Majlis Pernikahan : Syuhana & Hisham

Bismillahirramanirrahim



Sepanjang aku ambil gambar wedding ni, dah berpuluh-puluh majlis akad nikah aku dengar. Sampai rasanya aku boleh je hafal khutbah nikah tu. Tapi Sabtu lepas ada satu pengalaman baru. Pertama kali rasanya aku dengar khutbah nikah hampir sejam:) Siap menguap lagi tu pengantin lelaki, haha. Aku sangat respek kat imam tu sebab dia boleh ingat dan elaborate isi-isi penting tentang perkahwinan ni tanpa teks langsung.

Tapi satu perkara yang mencuit hati aku bila time imam bagi soalan kat pengantin lelaki. Bukan setakat soalan-soalan biasa tapi soalannya lain sikit seperti “Berikan 5 sebab awak mahu berkahwin dengan bakal isteri awak ni?” dan jawapannya bukan sembarangan tau sebab jawapan tu adalah daripada khutbah selama hampir sejam tu, hahaha. Biru je aku tengok muka Hisham tu. Kalau akupun tak tumpukan sangat kat khutbah tu sebab dah berdebar dan fikir nak angkat nikah je,hehe.

Bila si Hisham tu tak dapat jawab imam ni suruh pengantin MENYANYI!! iyea, menyanyi, hahaha. Imam cakap suruh sambung dia menyanyi. Lagu P.Ramlee dalam filem madu 3 tu, lagu Gambus Jodoh ( tak tahu? klik sini ). Lebih kurang camnilah:

Pukul lah tabuk, Pukul lah tabuk kayu rebanaa..” paaap parapap papap papapp!! *sambil buat gaya pukul kompang guna kertas nikah tu..

Haaaa sambung cepat…” imam tu cakap. Pastu dengan selamba dan innocentnya Hisham cakap ngan tok imam tu lebih kurang camni “Imam, saya tak dengar lagu2 tradisional ni, saya dengar lagu moden je“, hahahaha. Semua orang tergelak masa tu. Tak pasal2 imam tu nyanyi sampai habis ” Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh tidak ke mana..” sambil terangkan balik semua jawapan tu..:) Pastu barulah majlis nikah. Layan sikit gambar2 ni.


Pastu dalam beberapa minit je berita tu dah sampai kat Kuala Kangsar, Perak kat member2 Hisham ni. Mulalah datang sms memerli dari kengkawan kampung dia, hahaha. Majlis ni diadakan kat rumah Syuhana kat Seksyen 18, Shah Alam. Bila buat dalam rumah ni memang pergerakan photographer agak terbatas sebab ramai yang nak tengok majlis tu. Err sebenarnya aku tak boleh bergerak langsungpun. Nasib ada bantuan dari sahabat aku Cots dan Zakuan, terima kasih korang berdua.


Sebenarnya bagi aku elok juga imam beri maklumat dan peringatan kepada bakal pengantin ni. Benda tu merupakan ilmu berguna yang boleh dijadikan panduan kepada pasangan pengantin untuk jalani hidup bersama. Akad nikah tu merupakan benda penting yang akan diingati sampai akhir hayat. Jauh lebih penting dari majlis perkahwinan tu. Jadi biarlah ia dilakukan dengan tertib, teratur dan tidak tergesa-gesa.

Aku pasti pasti benda tu akan diingati oleh kedua pasangan terutamanya Hisham :) tak lah teruk sangatkan kena dera camtu kan sham? hehe. Pasni aku update pulak majlis persandingan diaorang kat Dewan MBSA Shah Alam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com