Lin+Solihin, Sabak Bernam

Bismillahirramanirrahim



Musim cuti sekolah dah kembali lagi. Masa zaman sekolah dulu, cuti sekolah ni memang ‘heaven‘ betul. Dalam kepala otak asyik nak main je. Kalaulah mak aku bagi memang dari pagi sampai maghrib nak keluar naik beskal dan main ngan kengkawan. Tapi terpaksa balik gak sebab lapar, haha. Bila dah kerja ni gembiranya lain pulak. Gembira sebab jalan raya lapang je bila pergi dan balik kerja, kekeke.

Kali ni aku nak upload majlis perkahwinan Lin & Solihin di Sabak Bernam. Lin ni merupakan adik kepada ex-client aku. Memang meriah betul majlis kat rumah dia ni. Lelagi adik beradik Lin ni ramai sampai 11 orang. Majlispun dijalankan secara bergotong royong (rewang) dengan penduduk kampung. Aku shoot dari majlis bernikah, berinai dan majlis persandingan. Tapi aku upload majlis sanding dan outdoor je kali ni sebab masih bizi ngan kerja-kerja ofis :P


Sehari sebelum majlis tu aku dah survey kawasan padi untuk buat outdoor. Memandangkan area Sungai Besar tengah musim menuai ketika itu aku cuba cari jerami padi yang gulung2 besar tu. Dalam kepala otak aku dah ada gambar yang aku nak tapi tak jumpa plak benda tu, huhu.

Jadi sesi outdoor kitorang buat dekat ngan rumah Lin pastu sambung kat pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO). Pertama kali aku sampai pantai tu :) Memang meriah gaklah pantai kat situ. Bolehlah nak jadi tempat cari jodoh sebab ramai pemuda dan pemudi lepak kat situ, hehe. Lin cakap kat sana terkenal mee banjir udang tapi aku tak sempat plak nak rasa. Lenkali kalau ke sana lagi aku mesti rasa.


Ni merupakan kali pertama aku shoot outdoor pengantin guna 2 persalinan. Selepas shoot guna baju pertama, kitorang balik semula ke rumah (mak andam dah tunggu) dan tukar persalinan lain. Kali ni kitorang pergi kat tengah2 pekan Sabak Bernam kat area menara tinjau dan tokong cina. Terasa macam amik gambar kat Negara China je masa shoot kat dalam tu.


Untuk akhirnya aku ucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada pasangan Lin & Solihin. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih di atas layanan yang baik sepanjang berada di sana ye. Korang sekeluarga memang best lah :)



Nota kaki : Terima kasih atas email yang bertanya kekosongan ye. Untuk makluman lagi sekali aku dah tak available sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun ni. Bermula April sampai Jun 2010.

Nota kaki 2: Aku ngah sesuaikan diri buat editing kat skrin besar iMac. Macbook aku 13″ je sebelum ni sekarang 24″ rasa kekok skit. Makin semangat aku siapkan album2 pasni, chaiyok2!!

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Luahan seorang kaki bola

Bismillahirramanirrahim



Macam biasa kalau tiba hari Isnin mesti rasa semacam je. Lelagi selepas cuti lama :) Weekend aku macam biasa, tangkap gambar orang kahwin sana-sini. Cuma satu perkara yang buatkan aku tensen ialah bila Chelsea kalah game aritu. Memang spoil kan hujung minggu aku je. Entahlah akupun tak tahu camne nak jelaskan perasaan takde mood tu. Bagi orang yang tak minat bola, sebenarnya memang takkan faham perasaan kaki bola ni, serius :)

Teaser majlis wedding di Sabak Bernam


Teringat dulu masa piala dunia, bila team fav kalah aku boleh demam. Gila kan, hehe. Memang aku fikirpun macam tak logik je. Tapi itulah yang terjadi. Perasaan ‘attached‘ pada team kita tu sangat kuat. Bila game-game penting macam final ke, sehari dua sebelum game dah berdebar semacam je. Beberapa jam sebelum game memang tak tentu arah. Sepanjang game plak memang jantung berdegup kencang je. Bila team kita score ataupun bolos memang sakit je jantung, muka jadi merah, mata jadi besar.

Tapi sekarang aku dah boleh kawal perasaan tu, hehe. Sebab tu lelaki hargai sesangat pasangan yang faham ‘kegilaan‘ sementara ni. Kalau boleh janganlah ajak dating time team kesayangan tengah main. Janganlah buat lawak time team dia tengah ketinggalan. Memanglah tak dilayan. Bukan sebab tak sayang tapi kekadang orang gila bola ni memang ‘tak betul‘ dari segi tu.

Alaaa, lagipun benda tu 90 minit je. Pastu ok balik. Bagi aku lagi bagus lelaki minat bola ni dari minat perfume, fesyen, artis2, hiburan dan sebagainya. Memanglah boleh tapi bagi aku memang tak nampak maskulin sangatlah kalau lelaki camtu berbanding kaki2 bola ni, hehe.


Nota kaki : Nantikan full entry majlis-majlis yang aku shoot ni. Pertama kali aku shoot outdoor ada dua persalinan :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com