-sahabat photographer yang lain tentang perkara ini.

  1. Kurang Maklumat : Photographer susah memberikan quotation kepada pertanyaan yang kurang maklumat. Contohnya; Berapa awak cas untuk ambil gambar? Boleh minta quotation untuk majlis kahwin? dsb. Kadangkala ada photographer menganggap pertanyaan seperti itu adalah tidak serius dan ada yang tidak menghiraukannya.
  2. Pertanyaan yang betul : Di mana silapnya pertanyaan tersebut? Sebenarnya harga sesuatu pakej photography adalah berbeza mengikut jumlah event (nikah, sanding, berinai, bertandang), jumlah hari yang terlibat, lokasi majlis, jenis/jumlah album dan beberapa perkara lain. Sekurang-kurangnya photographer mendapat maklumat asas berkaitan tarikh majlis, lokasi majlis dan jumlah event yang terlibat. Barulah beliau dapat membuat tawaran dan quotation berdasarkan maklumat tersebut.
  3. Kenapa Maklumat Penting? : Kenapa maklumat tersebut penting? Sebab dengan maklumat tersebut photographer akan memberikan quotation yang lengkap. Mesti client tak suka kalau photographer mengenakan cas-cas tersembunyi dan cas lain yang tidak diketahui sebab maklumat tidak lengkap. Mungkin pakej mereka nampak murah, tetapi ada yang bekerja mengikut jam, ada cas outstation dan sebagainya yang tidak dinyatakan dalam quotation tersebut.
  4. Contoh Lain : Cubalah tanya kepada vendor katering, pelamin dan mak andam soalan2 ringkas seperti itu. Contohnya, “berapa korang cas ye untuk majlis saya di Banting?” Rasanya merekapun tidak dapat berikan harga sebab banyak variable lain yang terlibat. Bila maklumat dah mencukupi barulah mereka keluarkan harga. Kenapa? sebab mereka serius dalam bidang tersebut. Mereka juga bersaing dengan vendor lain untuk mendapatkan customer. Itu adalah salah satu cara mereka bezakan customer yang serius dan tidak untuk mendapatkan khidmat mereka.
  5. Survey? : Sebenarnya photographer tidak kisah tentang pasangan yang survey pakej kahwin mereka. Sebab mereka pun berniaga. Lagipun memang digalakkan list dan buat perbandingan beberapa photographer yang dirasakan sesuai dengan citarasa dan budget masing-masing. Tetapi sekurang-kurangnya mereka adalah pelanggan yang berpotensi untuk dilayan dan bukan dikalangan mereka yang tidak serius.
  6. Ada juga photographer yang tidak memberikan quotation melalui email. Mereka lebih selesa berjumpa dan berbincang secara bersemuka dan barulah mereka memberikan harga mereka selepas melihat sample album. Biasanya photographer professional menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan pelanggan.


Kesimpulannya, benda ni berbeza mengikut cara photographer tersebut mendapatkan customer. Tetapi berdasarkan pengalaman aku, photographer yang hebat-hebat yang aku kenal mementingkan perkara ini sebab mereka nak jaga market mereka. Mereka akan layan customer yang benar2 serius mendapatkan khidmat mereka sahaja. Harap maklumat ni membantu serba sedikit ye :) Wallahua’lam.




Nota kaki : Kebelakangan ni aku agak sibuk ngan kerja-kerja ofis. HQ ofis akan berpindah ke tempat baru minggu ni. Macam pindah rumahlah gamaknya:)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography