Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.

Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.

Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.

Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p


Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya

p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.

Alangkah bodohnya aku!

Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.

Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.

Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(

Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.

Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p


Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.

p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.

Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.

Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.

Wassalam

Main ngan anak buah :)

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama aku tak tunjuk gambar anak buah aku. Dia sekarang dah pandai jalan guna walker :). Tapi skill dia terbaru ialah pandai buat merajuk kalau nak sesuatu,hehe. Dah pandai nangis olok-olok kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau dia ada kat rumah, rasa meriah je kat rumah. Kalau takde memang sunyilah.

Korang tengoklah muka dia buat-buat merajuk dalam gambar kat bawah ni :) aku suka acah-acah dia nak angkat dia pastu sengaja tak angkat,haha. Korang layanlah gambar dia sikit ni.



Haa, ni dia ngengada nak pegang kamera aku :) Last-last aku bagi gak pegang lens aku setelah err 5 minit dia berusaha,haha. *jahatnya aku.


Hayati lagu ni : Buatmu Ibu (Ae-man)
[audio:http://blog.faisalrahim.com/audio/www Ae-Man – Buatmu Ibu.mp3]

Kekadang bila tengok budak-budak membesar ni, barulah kita lebih hargai pengorbanan ibu dan ayah kita membesarkan kita. Lelagi bila kita tahu kita dibesarkan dengan keadaan serba kekurangan. Betapa susahnya mereka mencari rezeki dan bekorban semata-mata nak besarkan kita adik beradik. Berikan kita makanan, perlindungan dan pendidikan hingga kita besar. Mereka tabah hadapi karenah kita dari kecil hingga besar.

Tapi malangnya, ramai yang lupa semua pengorbanan mereka tu bila dah besar. Aku sedih bila baca blog seorang remaja yang mengutuk ibunya sendiri sebab tak dapat penuhi keinginannya, subhanallah. Minta dijauhkan dari perkara-perkara camtu. Nabi kita sendiri letakkan taraf ibu sangat tinggi.

Sebab tu kalau boleh selepas solat kita doakan kesejahteraan mereka dunia akhirat. Sambil tu bayangkan raut wajah mereka yang redup dan sayu bila kita sebagai anak melupakan mereka. Percayalah dengan restu mereka hidup kita lebih bahagia dan kita senang masuk syurgaNya,amin.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com