Jangan mengeluh :)

Bismillahirramanirrahim



Bila aku kepenatan dan rasa nak mengeluh selepas membuat sesuatu kerja, aku selalu terbayang kesusahan abah cari rezeki masa aku kecik2 dulu. Bila aku bandingkan kesusahan dan kepenatan aku memang masih jauh ketinggalan berbanding kesusahan mencari rezeki ketika tu. Apalah sangat nak bandingkan penat kerja2 kat ofis dan angkat kamera dengan membanting tulang di ladang dari pagi sampai petang. Berpanas dan berhujan walaupun dengan upah yang sedikit.

Teaser majlis wedding di Ipoh Ahad lepas.


Abah selalu cakap ngan aku ” Selagi badan kuat, kena rajin usaha dan jangan malas..” Itulah antara motivasi yang aku pegang bila rasa nak mengeluh ngan kerja-kerja aku. Orang sekarang memang ramai yang suka merungut dan tak puas hati kat semua benda kat sekeliling mereka. Lebih separuh status2 kat FB, Twitter dll tentang benda2 macam tu je. Insyaallah, aku cuba elakkan jadi orang camtu.

Aku minta maaf sebab tak sempat update full entry majlis lepas buat masa ni. Kesihatan akupun tak berapa baik sekarang. Kerja-kerja menyiapkan album berjalan dengan sangat intensif dan benda tu jadi keutamaan aku buat masa ni. Begitu juga ngan projek portal zakat baru kat ofis. Banyak benda baru aku belajar tentang Joomla dan CSS. Aku percaya kita semua mampu buat kerja dengan efektif sekiranya kita ada sedikit tekanan dengan syarat kita kurangkan merungut tentang semua perkara disekeliling kita. Wallahua’lam


Nota kaki : Nantikan full entry majlis-majlis yang aku shoot ni. Banyak aku nak kongsi dengan semua :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kenapa kena bayar zakat?!

Bismillahirramanirrahim



Pernah tak korang rasa kekadang gaji kita setiap bulan asyik tak mencukupi je? Tak tahu dibelanjakan ke mana tapi duit tu dah abis? Kekadang duit gaji tu habis untuk betulkan kereta, motor ataupun untuk bayar bil klinik diri sendiri, isteri dan anak-anak yang kerap sakit, demam dsb.

Jika dilihat dari sudut agama, selain ia merupakan ujian dari Allah ia juga berkait rapat dengan keberkatan rezeki. Memanglah kita mencari rezeki dari sumber yang halal tetapi keberkatan merupakan satu soal berbeza. Inilah yang gagal difahami oleh kebanyakkan kita.

Zakat merupakan salah satu cara kita bersihkan rezeki kita. Sebenarnya dalam rezeki yang kita perolehi tu bukan sepenuhnya milik kita. Ada hak orang lain. Allah sengaja menyampaikan rezeki orang tu melalui tangan kita untuk menguji diri kita supaya tidak tamak harta dan menguji orang yang susah tersebut supaya bersabar.


Suasana kat Kaunter Zakat LZS Kajang :)


Bila duit yang kita dapat tiap2 bulan tu bersih maka rezeki kita insyaallah akan lebih berkat. Keberkatan bukan sesuatu yang boleh dilihat dan diukur. Ia mungkin datang dari kesihatan ahli keluarga, anak-anak yang soleh dan mendengar kata, ketenangan fikiran dan emosi, dijauhkan dari fitnah dsb.

Oleh itu, marilah kita sama2 bersihkan pendapatan yang kita perolehi dengan berzakat. Ingat, zakat bukan sekadar zakat fitrah. Ni aku sertakan link kalau nak kira dan bayar zakat pendapatan korang :)

Camne nak kira Zakat Pendapatan korang? KLIK SINI
Bayar Zakat secara ONLINE? KLIK SINI

Kalau korang dah bayar Zakat di Lembaga Zakat Selangor, korang bleh sertai kuiz yang boleh bawak korang melancong ke London, Perth Australia, Guangzhou China, Bandung, Jakarta, Bangkok dan lokasi2 di Malaysia. Manalah tau ada rezeki korang ke tempat tersebut PERCUMA :)

Boleh sertai kuiz tersebut dari link ini : KUIZ ZAKAT & FLY

Taruk bukti aku ada kat kaunter plak,haha. Gambar kamera hp pinjam.


Setiap kali tiba bulan Ramadhan dan Disember aku akan bertugas di Kaunter Zakat Kajang. Semua pegawai2 di HQ tak kisah dari jabatan apapun akan turun membantu kaunter2 zakat di seluruh negeri Selangor.

Kalau rasa nak bayar zakat ngan aku bolehlah bayar kat kajang,hehe. Zakat fitrahpun boleh gak. Sebab kitorang semua adalah amil LZS. Tapi bagi aku better bayar fitrah kat tempat tinggal masing2. Bolehlah membantu penolong2 amil kat masjid atau surau tu untuk mereka sambut raya. Mereka akan dapat 1/16 dari kutipan zakat fitrah tersebut.



Nota kaki : Internet connection kat Kaunter Kajang terbatas. Aku tak dapat update selalu.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com