Photographer style lama vs baru..

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila aku start amik gambar orang kahwin ni aku ada satu matlamat sebenarnya. Aku berazam nak pastikan orang2 veteran/ibu bapa supaya pandai menilai gambar dari pelbagai sudut yang subjektif sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Memahami moments, angles, seni dan lain-lain. Sebab biasanya hanya golongan muda yang berminat dengan style gambar seperti ini.

Tapi ada gaklah orang muda yang tak terdedah dengan perkembangan fotografi berfikiran camtu gak,huhu. Memang bukan tugas mudah. Aku pernah jumpa sorang pakcik yang komen gambar kahwin anaknya yang gelap dan tak cantik katanya. Padahal pada mata aku gambar tersebut sangat cantik sebab OP mengambil gambar guna available light siap ada ray light original lagi. Dah macam gambar majalahpun ada,serius aku cakap..


Gambar aku amik kat Sungai Kelambu, Banting

Dia juga komen gambar candid dan gambar orang ketawa yang katanya ‘entah apa-apa’. Sebenarnya kalau orang-orang bandar yang terdedah tentang semua ni memang takde masalah. Tetapi biasanya kat kampung memang kurang pendedahan seperti itu termasuklah kat tempat aku. Lagi satu aku akan cuba wujudkan pemahaman tentang aturcara majlis yang sebenar dan sepatutnya. Pernah aku jumpa photographer yangbising sebab asyik diganggu kawan2 ketika dia sedang pose amik gambar. Kalau aku lagi suka sebab bleh capture moment diaorg ngan kengkawan secara neutral,hehe.


Job minggu lepas, tuan punye badan tak bagi publish gambar dia,hihi.

Bagi aku, gambar tipikal pose tu memang perlu. Tetapi gambar ketawa, gurau senda dan moment yang tak dapat diulang biasanya memberi impak yang lebih besar kalau dilihat 10-15 tahun akan datang. Kita boleh terbayang suasana majlis yang meriah, kehadiran kawan2 dan sebagainya yang biasanya jarang diperolehi kalau semuanya gambar-gambar ‘kaku’ je.

Kalaulah suami isteri sedang bergaduh, pastu tengok gambar mula2 kahwin dulu mybe boleh cepat baik-baik kembali,ceewaahhh. Tapi kalau tengok gambar kahwin muka ketat je atas pelamin mybe lambat sikitlah baiknya, hahahaha. Memandai je aku :) Lenkali aku cerita pulak tentang pentingnya memilih photographer kawin yang sesuai dan bagus. Bukan memilih yang paling murah dipasaran :)

Wassalam.

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com