Bismillahirrahmanirrahim
Masyarakat kita jarang sekali diajar bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga selepas berkahwin. Dalam masyarakat melayu yang tebal rasa malunya benda tu merupakan satu perkara yang ‘taboo’ kerana dilihat kurang sopan berbicara secara langsung sesama ahli keluarga. Namun kesannya, ramai anak muda yang mengulangi kesilapan sama dalam hidup berkeluarga untuk setiap generasi.
Teaser wedding Nury & Thaqib, Serdang
Apa yang aku cuba sampaikan ialah ada masanya nasihat dari orang tua diperlukan dalam menempuh alam perkahwinan. Dari segi psikologi ia berikan kekuatan mental kepada pasangan baru tersebut menempuhi hidup bersama. Ia berlaku dua hala, sekiranya ibu bapa tidak berikan nasihat tersebut, kita yang perlu memintanya dari mereka sebagai panduan sebelum buat keputusan penting.
Sebenarnya aku sedih bila dengar sahabat yang baru je berumahtangga telah berpisah atas perkara kecil yang boleh dielakkan. Tak sampai seminggu dah menyesal. Walaupun aku bukanlah orang yang layak berikan pendapat tapi bagi aku kena betulkan niat sebelum perkahwinan tu dilaksanakan. Adakah kahwin semata untuk menunjuk2. Dalam Islam, aspek kekeluargaan tu menyumbang kepada keharmonian diri, keluarga, masyarakat hinggalah negara. Bahagia institusi keluarga sejahtera negara.
Perkahwinan tidak sepatutnya menyebabkan kita jauh dari agama. Tak kisahlah betapa jahat kita semasa bujang, sepatutnya kita menjadi orang yang lebih baik terhadap keluarga, masyarakat dan Allah selepas berumahtangga. Bukan menjadi sebaliknya. Harap semua berlapang dada dengan nasihat ni. Wallahua’lam.
Nota kaki : Ini adalah auto-post entry.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com