Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni aku nak update majlis perkahwinan yang agak unik. Sebab majlis pernikahan dan persandingan pasangan Fizi dan Fadhilah ada ciri-ciri budaya dari Indonesia. Family dan saudara mara belah Fadhilah ni memang asal dari beberapa kawasan di Indonesia. Jadi ramai juga tetamu yang datang ke majlis ini datang terus dari Indonesia :)
Majlis pernikahan di adakan di Masjid UTM, Jalan Semarak. Bila sampai pengantin perempuan kat masjid memang agak terkejut aku tengok Fadhilah. Bukan apa, terasa macam aku nak shoot dalam filem “Ayat-Ayat Cinta” plak, hehe. Pengalaman aku ke Jakarta dan tengok majlis kahwin kat sana memang berbeza dengan kita. Walaupun muslim, tetapi pengaruh Hindu seperti pokok pisang dan sebagainya juga digunakan. Ia menjadi kebiasaan dan norma masyarakat di sana sama seperti masyarakat melayu di sini ada malam berinai, merenjis, tepung tawar dan sebagainya. Ia juga diambil dari dari pengaruh luar.
Majlis persandingan pasangan ni diadakan di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Pertama kali juga amik gambar kat sini. Memandangkan majlis dibuat sebelah malam memang sangat mencabar shoot kat sini sebab lampu yang suram. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk makluman juruandam Fadhilah ni juga di datangkan dari Jogjakarta iaitu kawasan kampung belah family Fadhilah ni. Sapa berminat boleh hubungi aku, nanti aku tanya Fadhilah :)
Sepanjang malam tu memang aku rasa seperti berada di Indonesia lah sebab ramai yang datang tu bercakap bahasa Indonesia dan jawa, hehe. Pengacara dan penghibur yang dijemput juga dibawa khas dari Jakarta. Walaupun aku rasa diaorang tak terkenal, tapi vokal diaorang memang senang-senang dapat kalahkan penyanyi kat Malaysia ni. Layan majlis diaorang ni sikit.
Untuk akhirnya terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Fadhilah yang berikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Mohon maaf sekiranya ada perbuatan dan perkataan yang kurang selesa. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku Khairul Hafiz aka Cot yang membantu aku pada malam majlis persandingan. Tahniah untuk kedua pasangan yang sedang dilamun cinta ni, hehe. Semoga ikatan ini berkekalan selamanya hingga ke syurga, amin.
Nota kaki : Aku dah reply semua email yang bertanya. Kalau ada yang belum terima mohon bagitau semula ye. Mungkin termasuk spam mail dan terdelete. Aku dah tak available hingga Ramadhan 1432H. Terima kasih semua!!
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography