Cerita Hari Guru :)

Bismillahirramanirrahim



Tanggal 16 Mei menjadi diari penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Biarpun guru tak mengharapkan semua sambutan itu tapi dek kerana sambutan sudah menjadi kelaziman kita dari kecil dulu, apalah salahnya ucapkan “Selamat Hari Guru” kepada guru-guru yang pernah mendidik korang sekiranya bertemu mereka ye :) Aku jamin mereka pasti menghargainya.

Guru biasanya tidak mudah lupa dengan bekas pelajarnya walaupun setelah beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan. Teringat aku bulan lepas seorang perempuan tua yang menegur aku ketika urusan kat bank. Punyalah aku nak ingat siapa dia sebenarnya. Sekali tu dia bagitau pernah ajar aku masa darjah 3 dulu,huhu. Aku plak yang terharu ngan cikgu tu. Nampak sangat dulu aku degil gila sampai dia ingat kat aku,hahaha.


Teringat cikgu aku kat sekolah dulu :)


Guru sebenarnya tidak mengharapkan sebarang ihsan atau balasan daripada anak didik mereka. Apa yang akan membanggakan mereka dan rasa dihargai adalah kejayaan anak didik dalam pelajaran dan keluar menjadi manusia berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar aku suatu ketika dahulu hingga aku jadi manusia. Maafkan segala salah silap saya ye cikgu :) Selamat hari guru juga aku ucapkan kepada semua sahabat aku yang bergelar guru. Semoga sumbangan bakti korang semua mendapat balasan dariNya,amin.

Nota kaki : Tiba-tiba teringat kat cikgu yang lempang aku kat bilik guru dulu:) Kalau jumpa dia aku nak belanja dia sebab sedarkan aku tentang banyak perkara :)

Nota kaki 2 : Cikgu fav aku dulu Cikgu Norhaniza Ariffin yang ajar BM masa SPM sebab dia cute gila, haha. Sapa fav cikgu korang ye? kenapa plak?hihi

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com