Bismillahirrahmanirrahim
Peristiwa Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir (khutbah wida’) ketika musim haji tahun 10 Hijrah adalah detik penting dan signifikan dalam perjuangan menegakkan agama Islam. Suasana kota mekah pada masa tu suram dan ramai sahabat menangis sehingga jatuh pengsan bila Abu Bakar menyatakan mungkin itu tahun perpisahan dengan Rasulullah kerana agama Islam telah sempurna seperti isi kandungan khutbah Rasulullah tersebut.
Teaser wedding Sue & Fadzly
Pada hari terakhir hayat baginda iaitu pada subuh hari Isnin, sakit baginda semakin tenat. Bilal yang selesai mengazankan subuh datang ke rumah Rasulullah kerana beginda tidak hadir mengimamkan solat subuh tersebut. Rasulullah menyuruh Bilal memberitahu Abu Bakar supaya mengimami solat Subuh tersebut menggantikan baginda. Pada masa itu semua tahu bahawa hayat Rasul tercinta kekasih Allah ini semakin hampir kepada kewafatannya. Ramai sahabat-sahabat nabi menangis dengan keras dan bersedih hingga ada yang jatuh pengsan.
Ali r.a antara orang yang berada di sisi Rasulullah sebelum wafatnya melihat Rasulullah menggerakkan bibirnya dua kali. Beliau merapatkan telinganya untuk mendengar apa yang diperkatakan baginda. Ali r.a mendengar Rasulullah berkata “Ummati Ummati” yang bermaksud “Umatku, Umatku”. Bukan keluarga, isteri, sahabat ataupun harta yang dirisaukan. Betapa Rasulullah menyintai kita semua hingga akhir hayat baginda.
Bilal bin Rabah tidak pernah azan selama beberapa bulan sebab terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Ramai para sahabat merayu dan memintanya supaya melaungkan azan semula. Akhirnya pada satu subuh yang hening suara bilal memecah kesunyian pagi. Suaranya sayu dan terputus-putus sebab menangis ketika melaungkan azan. Hampir semua penduduk terkejut dan ada yang menyangka Rasulullah hidup kembali ketika itu. Begitu rindunya mereka terhadap Rasulullah ;'(
Ramai yang tahu hari Valentine disambut pada minggu hadapan. Tetapi berapa ramai yang tahu sehari selepas tu adalah hari lahir kekasih Allah ini. Walaupun ada yang mengatakan bidaah menyambutnya, tetapi kalau sekadar kita banyakkan selawat, mengingati perjuangan Rasulullah tercinta ia mungkin dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan bahawa kitalah yang Rasululullah sebut dalam detik terakhir nyawa Muhammad Rasulullah sebelum baginda meninggalkan kita selama-lamanya. Wallahua’lam.
Nota kaki : Kebanyakkan ulama’ sekarang sama ada di dalam dan luar negara mengharamkan menyambut hari Valentine walau apa pun alasannya. Ada baiknya kita yang kurang ilmu ni mengambil pandangan tersebut. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography