Diana & Azizi, Masjid Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

diana

Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya.

Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.

Update outdoor majlis pernikahan Diana dan Azizi yang dilangsungkan di Masjid Shah Alam. Sekarang memang sudah trend selepas majlis nikah terus majlis. Takde majlis sanding. Dah beberapa pasangan pengantin aku shoot camtu sejak beberapa tahun ini.

diana1
diana3
diana4
diana5
diana6
diana7
diana8
diana9
diana10
diana11

Majlis yang cukup ringkas dan insyaallah menepati syariat agama kita. Inilah sebenarnya yang patut diikuti oleh pasangan remaja yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk mengadakan satu majlis yang besar dan gemilang seperti pasangan lain.

Semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin.

Wassalam.

Nazwa & Ijad, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

Kata orang, kita tidak akan nampak keaiban pada orang yang kita kasihi. Bahkan sedikit keaibannyapun kita tak nampak bila kita menyintainya. Mata yang redha itu rabun untuk melihat kelemahan dan keaiban insan yang kita sayang.

Sedangkan mata yang benci itu sentiasa nampak kesalahan dan kesilapan orang yang sudah tidak kita sayang lagi.

Tidak mengapa. Apa yang berlalu itu tak usahlah dikenang. Selagi kita suka kebaikan selagi itulah kita punya harapan untuk jadi baik walaupun kita pernah dan masih melakukan banyak dosa dan kesilapan.

Kali ni aku update sedikit wedding Ijad & Nazwa yang diadakan di Shah Alam. Mereka buat outdoor di tepi jalan Seksyen 24, Shah Alam je.

nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1

Semoga ikatan yang terjalin ini berkekalan bahagia sampai ke syurga. Kita takkan tahu mana di antara kita yang dimakbulkan doanya. Boleh jadi kita tidak sedar dengan doa kita terhadap orang lain menjadi sebab kebahagian mereka.

Outdoor Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

 

 
Alhamdulillah bersyukur dapat mencoretkan sesuatu di sini. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ini, ustaz bagitau antara cara nak tahu kita ini seorang yang sombong dan ego ialah kita sangat terasa hati bila orang ada orang menegur dan betulkan kesilapan kita. Lebih-lebih lagi apabila yang menegur itu tarafnya lebih rendah dari kita.

Kata ustaz lagi setiap teguran yang kita terima itu kena anggap datang dari Allah. Seteruk mana kata-kata, teguran, cacian manusia ia tak beri kesan kepada kita jika sudut pandang kita diubah. Mesti ada sesuatu yang Allah nak sampaikan.

Aku rasa kebanyakkan kita mempunyai sifat seperti itu. Jika nak perbaiki hati, elakkan dari berpakaian, membeli dan melakukan sesuatu yang menyebabkan kita berasa ego dan riak. Contohnya elakkan diri dari membeli pakaian/barang/kereta dll sebab nak tunjuk status kita. Selagi kita pakai benda itu, kita berjalan dengan riak dihadapan orang lain. Nauzubillah.

Aku update outdoor majlis Aizatul dan Firdaus yang diadakan di Shah Alam. Aku buat outdoor ni tepi jalan je. Shah Alam banyak tempat menarik juga dari tempat-tempat biasa orang pergi.
 

 
Walaupun banyak cara editing yang ada kat luar sana, tapi hati aku tetap suka warna neutral yang tidak mengubah warna baju, muka dan lain-lain. Aku suka kaler. Insyaallah aku sambung update lagi nanti. Tahun ni banyak projek besar di ofis yang aku terlibat. Aku sibuk sikit.

Tahniah sekali lagi untuk kedua pengantin yang dirahmati Allah. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga Allah ramhati hubungan kalian berdua:)
 

Wassalam.

Pernikahan Aizatul & Firdaus, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat tulis entry lagi di sini. Aku nak kongsi satu tazkirah di ofis semalam. Ustaz kata orang beriman ini perlulah bijak. Jangan sebarkan sesuatu berita tanpa berfikir. Dan jangan sibukkan dengan perkara sia-sia.

Banyak isu dan berita di sekeliling kita yang berlaku setiap hari. Penceraian, pergaduhan di kalangan artis ataupun teman-teman dan sebagainya. Kadangkala tanpa disedari ramai termasuk dalam perbahasan sia-sia seperti ini waima mereka seorang yang berilmu.

Kadangkala ia bukan setakat membuang masa, tapi ia menambah dosa kita dengan membincangkan benda sia-sia dan membuka aib orang lain. Ketika ilmu kita masih lemah, amalan kita kurang dan umat Islam lemah, kita masih belum dapat pisahkan benda remeh begini dalam hidup kita. Sibuk dengan benda sia-sia yang tidak bawa manfaat.

Mudah-mudahan kita perbaiki perkara ini.

Kali ni aku nak update majlis pernikahan antara Aizatul dan Firdaus yang diadakan di Shah Alam. Majlis persandingan dilaksanakan pada hari yang sama. Aku update dulu majlis pernikahan beliau pada sebelah pagi. Layan dulu.

 
 

 

 
Mari kita semua mendoakan semoga ikatan pernikahan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga,amin. Bapa Aizatul meninggal dunia beberapa bulan sebelum majlis pernikahan ini berlangsung. Semoga roh arwah bapanya ditempatkan di kalangan orang beriman dan diampunkan dosa-dosa beliau yang lepas,amin. Insyaallah minggu hadapan aku update pula majlis persandingan kedua pasangan pengantin ini.

Wassalam.

Wedding Aqmalina & Fadly, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ni, ustaz bagitau antara perkara yang Allah larang tetapi kita suka buat ialah saling berbangga antara satu dengan lain dengan harta kita, anak kita, ilmu kita, rupa paras kita dan rezeki-rezeki lain yang kita ada. Tanpa sedar ketika kita berkongsi semua rezeki tersebut dengan sahabat lain, ada timbul rasa riak dan bangga dalam diri.

Tanpa sedar juga, kita berusaha bekerja lebih keras untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik hanya untuk ditunjukkan kepada orang lain. Kena tanya diri sendiri. Adakah semua nikmat yang Allah bagi tersebut mendekatkan diri kepada Allah? Iman kita bertambah? ibadah kita lebih baik? atau dengan bertambah nikmat tersebut kita makin jauh dari agama. Tanya diri dan jawab dalam hati. Muhasabah.

Kali ni aku update sikit outdoor majlis Aqmalina & Fadly yang berlangsung di Shah Alam.
 

 

Semoga kedua pasangan pengantin ini dirahmati Allah sepanjang hidup mereka berdua dan berbahagia sampai ke syurga,amin. Aku masih lagi dalam mode sibuk 3-4 minggu ni. Mohon maaf agak lama tak update blog ni. Terima kasih kepada sahabat2 yang selalu melawat blog ni walaupun aku jarang update. Aku hargainya. Insyaallah jumpa lagi selepas tahun baru Hijrah. Salam Maal Hijrah. Wallahua’lam.

Wassalam.

Pernikahan Raihan & Akmal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Antara kelebihan menjadi photographer yang aku suka ialah dapat mendengar banyak khutbah nikah setiap minggu :) Tanpa disedari, intipati dalam khutbah nikah sebenarnya sangat bermakna kepada pasangan yang baru mengikat janji bersama maupun kepada pasangan yang telah lama berkahwin:) Sebab tu dari kaca mata Islam, akad nikah sebenarnya jauh lebih penting daripada kenduri itu sendiri.

Ini kerana tatkala lafaz ijab dan qabul sempurna, dalam berapa saat, status bujang tadi telah berubah dari segi syarak. Bermulalah layar bahtera rumahtangga yang dipacu oleh sang suami dan dibantu oleh isteri. Mereka lebih mudah mendapat redha Allah dan mudah memasuki syurga sekiranya keduanya mempunyai ilmu agama serta matlamat yang sama. Menjadi tanggungjawab bersama memastikan rumahtangga sentiasa disemai dan dibajai supaya mekar dan mencapai matlamat perkahwinan iaitu mawaddah wa rahmah (berkasih sayang).

Aku upload dulu majlis pernikahan Raihan & Akmal yang dilangsungkan di Shah Alam :

an1

an2

an3

an4

an6

an5

an7

an8

an9

an10

an11

an12

an13

an14

an15

an19

an20

an17

an18

an21

an22



Pada hari tersebut sepanjang hari hujan turun dari pagi sampai malam. Jadi aku tak dapat buat sesi outdoor selepas majlis walimah tersebut. Insyaallah aku akan upload selepas post-wedding mereka nanti :)

Tahniah kepada Raihan & Akmal atas ikatan yang terbina. Mari kita doakan semoga pasangan ini berada dalam keberkatan Allah sepanjang masa. Kena banyak bersabar ye An sebab berjauhan buat masa ni, hehe :) Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang hensem Halim Wahid, Saipi dan Kenit Lee sebab follow aku sepanjang majlis berlangsung :)




Nota kaki : Untuk makluman bulan Jun dan Julai 2011 ni aku dah tak available lagi. Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Aku hargainya :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Outdoor Zaide & Ain, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim



Rasa macam dah lama gila tak update blog ni. Alhamdulillah, semua projek dan kerja yang agak berat di kantor hampir berlalu. Tinggal beberapa kerja rutin yang perlu diselesaikan. Aku ada hutang beberapa entry nak publish di sini. Insyaallah aku cuba selesaikan dalam masa terdekat ni.

Entry kali ni adalah sambungan dari entry lepas iaitu pasangan Zaide & Ain. Kali ni aku update sesi outdoor semasa diaorang bertandang di Klang. Masa nak keluar outdoor tu cuaca memang mendung. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sampailah selesai sesi tersebut :)

Layan sikit sekitar sesi outdoor diaorang ni ni Shah Alam.

ain36

ain38

ain40

ain41

ain42

ain39

ain43

ain44

ain45

ain47

ain46




Sebenarnya sehingga entry ni ditulis aku dah terima lebih dari 10 pertanyaan untuk majlis yang akan dilangsungkan pada November dan Disember 2011 ini. Terima kasih semua yang bertanya :) Tetapi aku mohon maaf sebab buat masa ni aku masih belum buka untuk tempahan pada tarikh tersebut.

Aku ada beberapa urusan keluarga yang dirancang pada waktu tersebut. Oleh kerana masih belum confirm jadi aku sengaja block semua tarikh pada 2 bulan tersebut. Insyaallah aku maklumkan di sini sekiranya aku dah available semula. Kalau ada rezeki boleh bekerjasama :)



Nota kaki : Projek portal zakat aku dah hampir siap. Boleh gi sini nak tengok website zakat selangor yang baru [ ZAKAT SELANGOR ]. Kalau ada komen boleh juga tulis kat sini utk aku perbaiki:) Thanks.

Nota kaki 2: Mari sama2 doakan semoga semua rakyat malaysia terutamanya pelajar yang berada di Mesir selamat dari huru hara yang berlaku. Tapi aku juga harap kerajaan Hosni Mubarak jatuh untuk kebaikan umat Islam di Gaza, insyaallah.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography