Lin+Solihin, Sabak Bernam

Bismillahirramanirrahim



Musim cuti sekolah dah kembali lagi. Masa zaman sekolah dulu, cuti sekolah ni memang ‘heaven‘ betul. Dalam kepala otak asyik nak main je. Kalaulah mak aku bagi memang dari pagi sampai maghrib nak keluar naik beskal dan main ngan kengkawan. Tapi terpaksa balik gak sebab lapar, haha. Bila dah kerja ni gembiranya lain pulak. Gembira sebab jalan raya lapang je bila pergi dan balik kerja, kekeke.

Kali ni aku nak upload majlis perkahwinan Lin & Solihin di Sabak Bernam. Lin ni merupakan adik kepada ex-client aku. Memang meriah betul majlis kat rumah dia ni. Lelagi adik beradik Lin ni ramai sampai 11 orang. Majlispun dijalankan secara bergotong royong (rewang) dengan penduduk kampung. Aku shoot dari majlis bernikah, berinai dan majlis persandingan. Tapi aku upload majlis sanding dan outdoor je kali ni sebab masih bizi ngan kerja-kerja ofis :P


Sehari sebelum majlis tu aku dah survey kawasan padi untuk buat outdoor. Memandangkan area Sungai Besar tengah musim menuai ketika itu aku cuba cari jerami padi yang gulung2 besar tu. Dalam kepala otak aku dah ada gambar yang aku nak tapi tak jumpa plak benda tu, huhu.

Jadi sesi outdoor kitorang buat dekat ngan rumah Lin pastu sambung kat pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO). Pertama kali aku sampai pantai tu :) Memang meriah gaklah pantai kat situ. Bolehlah nak jadi tempat cari jodoh sebab ramai pemuda dan pemudi lepak kat situ, hehe. Lin cakap kat sana terkenal mee banjir udang tapi aku tak sempat plak nak rasa. Lenkali kalau ke sana lagi aku mesti rasa.


Ni merupakan kali pertama aku shoot outdoor pengantin guna 2 persalinan. Selepas shoot guna baju pertama, kitorang balik semula ke rumah (mak andam dah tunggu) dan tukar persalinan lain. Kali ni kitorang pergi kat tengah2 pekan Sabak Bernam kat area menara tinjau dan tokong cina. Terasa macam amik gambar kat Negara China je masa shoot kat dalam tu.


Untuk akhirnya aku ucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada pasangan Lin & Solihin. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih di atas layanan yang baik sepanjang berada di sana ye. Korang sekeluarga memang best lah :)



Nota kaki : Terima kasih atas email yang bertanya kekosongan ye. Untuk makluman lagi sekali aku dah tak available sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun ni. Bermula April sampai Jun 2010.

Nota kaki 2: Aku ngah sesuaikan diri buat editing kat skrin besar iMac. Macbook aku 13″ je sebelum ni sekarang 24″ rasa kekok skit. Makin semangat aku siapkan album2 pasni, chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Nikah & Berinai Haniza dan Hilmi

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan dan malam berinai pasangan Haniza dan Hilmi yang diadakan di Batu 38, Sabak Bernam. Sebenarnya ni kali pertama aku shoot nikah pada waktu malam :) Agak mencabar sebab keadaan cahaya rumah kampung yang agak tidak mencukupi.

Haniza aka Honey ni adalah member blog aku dulu2. Maklumlah dulu aku kan blogger tersohor di serata daerah Banting,wakakaka (silalah muntah). Tapi tu dulu, masa zaman aku muda remaja lagi. Sekarang dah agak berumur ni kordinasi otot kepala aku sudah tak aktif nak berblog cam dulu,hehe (woi, ko ni nak cerita pasal ko ke entry kahwin ni??!!)

Ok2, berbalik kepada tajuk asal. Ada cerita menarik yang aku nak kongsi dalam majlis ni. Tapi korang layanlah dulu gambar sepanjang majlis tersebut. Kang kalau aku cerita sampai page 2 tak abis2 lagi :)



Sebenarnya antara perkara bengong yang aku buat malam tu ialah lepak kat bilik pengantin konon nak tunggu majlis bermula. Yela, selalu mestilah pengantin perempuan dipanggil kalau majlis nikah nak start cam selalu tu kan. Jadi selamba gaban je aku shoot pengantin selepas abis make-up.

Sekali keluar kat ruang tamu, terkujat aku majlis dah mula dan khutbah nikah sedang dibacakan. Takde orang bagitau aku pengantin lelaki dah sampai!! Rupanya kat sana pengantin perempuan tak keluar time nikah tu. Nasib belum akad nikah, kalau tak maunya aku suh tok kadi tu berlakon nikah lagi skali,haha *sempal. Pengajarannya, lain tempat lain budaya dan caranya. Kena lebih alert dan hati2 pada masa akan datang :)

Terima kasih juga kepada Cots yang sudi ikut aku sepanjang dua hari kat sana:) Pasni aku update majlis persandingan dan outdoor plak. Tunggulah kalau aku rajin lagi,hahaha.


Nota kaki : Anak buah aku masuk hospital Klang sebab jangkitan kuman kat paru2. Semoga cepat sembuh ye Amni:(


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com